KUNJUNGAN DELEGASI KEDA KE DELIMA EMAS

KUNJUNGAN DELEGASI KEDA KE DELIMA EMAS

NEGERI SEMBILAN – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah melakukan lawatan kerja ke Delima Emas Sdn. Bhd. (DESB) di Nilai baru-baru ini, bertujuan memperkukuhkan hubungan strategik dan meneroka peluang kerjasama yang lebih meluas di antara kedua-dua organisasi.
Delegasi KEDA yang diketuai oleh Pengurus Besar, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, turut disertai oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar, Pengurus Bahagian Niagatani, Encik Sulaiman bin Mohd Noor serta beberapa pegawai iringan.
Lawatan ini juga menjadi platform untuk KEDA memahami lebih lanjut tentang operasi DESB, yang terkenal dalam industri pemprosesan makanan berasaskan ayam organik.
Sewaktu lawatan tersebut, delegasi KEDA diberi peluang untuk melawat kawasan operasi kilang DESB.
Pengerusi Eksekutif DESB, Dato’ Muhammed Saleh bin Abdul Malek, memberikan taklimat terperinci mengenai inovasi yang dilaksanakan oleh syarikat tersebut. Delegasi turut didedahkan dengan teknologi canggih serta fasiliti yang disediakan oleh DESB, yang menggambarkan komitmen mereka dalam memastikan kualiti produk yang tinggi.
Selain itu, delegasi KEDA turut dibawa melawat Delima Space, sebuah konsep hidangan unik yang diinspirasikan oleh DESB dan terkenal dengan menu berasaskan ayam organik.
Lawatan ini memberikan peluang kepada KEDA untuk menilai potensi kerjasama dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan pengeluaran makanan dan pertanian.
Kunjungan ini dijangka membuka peluang baharu bagi KEDA untuk memperluaskan jaringan kerjasama dengan pihak industri, terutamanya dalam bidang inovasi teknologi dan keusahawanan yang berkaitan dengan sektor agroindustri.