KUNJUNG HORMAT PENGURUS BESAR KEDA KE PERDA

KUNJUNG HORMAT PENGURUS BESAR KEDA KE PERDA

BUTTERWORTH – Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff telah mengetuai 63 orang kakitangannya berkunjung ke Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).
Turut hadir adalah Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar, Pengurus Hartanah dan Prasarana, Encik Mohd Elias bin Hassan dan Pengurus Pembangunan Komuniti, Encik Mohd Azam bin Omar.
Kehadiran delegasi KEDA ini adalah bersempena Lawatan Penanda Aras Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) ke PERDA.
Kehadiran Tuan Pengurus Besar KEDA telah disambut mesra oleh Pengurus Besar PERDA, YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum.
Turut bersama-sama meraikan kehadiran delegasi adalah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), YBrs. Puan Noor Hayati binti Ishak dan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), YBrs. Tuan Haji Anuar bin Shahab.
Sesi dimulakan dengan ucapan pembukaan dari Pengurus Besar PERDA. Seterusnya program disusuli dengan ucapan balas Pengurus Besar KEDA.
Lebih menarik apabila tiba ke sesi taklimat mengenai PERDA yang disampaikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA.
Pengurus Besar KEDA dalam ucapannya menyeru agar kakitangan KEDA yang hadir menggunakan kesempatan lawatan ini untuk mendapatkan seberapa banyak input bagi penambahbaikan KEDA.
“Lawatan penanda aras ini selain mengeratkan silaturahim, ianya satu medium penambahan ilmu kepada staf KEDA. Jadikan perkongsian PERDA ini sebagai tambahan input untuk KEDA menjalankan gerak operasinya.
Kita bawa balik sebarang input disini yang sesuai untuk diimplementasikan di Kedah”, ujar beliau.
Terima kasih PERDA kerana sudi menerima kehadiran KEDA. Semoga jalinan kerjasama ini terus berkekalan.