Entries by

RAJA MUDA KEDAH MENCEMAR DULI BERANGKAT KE KEDA RESORT BENDANG MAN

SIK – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) terutama anak syarikatnya, KEDA Resort and Holidays berasa tuah apabila Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah telah mencemar duli berangkat ke Majlis Penutupan Program Pengukuhan Jati Diri dan Motivasi Murid Kalendar Akademik 2023/2024 di sini. Program anjuran Jabatan Pendidikan […]

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM PENGUKUHAN DIRI DAN MOTIVASI MURID

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff telah hadir mengiringi Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah bagi mencemar duli berangkat ke Majlis Penutupan Program Pengukuhan Jati Diri dan Motivasi Murid di KEDA Resort Bendang Man, Sik. Program ini adalah anjuran Jabatan […]

PEJABAT KEDA ZON 8, KOTA SETAR/KUBANG PASU PERKASA KEPIMPINAN 4P DESA-DESA KEDA

LANGKAWI – Pengurusan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) melalui Pejabat KEDA Zon 8, Kota Setar/Kubang Pasu mengambil inisiatif memantapkan Jawatankuasa Pasukan Perancang, Pelaksana Program (4P) dalam menjalankan kepimpinan di peringkat kampung. Inisiatif itu dilakukan melalui penganjuran Program Pengurusan dan Pemantapan 4P, diadakan di Penarak Bamboo Resort, Langkawi. Ia bertujuan menyuntik semangat kerjasama dan kekuatan antara […]

17 BARISAN HADAPAN KESELAMATAN KEDA SERTAI KURSUS OKK

ALOR SETAR – Seramai 17 kakitangan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang dilantik sebagai barisan hadapan keselamatan KEDA telah mengikuti kursus Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) di Balai Bomba, Jalan Tun Abdul Razak, di sini semalam. Kursus yang diadakan selama 3 hari itu bertujuan memberikan pengetahuan asas kepada pegawai-pegawai yang dilantik sehingga mereka mampu menjalankan tanggungjawab […]

KEDA TERIMA PENGHARGAAN SEMPENA KUD@PUTRAJAYA 2023

BANGI – Terima kasih. Inilah ungkapan penghargaan yang diucapkan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi kepada semua agensi yang terlibat dalam Karnival Usahawan Desa (KUD) di Putrajaya termasuk Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). KEDA adalah merupakan salah sebuah agensi di bawah KKDW […]

TENDER BEKALAN KEDA(S) 400-5/8/6

KEDA(S) 400-5/8/6 Membekal, Memasang, Menghantar dan Mengujilari Peralatan dan Kelengkapan Bagi Seunit (1) Bot Eksplorasi dan Dua (2) Unit Bot Pelancong Untuk Koperasi Desa KEDA Sungai Udang Yan Berhad. https://www.keda.gov.my/wp-content/uploads/2023/12/TAWARAN-IKLAN-TENDER-BOT.pdf