200 ALUMNI HADIR KE MAJLIS TOWNHALL ALUMNI KOLEJ KEDA DAN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA INDUSTRI 2023

SUNGAI PETANI – Ibarat Sirih Pulang Ke Gagang. Inilah perumpamaan terbaik menggambarkan inisiatif Kolej Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dalam mengumpulkam alumni kolej ini dalam satu majlis.
Terbaharu, 200 orang alumni telah hadir ke sesi Townhall Alumni Kolej KEDA dan Kerjasama Strategik Bersama Industri 2023 yang turut dihadiri oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff sebagai tetamu kehormat.
Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Hajah Afifah binti Haji Omar, Pengarah Kolej KEDA, Encik Che Ridzuan bin Mohamad Isa dan barisan pengurus bahagian.
Para alumni yang merupakan graduan kolej ini yang telah melangkah ke dunia pekerjaan dapat membantu berkongsi input terbaik untuk pembangunan pendidikan TVET di kolej ini.
Dalam ucapan, beliau berharap agar sesi seperti ini dapat memberi peluang untuk penambahbaikan kolej. “Kita adalah satu keluarga, satu komuniti yang saling menyokong dan menginspirasikan terutama kepada bakal graduan Kolej KEDA. Semangat kekitaan yang terpancar daripada setiap wajah yang hadir hari ini melambangkan solidariti antara kita.
“Diharapkan agar ukhuwah yang terbina ini berterusan dan menjadi platform kepada alumni untuk terus mencipta peluang dalam melonjakkan kerjaya pada masa hadapan. Sesi ini dilihat menjadi medium paling ampuh dalam kita menterjemahkan fungsi alumni kepada pelajar kolej dan masyarakat menerusi konsep berilmu berbakti,”.
Kolej KEDA yang merupakan kolej latihan dibawah KEDA 7 bidang Kemahiran meliputi Teknologi Automotif, Teknologi Kimpalan, Teknologi Elektrik, Teknologi Motosikal, Teknologi Makanan, Teknologi Fabrik Lelaki dan Wanita serta Diploma Kemahiran Malaysia bagi Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara.
Program ini telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia dan juga Persijilan Suruhanjaya Tenaga bagi bidang elektrik.

MAJLIS TOWNHALL ALUMNI KOLEJ KEDA DAN KERAJASAMA STRATEGIK BERSAMA INDUSTRI 2023

MAJLIS TOWNHALL ALUMNI KOLEJ KEDA DAN KERAJASAMA STRATEGIK BERSAMA INDUSTRI 2023
Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff telah menghadiri Majlis Townhall Alumni Kolej KEDA dan Kerjasama Strategik bersama Industri 2023.
Majlis telah diadakan di Hotel Swiss Avenue, Sungai Petani dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Hajah Afifah binti Haji Omar, Pengarah Kolej KEDA, Encik Che Ridzuan bin Mohamad Isa serta pengurus-pengurus bahagian.
Seramai 200 alumni hadir dalam majlis ini yang turut bersambung dengan Mesyuarat Persatuan Alumni Kolej KEDA.
Pada masa yang sama, turut diadakan simbolik penyerahan kerjasama industri bersama 10 syarikat yang akan membantu dalam memberi latihan praktikal dan peluang pekerjaan kepada pelajar kolej ini.

ANEKA JUALAN PRODUK DI KARNIVAL MBAS 2 DEKAD

ALOR SETAR – Karnival Ulang Tahun Dua Dekad Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) meneruskan keraiannya dengan jualan produk dan program menarik.
Karnival ini berlangsung sehingga 31 Disember 2023 dengan pelbagai aktiviti menarik, jualan makanan dan minuman, pameran agensi serta persembahan artis-artis jemputan akan disajikan buat para pengunjung.
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) turut membantu memeriahkan karnival dengan membuka reruai pameran agensi untuk pertanyaan bantuan dan jualan produk usahawan KEDA.
Tinjauan mendapati pelbagai aneka makanan terdapat disini seperti keropok lekor, nasi beriani, shawarma, kunafa, ayam goreng dan pelbagai jenis minuman.
KEDA hadir dengan tema kedesaan pada reruai pamerannya. Terdapat petugas yang dapat membantu berkenaan bantuan diberikan KEDA selain pertanyaan berkaitan agensi ini.
Jom meriahkan Karnival 2 Dekad MBAS 2023.

RERUAI PAMERAN KEDA MENDAPAT SAMBUTAN DI KARNIVAL 2 DEKAD MBAS

ALOR SETAR – Suasana kemeriahan Karnival Ulang Tahun Dua Dekad Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) lebih meriah pada hari ke empat di Stadium Darul Aman Aman di sini hari ini.
Tinjauan mendapati pengunjung dari pelbagai lapisan umur memeriahkan Karnival ini dengan berbelanja di gerai-gerai jualan makanan dan minuman serta produk.
Kemeriahan itu turut dilihat di reruai pameran KEDA apabila ramai pengunjung singgah bertanya bantuan-bantuan yang disediakan KEDA dan cara permohonan.
Pengunjung yang singgah di Reruai Pameran KEDA tidak ketinggalan bermesra dengan petugas dan merakamkan gambar kenangan di booth KEDA dengan konsep kedesaan.
Karnival Ulang Tahun 2 Dekad Majlis Majlis Bandaraya Alor Setar ini berlangsung sehingga 31 Disember 2023 dengan pelbagai aktiviti menarik, jualan makanan dan minuman, pameran agensi serta persembahan artis-artis jemputan akan disajikan buat para pengunjung.
Jom meriahkan Karnival 2 Dekad MBAS 2023.

