LAWATAN PERDA KE PROJEK EKONOMI DAN AGROTOURISM KEDA DAERAH LANGKAWI TAHUN 2025

LAWATAN PERDA KE PROJEK EKONOMI DAN AGROTOURISM KEDA DAERAH LANGKAWI TAHUN 2025

LANGKAWI – Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Tuan Haji Anuar Bin Haji Shahab telah mengadakan lawatan ke projek ekonomi dan agrotourism di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di daerah Langkawi.
Destinasi pertama bagi lawatan ini adalah ke Projek Women Biz Entrepreneurship – Lekoshow di Desa KEDA Teluk Berembang, Pulau Tuba.
Selain itu, rombongan PERDA juga dapat menikmati pengalaman dan perkhidmatan yang disediakan oleh Koperasi Kepulaun Tuba Dan Selat Berhad (KOPTUBAS) hasil daripada peruntukan Desa Lestari seperti perkhidmatan bot tambang-BESTUBA serta menaiki atv mengelilingi sekitar Pulau Tuba.
Pada hari berikutnya lawatan ke Projek Usahawan Produk Gamat dan Herba – Mahsuri Gold di Jalan Pantai Cenang, Langkawi. Pemilik Mahsuri Gold iaitu Encik Amir telah memberikan taklimat ringkas berkaitan produk berasaskan gamat dan herba yang dihasilkan olehnya.
Lokasi terakhir bagi lawatan ini adalah di Kubang Badak iaitu Projek Agrotourism – Crab Farm. Pengusaha Crab Farm, Encik Rusasmizal bin Mohamad Ghazali telah memberikan sedikit penerangan berkaitan ternakan ketam nipah serta bantuan yang pernah diterima olehnya melalui agensi seperti KEDA.
Lawatan ini berakhir dengan sesi bergambar dan penyerahan cenderahati dan pihak Pejabat KEDA Zon 1, Langkawi merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengurus Pembangunan Usahawan, En Rojani bin Romeli, Penolong Pengurus Niagatani, Puan Nor Juhaini binti Jamaludin yang turut hadir bersama serta kakitangan KEDA dari Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) dan Bahagian Niaga Tani (BNT) di atas komitmen bagi menjayakan lawatan ini.