KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MELAWAT LORI PAMERAN KEDA
ALOR SETAR – Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah berkesempatan melawat lori pameran Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) sempena melakukan tinjauan sekitar Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2024, di sini.
Beliau yang hadir sejak awal pagi lagi telah melihat kerancakan aktiviti yang dianjurkan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) sempena sambutan ini.
Beliau telah disambut oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat KEDA, Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman dan petugas-petugas pameran KEDA dari Unit Komunikasi Korporat serta pegawai-pegawai penyelia Desa KEDA dari Zon 2, Padang Terap dan Zon 4, Sik.
Penerangan diberikan dengan menceritakan mengenai gerak kerja operasi KEDA yang juga melibatkan pemerkasaan belia.
KEDA aktif dalam menjalankan kerjasama strategik bersama-sama JBSNK bagi pembangunan belia. Ini kerana aspirasi KEDA dalam Mensejahterakan Luar Bandar adalah meliputi semua lapisan masyarakat di kawasan operasinya.