LAWATAN KERJA PENGURUS BESAR KEDA KE DAERAH SIK
SIK – Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah mengadakan lawatan pemantauan ke beberapa projek di daerah Sik.
Sesi lawatan yang diaturkan oleh Bahagian Perancangan Pemantauan dan Penilaian ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Hajah Afifah binti Haji Omar, Pengurus Perancangan Pemantauan dan Penilaian, Encik Mohd Elias bin Hassan dan Ketua Unit Komunikasi Korporat, Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman.
Awalannya, Pengurus Besar telah menghadiri sesi pertemuan bersama mudir dan pelajar tahfiz yang hadir bagi mendaftar program Tahfiz TVET@Kolej KEDA 3.0 di KEDA Resort Bendang Man, di sini. Program ini dianjurkan oleh Kolej KEDA yang diketuai Pengarah Kolej, Encik Che Ridzuan bin Mohamad Isa. Turut hadir adalah Penolong Pengarah Kolej, Encik Muhammad Luqman bin Nazari.
Seramai 80 orang pelajar tahfiz lelaki dan perempuan telah mendaftar mewakili 10 pusat tahfiz dan pondok di sekitar negeri Kedah.
Seterusnya, Pengurus Besar telah meninjau tanah KEDA di Taman Seroja yang dicadangkan untuk penjualan lot tanah bagi tujuan perumahan. Menurut penerangan yang disampaikan oleh Pengurus Hartanah dan Prasarana, Encik Rojani bin Romeli, terdapat lebih 30 lot yang dicadangkan untuk penjualan dan kawasan tersebut sangat strategik memandangkan berdekatan taman perumahan dan sekolah.
Namun, Pengurus Besar turut meminta agar disempurkan kemudahan infra untuk memudahkan rakyat yang berminat untuk membeli lot tersebut.
Lokasi lawatan terakhir adalah di kawasan Tasik Beris dengan Pengurus Besar meninjau prestasi Projek Agrotourism Pantai Molek, di sini.
Kehadiran rombongan telah disambut oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar dan Penolong Pengurus Niagatani, Encik Mohd Nabil Bin Jaffri.
Projek Agrotourism Pantai Molek ini salah satu inisiatif KEDA dalam mewujudkan lokasi agro pelancongan baru di negeri Kedah.
Lokasi ini bakal menawarkan keindahan flora dan fauna serta pelbagai aktiviti yang dirancang untuk dirasai oleh pengunjung yang hadir ke sini.