PROGRAM KOLABORASI BAGI SERAHAN ZAKAT EHSAN TABUNG HAJI NEGERI KEDAH DI DAERAH LANGKAWI

PROGRAM KOLABORASI BAGI SERAHAN ZAKAT EHSAN TABUNG HAJI NEGERI KEDAH DI DAERAH LANGKAWI

LANGKAWI – Program Kolaborasi Serahan Zakat Ehsan Tabung Haji Negeri Kedah Tahun 2024 telah diadakan di Dewan Orang Ramai, Desa KEDA Wang Tok Rendong, dengan melibatkan seramai 50 penerima manfaat.
Golongan penerima terdiri daripada warga emas, ibu atau bapa tunggal, serta orang kurang upaya (OKU), yang mana bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban mereka menjelang akhir tahun.
Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Kedah, YBhg. Tuan Haji Mohd Hanifah bin Kamarudin, Pengurus Pembangunan Komuniti, Encik Mohd Azam bin Omar dan Pengurus Pusat Perkhidmatan Lembaga Tabung Haji Langkawi, Tuan Haji Redzuan bin Md Ali.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Lembaga Tabung Haji untuk terus menyantuni komuniti setempat, khususnya mereka yang memerlukan, selaras dengan tanggungjawab sosial korporat organisasi tersebut.
Terima kasih kepada pihak Tabung Haji kerana sudi bersama-sama KEDA dalam menyantuni masyarakat luar bandar.