MESYUARAT AGUNG 4P DESA KEDA BENDANG MAN, DESA KEDA KOTA AUR DAN DESA KEDA SUNGAI SEMIAR

MESYUARAT AGUNG 4P DESA KEDA BENDANG MAN, DESA KEDA KOTA AUR DAN DESA KEDA SUNGAI SEMIAR

SIK – Mesyuarat Agung Pemilihan Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) bagi Desa KEDA Bendang Man, Desa KEDA Kota Aur dan Desa KEDA Sungai Semiar untuk sesi 2024-2026 selesai diadakan baru-baru ini.
Pemilihan 4P ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuhkan dan melancarkan pengurusan organisasi luar bandar di Wilayah KEDA terutamanya di Desa-desa KEDA.
Dalam majlis tersebut, gimik penyerahan bantuan peralatan katering kepada Jawatankuasa 4P turut diadakan dan bantuan ini di bawah Program Pemantapan Pengurusan Organisasi Luar Bandar (PTIO) 2024.
Pegawai Pembangunan Zon 4, Sik, Encik Mohd Noor Farzli bin Adenan, telah merasmikan mesyuarat agung tersebut serta menyempurnakan gimik penyerahan bantuan peralatan katering.
Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan kepentingan kerjasama dan kesatuan dalam memajukan Desa KEDA serta memastikan program-program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.
Acara ini dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa 4P dan penduduk setempat yang menunjukkan komitmen tinggi terhadap pembangunan desa masing-masing.
Dengan pemilihan jawatankuasa yang baru, diharapkan inisiatif dan program yang dirancang akan membawa perubahan positif dan kemajuan kepada komuniti di Desa KEDA Bendang Man, Desa KEDA Kota Aur, dan Desa KEDA Sungai Semiar.