SESI PENDAFTARAN DAN MINGGU INDUKSI TAHFIZ TVET@KOLEJ KEDA 3.0

SESI PENDAFTARAN DAN MINGGU INDUKSI TAHFIZ TVET@KOLEJ KEDA 3.0

SIK – Kolej Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KOLEJ KEDA) terus mengorak langkah dalam menjalankan program Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) apabila hari ini menerima 80 orang pelajar lelaki dan perempuan untuk pendaftaran Tahfiz TVET@Kolej KEDA 3.0 bagi tahun 2024.
Mereka yang hadir adalah pelajar dari 10 pondok tahfiz sekitar negeri Kedah.
Mereka yang hadir bersama-sama mudir masing-masing telah diraikan oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg Tuan Ismasuhaimi bin Shariff dalam satu majlis penghargaan.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Hajah Afifah binti Haji Omar, Pengurus Perancangan, Pemantauan dan Penilaian, Encik Mohd Elias bin Hassan, Pengarah Kolej KEDA, Encik Che Ridzuan bin Mohamad Isa, Penolong Pengarah Kolej KEDA, Encik Muhammad Luqman bin Nazari dan Ketua Unit Komunikasi Korporat, Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman.
Pengurus Besar dalam ucapan beliau menyatakan sokongan penuh kepada program ini dan mengharapkan lebih banyak pusat tahfiz dan pondok yang akan berkolaborasi dengan Kolej KEDA.
“Saya suka untuk menjenamakan pelajar Tahfiz TVET ini dengan Tekno Huffaz Kolej KEDA
Matlamat Tahfiz TVET@Kolej KEDA adalah untuk mempelbagai peluang kepada Tekno Huffaz ini dengan mewujudkan cabang kemahiran kepada mereka.
Tekno Huffaz ini akan ada ‘added value’ yang menjadikan mereka lebih digemari majikan untuk bekerja berbanding graduan kemahiran lain.
Ini juga usaha kita untuk membantu kerajaan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga mahir dalam kalangan warga asing”, ujar beliau.
80 orang pelajar ini hadir mendaftar bagi 7 kursus kemahiran yang terdapat di Kolej KEDA antaranya ialah Teknologi Makanan, Teknologi Penyaman Udara, Teknologi Fabrik dan sebagainya.