KEDA TERUS PERKASA PEGAWAI PELAKSANA PPRT

KEDA TERUS PERKASA PEGAWAI PELAKSANA PPRT

BALING – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) terus memperkasa pegawai pelaksana Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) KEDA melalui Program Jelajah Komuniti PPRT KEDA di Baling, hari ini.
Program Jelajah Komuniti Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) KEDA adalah program pemerkasaan kakitangan KEDA dengan hal ehwal projek PPRT yang dilaksanakan.
PPRT adalah bantuan rumah kepada kumpulan sasar (miskin dan miskin tegar) dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.
Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff yang mengetuai program ini berkata, ia dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada Pegawai Pelaksana PPRT KEDA berkenaan pelaksanaan PPRT di bawah KEDA serta berkongsi pandangan dan nasihat teknikal bagi memantapkan lagi pelaksanaan PPRT di Negeri Kedah.
“KEDA sangat menekankan semangat kerja berpasukan dan bekerjasama dalam memastikan urusan projek PPRT berjalan lancar.
“KEDA berharap agar gerak kerja ini dapat memperkemaskan sistem penyampaian dan perkhidmatan serta meningkatkan motivasi dan jati diri dalam membantu penduduk luar bandar,” katanya.