MAJLIS IFTAR KEDA MADANI MERIAH DI DESA KEDA BAGAN

MAJLIS IFTAR KEDA MADANI MERIAH DI DESA KEDA BAGAN

PADANG TERAP – Majlis Iftar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) MADANI yang berlangsung di Desa KEDA Bagan, Naka, menjadi acara kemuncak serta penutup bagi siri program berbuka puasa di desa-desa KEDA daerah Padang Terap.
Majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Imam Masjid Kariah Kampung Bagan, diikuti dengan bacaan tahlil sebelum semua hadirin menikmati juadah berbuka puasa bersama.
Turut memeriahkan majlis ialah Pegawai Pembangunan KEDA Zon 2 Padang Terap, Encik Shahurin bin Md Isa, serta Penyelia Desa KEDA Bagan, Encik Mohamad Abdul Khalil bin Abdullah. Kehadiran mereka, bersama Encik Aizarudin bin Abdul Khadir dan kakitangan Pejabat KEDA Zon 2 Padang Terap, mencerminkan sokongan berterusan KEDA dalam memperkukuh perpaduan serta kesejahteraan masyarakat luar bandar.
Selain merapatkan hubungan antara penduduk dan pihak KEDA, program ini turut menjadi platform bagi AJK Pasukan Perancang dan Pelaksana Program (4P) Desa KEDA Bagan untuk meningkatkan kemahiran dalam pengurusan acara secara lebih sistematik dan profesional.
Hasil tinjauan mendapati para penduduk serta AJK 4P berpuas hati dengan penganjuran program ini serta menzahirkan penghargaan.