40 PEGAWAI KEDA SERTAI BENGKEL PEMURNIAN DAN SEMAKAN SEMULA PELAN ANTI RASUAH KEDA 2022 – 2026
KANGAR – Dalam usaha untuk memantapkan tatakelola dan prestasi dalam kalangan kakitangan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Pelan Anti Rasuah KEDA (KACP) terus dikemas kini.
Terbaru, 40 orang pegawai KEDA telah menghadiri Bengkel Pemurnian dan Semakan Semula Pelan Anti Rasuah KEDA 2022-2026 di Hotel Seri Malaysia, di sini.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi peluang pegawai-pegawai KEDA secara kolektifnya terlibat dalam menambah baik resolusi agenda pemerkasaan anti rasuah di agensi ini. Sebanyak 65 inisiatif telah diteliti bagi memastikan objektif utama KACP dicapai selaras dengan tujuan asal pembangunan KACP.
Sesi pembukaan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar dan Hajah Afifah binti Haji Omar, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) telah merasmikan penutup untuk bengkel ini.
Pelan Anti Rasuah KEDA atau KEDA Anti Corruption Plan adalah gagasan pelan KEDA dalam melihat risiko dan inisaitif pembanterasan terbaik dengan mengambil kira pencegahan lebih baik dari pembaikan. KEDA akan terus berusaha untuk membanteras rasuah dalam segenap aspek pentadbiran KEDA.