SESI KUNJUNG HORMAT PENGURUSAN KEDA KE SPRM
ALOR SETAR – Pengurus Besar, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff telah menghadiri Sesi Kunjung Hormat KEDA ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini.
Turut hadir adalah Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar dan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA, Puan Hajah Afifah binti Haji Omar serta Ketua Unit Integriti dan Perundangan (UIP) KEDA, Cik Nurul Aqilah binti Azmi.
Delegasi KEDA telah disambut mesra oleh pihak SPRM Kedah yang diketuai oleh Pengarah SPRM Kedah, Timbalan Pesuruhjaya Ahmad Nizam bin Ismail.
Kunjung hormat ini diadakan adalah bertujuan untuk bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman yang boleh diwujudkan bagi meningkatkan tadbir urus kawalan dalaman dan tahap integriti warga KEDA.
Semoga kunjungan hormat ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan KEDA dan SPRM untuk penambahbaikan dan keberkesanan tadbir urus jabatan.