SEMUA DESA KEDA DAERAH SIK SELESAI MESYUARAT AGUNG 4P
SIK – Mesyuarat Agung Pemilihan Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) bagi Desa KEDA Telaga Batu, Desa KEDA Sungai Senam dan Desa KEDA Gulau untuk sesi 2024-2026 telah berlangsung dengan jayanya.
Mesyuarat yang diadakan selama tiga hari ini melibatkan perwakilan dari setiap Desa KEDA di Daerah Sik.
Majlis turut diserikan dengan gimik penyerahan Bantuan Peralatan Katering kepada Jawatankuasa 4P. Bantuan ini adalah sebahagian daripada Program Pemantapan Pengurusan Organisasi Luar Bandar di Wilayah KEDA (PTIO) 2024.
Perasmian mesyuarat agung dan gimik penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan Zon 4, Sik, Encik Mohd Noor Farzli bin Adenan.
Majlis ini menandakan komitmen berterusan KEDA dalam memperkasakan organisasi luar bandar dan memastikan pembangunan yang berterusan di kawasan-kawasan desa.
Para peserta mesyuarat agung berharap agar program-program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya dan membawa manfaat yang besar kepada komuniti setempat.