KAKITANGAN KEDA DISARAN TERUS USAHA JADI YANG TERBAIK
ALOR SETAR – Pegawai dan kakitangan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) disaran agar terus berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam melaksanakan tugasan.
Saranan ini disuarakan Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KEDA di Hotel Grand Alora di sini.
“Biar dimana kita berada, teruskan usaha untuk menjadi yang terbaik bak kata Micheal Jordan, lagenda bola keranjang dunia “Sukses bukanlah sesuatu yang anda kejar. Namun ini adalah sesuatu yang harus anda usahakan secara terus-menerus,” katanya.
Antara lain, beliau turut mengharapkan agar kakitangan KEDA sentiasa mewujudkan jalinan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugasan supaya ianya seiring ke arah mencapai matlamat kecemerlangan kerja dan kecemerlangan agensi secara keseluruhannya.
“Saya sangat menekankan kerjasama berpasukan di kalangan kita.Tidak ada one man show atau solo dalam organisasi ini.
Pada Majlis APC itu, seramai 33 orang pegawai KEDA menerima APC bagi tahun 2023 dan daripada jumlah itu, seramai 21 orang kakitangan lelaki dan 12 kakitangan wanita dan disempurnakan oleh Pengerusi KEDA, YBhg Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom.