MESYUARAT AGUNG PEMILIHAN JAWATANKUASA 4P DESA KEDA SADEK

MESYUARAT AGUNG PEMILIHAN JAWATANKUASA 4P DESA KEDA SADEK

BALING – Mesyuarat Agung Pemilihan Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) Desa KEDA Sadek telah berlangsung jayanya dengan kerjasama yang baik dari semua penduduk di situ.
Mesyuarat ini diadakan dengan tujuan untuk menyelaras semula struktur dan tugas Jawatankuasa 4P Desa KEDA Sadek.
Mesyuarat dihadiri oleh wakil 114 buah rumah dari Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) ini telah menyaksikan pemilihan ahli jawatankuasa baru yang akan menjalankan tugas mereka bagi tempoh dua tahun, sesi penggal 2024-2026.
Pemilihan ini dilakukan oleh penduduk kampung sendiri yang menunjukkan semangat kerjasama dan demokrasi dalam kalangan komuniti setempat.
Perasmian mesyuarat disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan Zon 5, Baling, Encik Mohamad Yusran Azali bin Mohamad Fadzil, yang turut memberikan ucapan mengenai pentingnya perpaduan dan kerja berpasukan dalam mencapai matlamat pembangunan kampung.
Dengan kepimpinan baru ini, diharapkan Jawatankuasa 4P Desa KEDA Sadek akan dapat melaksanakan tugas mereka dengan lebih efisien dan efektif, memastikan setiap program dapat dilaksanakan dengan jayanya dan memberi manfaat kepada seluruh komuniti.