KUIZ INTERGRITI KEDA SIRI 3

KUIZ INTERGRITI KEDA SIRI 3

ALOR SETAR – Aktiviti pembelajaran dan latihan adalah merupakan satu keperluan dalam konteks pembangunan sumber manusia di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) ini.
Pelbagai aktiviti interaktif boleh dianjurkan termasuk kuiz bulanan kepada barisan kakitangan.
Terbaru, telah diadakan sesi ringkas penyampaian hadiah sempena Kuiz Intergriti Siri 3 anjuran Unit Intergriti dan Perundangan KEDA.
6 orang pemenang telah diberi sijil penghargaan oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff iaitu 3 orang pemenang utama dan 3 orang pemenang saguhati.
Pemenang utama adalah Ketua Unit Logistik, Encik Mohamad Kabir bin Abdul Ghani, Puan Norlida binti Razali dari Bahagian Pembangunan Usahawan dan Puan Yuslina binti Ahmad dari Bahagian Khidmat Pengurusan.
Penerima hadiah saguhati pula adalah Puan Noor Shazwani binti Abdul Rashid dari Bahagian Khidmat Pengurusan, Puan Norjehan binti Mohd Noor dari Bahagian Pembangunan Usahawan serta Puan Noor Amira binti Ahmad Sukkri dari Bahagian Hartanah dan Prasarana.
Tahniah kepada semua pemenang. Terima kasih Unit Intergriti dan Perundangan KEDA.