PEJABAT KEDA ZON 5, BALING SELESAI PROGRAM PENGIMARAHAN RAMADAN 2025/1446H
BALING – Pejabat KEDA Zon 5 berjaya melaksanakan Program Pengimarahan Ramadan 2025/1446H dengan pelbagai aktiviti yang memupuk semangat kerjasama dalam kalangan penduduk serta memberi manfaat kepada golongan yang kurang berkemampuan.
Majlis Iftar KEDA MADANI 2025 telah diadakan di lapan buah desa, iaitu Desa KEDA Ulu Bakai, Desa KEDA Bandar, Desa KEDA Keledang, Desa KEDA Ulu Legong, Desa KEDA Kemangi, Desa KEDA Sadek, Desa KEDA Banggol Petai, dan Desa KEDA Batu Lapan.
Majlis ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara komuniti, malah memberi peluang kepada penduduk untuk bersama-sama melipatgandakan amal ibadah di bulan yang mulia ini.
Selain itu, Iftar Perdana turut dianjurkan di Desa KEDA Teluk Teduri, dengan penglibatan ramai penduduk yang hadir bagi merasai keberkatan Ramadan dalam suasana penuh harmoni.
Program ini juga memberi ruang kepada masyarakat untuk meraikan mereka yang kurang berkemampuan serta menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban golongan yang memerlukan.
Melalui program ini, Pejabat KEDA Zon 5 berharap semangat kebersamaan dan nilai-nilai kemasyarakatan terus diperkukuhkan, sejajar dengan matlamat untuk membangunkan komuniti luar bandar yang lebih sejahtera dan inklusif.