KEDA LANCAR PROJEK MESIN LAYAN DIRI MELALUI PKS

KEDA LANCAR PROJEK MESIN LAYAN DIRI MELALUI PKS

SUNGAI PETANI – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) melancarkan Projek Mesin Layan Diri (Bidang Farmasi) di bawah Program Komuniti Sejahtera (PKS) Tahun 2023 dekat Swiss Avenue Hotel, Sungai Petani, di sini.
Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff bersama Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar.
Menurut YBhg.Tuan Ismasuhaimi sebanyak 10 mesin layan diri ditempatkan di sekitar Sungai Petani, Kulim dan Alor Setar menerusi kluster kedua di bawah PKS.
“Ini merupakan satu program khusus Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dibawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).
“Ia diwujudkan bagi tujuan perluasan konsep perkongsian keuntungan kepada kumpulan sasar iaitu peserta pasif (Warga emas, uzur dan orang kelainan upaya (OKU).
Beliau berkata demikian pada Sidang Media sempena majlis pelancaran kluster kedua PKS di sini semalam.
“KEDA telah melantik D’Sara Fried Chicken iaitu sebagai projek rintis PKS pada tahun 2021 dengan peruntukan berjumlah RM300,000 yang merupakan padanan kepada 30 penerima manfaat di seluruh Kedah.
“Bagi kluster kedua PKS pula, KEDA melantik Farmasi Klebang Restu sebagai pengurus projek dengan peruntukan berjumlah RM250,000 yang merupakan padanan kepada 25 penerima manfaat di seluruh negeri ini.
Jelas beliau terdaat 10 lokasi yang dipilih oleh Farmasi Klebang Restu iaitu Farmasi Lily, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Farmasi Batik, Taman Batik, Sungai Petani, Farmasi Umar, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Farmasi Lily, Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Dewan Kulim Hindu Sabha, Jalan Serindit, Kulim, Dewan Kulim Hindu Sabha, Jalan Serindit, Kulim, Farmasi Umar, Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Farmasi Semut Gajah, Kota Sarang Semut, Alor Setar, Dobi Kita Kedah, Jalan Langgar, Alor Setar.
“Ubat-ubatan yang ditempatkan di dalam mesin berkenaan merupakan ubat yang lazimnya dicari masyarakat setempat seperti ubat demam, cirit-birit, batuk dan ubat cacing.
“Ini merupakan pilihan untuk masyarakat bagi membeli ubat pada waktu kecemasan iaitu luar pada waktu operasi kedai farmasi,” katanya.