KEDA TINGKATKAN KAWALAN KESELAMATAN DI KOMPLEKS IBU PEJABAT

KEDA TINGKATKAN KAWALAN KESELAMATAN DI KOMPLEKS IBU PEJABAT

ALOR SETAR – Pihak pengurusan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) komited akan meningkatkan kawalan keselamatan di banggunan Kompleks Ibu Pejabat KEDA, Jalan langgar, di sini.
Usaha mendapatkan perkhidmatan kawalan keselamatan di bawah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dibincangkan pada sesi kunjung hormat Jabatan Sukarelawan itu ke Kompleks Ibu Pejabat KEDA hari ini.
Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff menyambut mesra kunjung hormat dari RELA yang diketahui Pengarah RELA Negeri Kedah, Mohd Khairul bin Ahmad.
Selain membincangkan berkenaan isu keselamatan serta kerjasama strategik antara kedua belah pihak, kunjung hormat ini juga untuk mengeratkan lagi hubungan baik dan sesi ramah mesra.
Terima kasih kepada RELA Negeri Kedah atas kesudian berkunjung ke KEDA. Semoga kerjasama yang terjalin terus berkekalan.
Dengan langkah ini, KEDA berharap dapat meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan semua pihak yang berurusan di kompleks Ibu Pejabat KEDA.