TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN MELAWAT LORI PAMERAN KEDA
ALOR SETAR – Petugas Lori Pameran Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bertuah apabila berkesempatan menerima kunjungan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB. Adam Adli bin Abdul Halim ke lori pameran agensi.
Kunjungan ini adalah bersempena Majlis Perasmian Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 yang disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri sendiri di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Kehadiran beliau disambut oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat KEDA, Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman dan petugas-petugas pameran dari Unit Komunikasi Korporat.
Kunjungan singkat YB Timbalan Menteri diisi dengan penerangan ringkas operasi KEDA disamping peranan KEDA dalam membantu Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) memperkasa belia di negeri ini.
Selain itu, YB Timbalan Menteri turut melihat produk-produk usahawan KEDA yang dipamerkan termasuk produk anak syarikat KEDA iaitu Air Mineral Al-Wadi.
Dalam kunjungan ini juga YB Timbalan Menteri mengucapkan terima kasih kepada KEDA atas kerjasama baik dengan JBSNK dalam memeriahkan sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah kali ini dan juga peranan dari sudut aspek pembangunan dan pemerkasaan belia.