KEDA ADAKAN KUNJUNG HORMAT KE JPJ KEDAH

KEDA ADAKAN KUNJUNG HORMAT KE JPJ KEDAH

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah melakukan kunjung hormat ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah baru-baru ini dalam usaha memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua agensi.
Kunjung hormat tersebut diketuai oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff diiringi oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat KEDA, Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman dan Encik Mohamad Heldi bin Abdul Rauf.
Kehadiran KEDA telah disambut mesra oleh Pengarah JPJ sendiri, YBhg. Tuan Stien Van Lutam. Turut hadir adalah Encik Anas Bin Mohd Yusof, Pegawai Perhubungan Awam (PRO) JPJ Kedah.
Dalam pertemuan tersebut, mereka membincangkan pelbagai program yang boleh dilaksanakan secara bersama antara KEDA dan JPJ, khususnya yang melibatkan komuniti luar bandar.
YBhg. Tuan Ismasuhaimi turut berkongsi mengenai operasi dan peranan KEDA dalam membangunkan masyarakat luar bandar di Kedah.
Selain itu, Tuan Pengurus Besar juga berkongsi pengalaman beliau sebagai mantan Pengarah JPJ Kedah sebelum ini.
Melalui kerjasama ini, KEDA berharap dapat memperluaskan lagi jangkauan program-program pembangunan untuk faedah masyarakat luar bandar.
Kunjung hormat ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara KEDA dan JPJ dalam usaha memajukan masyarakat luar bandar di negeri Kedah.