PEGAWAI KEDA TIMBA ILMU LAWATAN KE KOMPLEKS KARANGKRAF
SHAH ALAM – Pengurus Perancangan, Pemantauan dan Penilaian (BPPP), Encik Mohd Elias bin Hassan peserta dari Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) ke Lawatan Karangkraf sempena Bengkel Penulisan Laporan Tahunan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Encik Mohd Elias antara peserta dari 40 kakitangan Unit Komunikasi Korporat KKDW yang mengikuti lawatan ke Kompleks Karangkaraf pada khamis lalu bertujuan menimba ilmu mengenai proses pencetakan dan penerbitan bagi sesebuah buku.
Peserta mengikuti kursus penulisan laporan Tahunan di Kementerian sebelum dibawa lawatan ke Karangkraf supaya peserta dapat melihat sendiri kitaran penerbitan.
Selain itu, para peserta turut dibawa melawat bahagian editorial dan studio Al-Quran kerana Karangkraf terkenal sebagai syarikat pencetakan Al-Quran terbesar di Malaysia, memberikan kesempatan kepada peserta untuk memahami lebih mendalam proses pencetakan dan penerbitan naskah suci tersebut.
Lawatan ini diharapkan dapat menambah pengetahuan para peserta dalam bidang penerbitan dan dapat diterapkan dalam tugas mereka di kementerian dan agensi masing-masing.