MAJLIS SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR PERINGKAT NEGERI KEDAH 2024
KUALA MUDA – Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah memenuhi undangan dengan menghadiri Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 di Dataran Tsunami, Kuala Muda, Kedah.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi bin Md Nor. Turut hadir adalah barisan Ahli Majlis Kerajaan Negeri Kedah, Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.
Turut hadir mengiringi Pengurus Besar adalah Ketua Unit Komunikasi Korporat, Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman.
Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan sempena majlis ini antaranya jualan makanan dan minuman serta reruai pameran agensi seperti PERHUTANAN, SADA, SWCorp dan APM.
Turut dianjurkan sukan tradisional kepada penduduk tempatan serta cabutan bertuah buat pengunjung.
Pada masa yang sama, YAB Menteri Besar Kedah turut melancarkan Pelan Kedah Sejahtera Lestari Bersama 2025 dengan matlamat ke arah negeri Kedah yang lebih hijau, bersih dan sejahtera.