CERAMAH ISRAK MIKRAJ PERDANA HIMPUKAN ANAK QARYAH HAYATI PERJALANAN BAGINDA RASULULLAH SAW
SIK – Hampir 300 anak kariah termasuk penduduk Desa KEDA Kota Aur berhimpun dalam Ceramah Israk Mikraj Perdana Peringkat Daerah Sik yang berlangsung di Masjid A-Syahidin, Kampung Kota Aur, Sik baru-baru ini.
Ceramah yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Nazri Bin Hanafi (Ustaz Bollywood Junior) berjaya mengupas dengan mendalam peristiwa Israk Mikraj, mengajak para hadirin menghayati perjalanan agung Rasulullah SAW.
Program ini dianjurkan oleh Kepimpinan Pasukan Perancang dan Pelaksana Program (4P) Desa KEDA Kota Aur dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid A-Syahidin dan Pejabat KEDA Zon 4, Sik.
Kehadiran Pengerusi KEDA Resort & Holidays Sdn. Bhd, Datuk Muhamad Khizri Bin Abu Kassim turut memeriahkan majlis.
Beliau juga berkesempatan beramah mesra dengan masyarakat yang hadir.
Turut hadir, warga kerja Kolej KEDA yang beramai-ramai menyertai program, menambah keberkatan dan kemeriahan majlis ilmu ini.
Ceramah ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman mengenai Israk Mikraj, malah memperkukuh ukhuwah dalam kalangan penduduk setempat.