LAWATAN SEKTOR PENGURUSAN KKDW KE DAERAH BALING
BALING – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah menerima kunjungan pegawai-pegawai Sektor Pengurusan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk melawat sekitar projek KEDA di daerah Baling.
Delegasi KKDW yang diketuai Setiausaha Bahagian Kanan (SUBK) Khidmat Pengurusan, Tuan Mohd Kamal bin Husin ini telah hadir ke Kedah dalam sesi lawatan ke projek-projek sekitar negeri Kedah.
Turut hadir mewakili KKDW adalah Setiausaha Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Aset, Puan Fariza Azura binti Mohd Husain, Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat, Encik Shahruddin bin Mohamad Nor, Setiausaha Bahagian Akaun, Puan Sabariah binti Yusof@Mohd Eusope dan Pengarah Pejabat KKDW Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, Encik Mohd Nizam bin Mokhtar.
Delegasi ini disambut mesra oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff. Antara yang hadir mewakili KEDA adalah Pengurus Perancangan, Pemantauan dan Penilaian, Encik Mohd Elias bin Hassan, Penolong Pengurus Perancangan Pemantauan dan Penilaian, Encik Mohamad Amin Bin Abdul Rahim, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman dan Pegawai Pembangungan KEDA Zon 5, Baling, Encik Mohamad Yusran Azali Bin Mohamad Fadzil.
Lawatan kerja ke Projek KEDA ini dimulai dengan Ekplorasi Gua Sireh, salah satu projek Desa Lestari KEDA. Gua Sireh yang semakin dikenali sebagai lokasi untuk penggemar aktiviti eksplorasi gua di negeri ini hadir dengan warna warni pencahayaan dan tempat menarik untuk mengambil gambar kenangan.
Seterusnya mereka dibawa untuk menikmati keindahan eko pelancongan Dusun Tok Wak, salah satu usahawan bimbingan KEDA di Baling ini.
Lokasi ini terkenal dengan aktiviti makan dalam sungai disamping aliran sungai yang boleh dinikmati semua lapisan umur.
Terima kasih pegawai-pegawai Sektor Pengurusan KKDW yang sudi melawat projek dibawah pengurusan KEDA.