PROGRAM BELIA BELIAWANIS DESA KEDA DAERAH BALING BERJAYA TINGKATKAN KESEDARAN DAN KEMAHIRAN BELIAWANIS

PROGRAM BELIA BELIAWANIS DESA KEDA DAERAH BALING BERJAYA TINGKATKAN KESEDARAN DAN KEMAHIRAN BELIAWANIS

BALING – Seramai 30 peserta dari kalangan belia beliawanis Desa KEDA Daerah Baling telah berjaya mengikuti Program Belia Beliawanis Desa KEDA Daerah Baling yang berlangsung di Banana CampSite, Mukim Siong, Daerah Baling, Kedah.
Program diadakan ini menumpukan kepada peningkatan kesedaran dan kemahiran dalam kalangan peserta mengenai aspek keselamatan dan kelangsungan hidup.
Program ini dikendalikan oleh Jurulatih Angkatan Pertahanan Awam (APM), Kapten Fazli bin Abd Rahman, yang memimpin para peserta melalui pelbagai aktiviti berasaskan team building.
Aktiviti yang dijalankan merangkumi pembelajaran teori dan praktikal berkaitan ancaman cuaca, pengenalan jenis haiwan berbisa, pelbagai jenis ikatan dalam operasi menyelamat, kaedah balutan dan rawatan kecemasan, serta taktikal pengusung mangsa.
Selain itu, peserta juga diajar cara ikhtiar hidup seperti teknik nyalaan api dalam situasi kecemasan.
Dalam majlis penutupan, Pegawai Pembangunan Zon 5, Baling, Encik Mohamad Yusran Azali bin Mohamad Fadzil telah merasmikan program tersebut.
Beliau turut menyatakan harapan agar ilmu dan pengalaman yang diperoleh melalui program ini dapat diaplikasikan oleh para beliawanis dalam kehidupan seharian, sekaligus mempersiapkan mereka untuk menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan di masa hadapan.
Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peserta, yang rata-ratanya menyatakan kesyukuran atas peluang untuk mempelajari kemahiran baru dan membina semangat kerja berpasukan dalam suasana yang mencabar.