KEDA MERIAHKAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2024

KEDA MERIAHKAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2024

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) terus komited dalam memperkasa belia di negeri ini apabila terlibat secara langsung sebagai rakan kolabarasi dalam menjayakan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah tahun ini.
Program dua hari yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) ini diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri dan diisi dengan pelbagai aktiviti seperti senamrobik, pameran, pertandingan sepak raga tuju, futsal dan Fun Run.
KEDA telah menjadi rakan urusetia utama bagi Forum Perdana dan Pengerusi KEDA, YBhg Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom telah dijemput untuk merasmikannya.
Turut hadir pada sesi forum ini adalah Pengurus Besar KEDA, YBhg Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA, Hajah Afifah binti Haji Omar dan Pengurus Pembangunan Komuniti, Encik Mohd Azam bin Omar.
Seramai 100 orang penduduk desa KEDA terutama belia hadir ke forum ini melibatkan desa KEDA dari Zon 3, Pendang/Pokok Sena dan Zon 7, Kuala Muda/Yan.
KEDA juga telah menghantar 100 orang belia dari Desa KEDA Zon 2, Padang Terap dan Zon 4, Sik bagi terlibat dalam majlis perasmian yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli bin Abdul Halim. Turut hadir adalah Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.
KEDA juga telah membuka lori pameran untuk para pengunjung mendapatkan informasi berkenaan gerak kerja operasi agensi ini.
Tahniah kepada JBSNK atas penganjuran program ini. Terima kasih atas jemputan kepada KEDA untuk terlibat sama. Kepada belia beliawanis negeri Kedah, Belia Yakin Boleh!