33 PEGAWAI KEDA DIRAI TERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)
ALOR SETAR – Seramai 33 pegawai Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dirai sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023 di Hotel Grand Alora, di sini.
Anugerah penghargaan paling berprestij di KEDA ini akan dikenang sebagai kenangan manis oleh penerima-penerima APC kerana disambut meriah dan disampaikan oleh Pengerusi KEDA, YBhg. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom.
Turut hadir adalah Ahli Lembaga Pengarah KEDA, YBhg. Dato’ Aminuddin bin Omar dan Pengurus Besar KEDA, YBhg Tuan Ismasuhaimi bin Shariff.
YBhg. Dato’ Seri Jamil Khir dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada semua penerima dan beliau mengharapkan pengiktirafan kecemerlangan perkhidmatan ini dapat menyuntik semangat kepada seluruh warga agensi supaya berlumba-lumba membudayakan bekerja cemerlang sepanjang masa seiring dengan kehendak rakyat.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) ini diadakan setiap tahun adalah sebagai manifestasi penghargaan dan pengiktirafan kepada mereka yang telah berjaya terpilih berkhidmat dengan cemerlang.