KEDA TAMBAH ILMU PESERTA PROSPEK PEDU DENGAN PENGANJURAN PROGRAM MEMBASMI MUSUH TANAMAN
PEDU – Peserta Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) bagi kawasan Pedu hari ini didedahkan dengan pengetahuan pembasmian musuh tanaman bagi durian di sini.
Program yang dianjurkan oleh Pejabat KEDA Zon 2, Padang Terap ini telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg Tuan Ismasuhaimi bin Shariff dan mendapat kerjasama erat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perhilitan Daerah Sik, Persatuan Senjata Api Daerah Padang Terap, Komuniti Policing Pedu dan Unit PROSPEK Pedu.
Turut hadir adalah Ketua Cawangan Khas Daerah Padang Terap, ASP Rosli bin Zahid, Ketua Perhilitan Daerah Sik, Encik Mohammad Ismail bin Awang, Penghulu Mukim Pedu, Encik Nazsrulsafarin bin Ahmad Razi dan Pengerusi Persatuan Senjata Api Padang Terap, Dato’ Ahmad Kamil bin Hj Munin.
Antara pegawai KEDA yang hadir adalah Pengurus Niagatani, Encik Sulaiman bin Mohd Noor, Pengurus Pembangunan Usahawan, Encik Mohd Ariff bin Mohd Rodzi, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman dan Penolong Pengurus Perancangan Pemantauan dan Penilaian, Encik Mohamad Amin bin Abdul Rahim.
Program ini adalah usaha KEDA dalam memberi pengetahuan berkaitan salah satu aspek penting pengurusan tanaman iaitu mengawal musuh tanaman.
Pengurusan serangan musuh tanaman sangatlah penting kerana ia memerlukan kaedah komprehensif dalam memanipulasi populasi perosak bagi tujuan menghalang kemerebakan serangan kepada tanaman yang boleh menjejaskan hasil tanaman.