KUNJUNG HORMAT FITEC KE KEDA

KUNJUNG HORMAT FITEC KE KEDA

ALOR SETAR – Furniture Industry Technology Center (FITEC) telah mengadakan kunjungan hormat ke Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada hari ini.
Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan Program Pemacu Pemasaran Bersepadu Perabot Bumiputera (PEMACU) dengan FITEC yang merupakan syarikat milikan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Delegasi FITEC yang diketuai oleh Pegawai Eksekutifnya, Tuan Haji Kamarudin Hj Kalib telah disambut oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA, Puan Hajah Afifah binti Omar.
Dalam pertemuan tersebut, FITEC membentangkan pelbagai produk perabot yang dihasilkan melalui penggunaan teknologi canggih, termasuk teknik reka bentuk dan pembuatan terkini.
Selain pembentangan produk, sesi pertemuan ini juga diisi dengan perbincangan mengenai potensi latihan dan bengkel teknologi untuk usahawan perabot.
Antara lain turut dikongsi KEDA berkaitan pembangunan tenaga mahir dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Kolej KEDA.
Program PEMACU ini adalah program melibatkan perolehan bekalan perabot dan baik pulih perabot yang diwujudkan dengan objektif untuk membantu pemulihan semula ekonomi usahawan perabot bumiputera yang terkesan daripada pandemic Covid-19, mengekang pengucupan industri perabot bumiputera, membantu kerajaan dalam menyediakan peluang pekerjaan dalam industri perabot kepada masyarakat dan mengukuhkan jalinan kerjasama strategik bahagian keusahawanan antara Kementerian, agensi bagi meneroka bidang perabot sebagai pembangunan keusahawanan di bawah bidang kuasa masing-masing.
Melalui program PEMACU ini juga diharap dapat memacu dan memperkasakan agenda pembangunan ekonomi bumiputera yang memberi manfaat yang besar kepada negara.