PROGRAM SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ PERDANA PEJABAT KEDA ZON 8 MERIAH
KUBANG PASU – Pejabat KEDA Zon 8 Kota Setar/Kubang Pasu dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Abu Bakar Kariah Malau telah menganjurkan Program Sambutan Israk Mikraj Perdana di masjid berkenaan.
Program ini bertujuan memperingati peristiwa agung Israk Mikraj serta memperkukuhkan kecintaan umat Islam terhadap ajaran Rasulullah SAW.
Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah dan diteruskan dengan sesi ceramah khas yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Hj Nurulaswar bin Nasron.
Ceramah tersebut menekankan hikmah dan pengajaran daripada peristiwa Israk Mikraj, yang menjadi pedoman bagi umat Islam dalam kehidupan seharian.
Program ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran seramai 250 orang, terdiri daripada anak kariah masjid dan penduduk setempat.
Turut hadir dalam majlis ini ialah , Ahli Lembaga Pengarah KEDA, Dato’ Amiruddin bin Omar, , Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar, Pengurus Pembangunan Komuniti KEDA, Encik Azam bin Omar, Pegawai Pembangunan KEDA Zon 8, Encik Muhamad Ramlan bin Jaafar, Pegawai Pembangunan KEDA Zon 2, Encik Shahurin bin Md Isa dan Kakitangan KEDA dari Pejabat KEDA Zon 8, Bahagian Pembangunan Usahawan , dan Unit Komunikasi Korporat.
Majlis berakhir dengan solat isyak berjemaah dan jamuan makan yang mengeratkan ukhuwah antara peserta.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuhkan kefahaman Islam serta menyuburkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dalam kalangan masyarakat.