FORUM PERDANA HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2024 BELIA YAKIN BOLEH
ALOR SETAR – Seramai 250 orang telah hadir memeriahkan forum perdana sempena sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Kedah bagi tahun 2024.
Mereka yang hadir adalah terdiri daripada belia beliawanis serta penduduk setempat termasuk luar dari Alor Setar.
Lagi manis apabila lebih 100 orang penduduk desa Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) iaitu Desa KEDA Kampung Bukit, Desa KEDA Kampung Berjaya dan Taman Sejahtera Rakyat Sungai Toh Pawang telah hadir memeriahkan forum perdana ini.
Pengerusi KEDA, YBhg. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom telah dijemput untuk merasmikan forum perdana ini.
Turut hadir adalah Pengurus Besar KEDA, YBhg Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Hajah Afifah binti Haji Omar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Puan Noor Azma binti Deris, Pengurus Pembangunan Komuniti, Encik Mohd Azam bin Omar, Pegawai Pembangungan KEDA Zon 7, Kuala Muda/Yan, Encik Anuar bin Omar dan Ketua Unit Komunikasi Korporat, Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman.
Dalam ucapan, beliau menyeru agar para belia menjadi Belia Yakin Boleh dengan meletakkan ilmu sebagai senjata dalam membentuk belia berkualiti.
Majlis diteruskan dengan sesi forum yang menampilkan moderator, Ustaz Zakaria Othman serta panelis Ustaz Lutfi Amir bin Saidin dan Ustazah Nazirah binti Abu Bakar.