KURSUS PENULISAN LAPORAN TAHUNAN KKDW
SHAH ALAM – Bahagian Perancangan, Pemantauan dan Penilaian (BPPP) mewakili Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) ke Kursus Penulisan Laporan Tahunan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) baru-baru ini.
Pengurus BPPP KEDA, Encik Mohd Elias bin Hassan mengikuti kursus ini sebagai usaha melatih sub-editor bahagian, jabatan dan agensi menggunakan format yang tepat dan teknik penulisan yang berimpak untuk menghasilkan input laporan masing-masing.
Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini telah dibimbing oleh Munsyi Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Puan Norliza binti Abu Bakar dan dihadiri oleh 40 orang peserta.
Umumnya, DBP merupakan penyedia tunggal perkhidmatan rujukan bahasa dan persuratan terutamanya Bahasa Melayu.
Sesi pembelajaran secara langsung bersama Munsyi Dewan ini dilihat dapat membantu para peserta membuat rujukan kata, ejaan, bahasa dan tatabahasa dengan pantas dan tepat.
Diharap penganjuran kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dalam menghasilkan laporan tahunan kementerian yang berkualiti dan berimpak tinggi.