AKTIVITI BERBASIKAL MERIAHKAN HARI SUKAN DAN RIADAH KEDA

AKTIVITI BERBASIKAL MERIAHKAN HARI SUKAN DAN RIADAH KEDA

ALOR SETAR– Program Hari Sukan dan Riadah anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada Ahad yang lalu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, termasuk acara berbasikal yang menjadi tumpuan utama.
Acara berbasikal ini diketuai oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, yang turut serta dalam menggalakkan aktiviti sihat dalam kalangan kakitangan.
Sebelum memulakan aktiviti, semua kakitangan berkumpul di hadapan Kompleks Ibu Pejabat KEDA untuk menjalani sesi pemanasan badan.
Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif KEDA yang menetapkan setiap Ahad sebagai hari sukan dan riadah bagi organisasi.
Langkah ini diambil untuk memberi peluang kepada kakitangan menjalankan aktiviti fizikal secara konsisten, dengan tujuan melahirkan pekerja yang cergas, sihat, dan proaktif.
Acara yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi itu mendapat sambutan baik daripada semua kakitangan, yang merasakan program ini sangat bermanfaat untuk kesejahteraan fizikal dan mental mereka.