KEDA SANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI DI BALING

KEDA SANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI DI BALING

BALING – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) menyantuni masyarakat orang asli di Baling sempena Program Mai Singgah@Kongsi Rezeki Aidiladha Bersama Orang Asli di Kampung Lubuk Legong hari ini.
Program Mai Singgah@Kongsi Rezeki Aidiladha Bersama Orang Asli adalah program kerjasama strategik KEDA dan KEDAHfm yang bertujuan mendekatkan diri dengan masyarakat setempat iaitu masyarakat Orang Asli di Baling sempena Hari Raya Aidiladha.
Hadir menjayakan program ini iaitu Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Kedah, YBhg. Puan Nur Hafizah binti Idris dan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA, Puan Hajah Afifah binti Omar.
Turut hadir adalah Pengurus Kanan Jabatan Korporat Syarikat Darul Aman (SADA), Puan Siti Syuhairah binti Sobri dan Ketua Pegawai Agihan, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Ustaz Mohammad Suraidi Bin Saad.
KEDA bekerjasama dalam aktiviti agihan daging korban, penyertaan peserta dari kalangan staf dan penduduk desa KEDA serta hadiah untuk aktiviti menyantuni masyarakat di sini.
Program Skuad KEDAHfm Mai Singgah merupakan aktiviti turun padang bersemuka bersama orang ramai dan berkongsi rezeki sempena ibadah korban yang dilaksanakan di program itu.
Antara agensi lain yang turut terlibat adalah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Syarikat Air Darul Aman (SADA).
Aktiviti menyemarakkan sambutan kebesaran Islam merupakan aktiviti wajib saban tahun agensi ini terutama di desa-desa KEDA.