PERASMIAN KARNIVAL ULANGTAHUN DUA DEKAD MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR (MBAS)

ALOR SETAR – KEDA terlibat dalam memeriahkan Karnival Ulang Tahun Dua Dekad Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Stadium Darul Aman melalui reruai pameran agensi.
Semalam, telah berlangsung perasmian karnival dengan ianya dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar (B) Mansor bin Zakaria.
Hadir sama Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud.
Penduduk Alor Setar mahupun negeri Kedah dijemput singgah ke Booth Pameran KEDA.
Booth pameran KEDA hadir dengan konsep kedesaan dan pelbagai khidmat bimbingan disediakan bagi mendapatkan nasihat dan maklumat berkaitan bantuan-bantuan yang disediakan.
Antara aktiviti karnival yang disediakan sepanjang 5 hari berlangsung iaitu senamrobik, persembahan solat cekak, timbang bola, persembahan fakir teh tarik, pertandingan kerusi muzik, tiup belon, persembahan silat nyanyian dan tarian, bicara murabbi, persembahan pentas dan banyak lagi.
Jom meriahkan Karnival Dua Dekad MBAS 2023! 🙂

KEDA GIAT PENGEMASKINIAN DAN PENAMBAHBAIKAN LAMAN WEB KE ARAH WAJAH BARU 2024

ALOR SETAR – Pengurusan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) sedang giat melakukan pengemaskinian dan penambahbaikan laman web ke arah wajah baru untuk 2024.
Langkah ini dilakukan melalui Bengkel Pengemaskinian dan Penambahbaikan Laman Web KEDA yang diadakan selama dua hari di Bilik Mesyuarat Tualang, Kompleks Ibu Pejabat KEDA, Jalan Langgar baru-baru ini.
Bengkel itu disertai oleh 16 Jawatankuasa Laman Web KEDA yang mewakili Bahagian dan Unit di KEDA termasuk vendor yang dilantik mengendalikan Laman Web KEDA.
Bengkel ini diadakan bertujuan mengemaskini paparan laman web dan maklumat dalam laman web agar lebih sesuai dengan keperluan pengguna.
KEDA cuba memberi wajah baru Laman Web KEDA untuk tahun 2024 dengan mengabungkan skema warna yang baru dan menggunakan grafik yang lebih menarik serta meletakkan capaian lebih mudah kepada pengguna.
Seterusnya, hasil pengemaskinian dan penambahbaikan Laman Web KEDA akan dipantau oleh Jawatankuasa Pemandu Teknologi Maklumat (JPICT) yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Puan Hajah Afifah binti Omar.
Untuk maklumat, Laman Web KEDA sedang dikemaskinian dan dijangka mencapai 100 peratus awal Januari 2024.

BOOTH PAMERAN KEDA PERKENAL PRODUK USAHAWAN DAN KEDA AGROBIZ

ALOR SETAR – Booth pameran Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperkenal pelbagai produk usahawan KEDA dan KEDA Agrobiz Sdn Bhd sempena Karnival Ulang Tahun 2 Dekad Majlis Bandaraya Alor Setar MBAS di Stadium Darul Aman di sini.
Program yang diadakan pada 27 hingga 31 Disember 2023 itu memberi peluang kepada KEDA memperkenalkan pelbagai produk usahawan bimbingan KEDA dan produk- produk oleh KEDA Agrobiz.
Antara produk usahawan yang ada iaitu Mee Tarik Saffron By Ameen, Nasi Arab Ar Rayyan, Tepung Serbaguna Deliza, Ewan Dodol Berperisa, Kordial Berperisa Sarsi Kokusda, Serbuk Kopi Kampung Upak, Teh Tarik Kry Pak Tam Non, Sos Tiram dan Kuah Rojak Ameen, Cendawan Sisir JNJ Mushroom Farm dan banyak lagi.
Produk-produk dari KEDA Agrobiz iaitu Air Mineral Al-Wadi, madu kelulut, serbuk Coffee Asli Robusta, Balm Limau Purut, Balm Serai Wangi dan tempahan KEDA Resorts Bendang Man.
Orang ramai dijemput singgah ke booth pameran KEDA untuk mendapatkan lebih lagi maklumat berkaitan produk-produk usahawan dan program-program yang dilaksanakan KEDA bagi membantu usahawan di Kedah.

Pautan: https://www.facebook.com/keda.kplb/posts/760194352807464

KEDA SERTAI BOOTH PAMERAN KARNIVAL USAHAWAN KEDAH 2023

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) menyertai Karnival Usahawan Kedah 2023 dan Jelajah Makan By Kak Nab di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti di sini hari ini.

Booth pameran KEDA antara yang mendapat perhatian pengunjung bagi mendapatkan nasihat dan maklumat berkaitan kursus bimbingan dan bantuan-bantuan yang disediakan kepada usahawan-usahawan di Kedah.

Program anjuran Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK) adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan usahawan Negeri Kedah untuk mendapat nasihat perniagaan dan peluang perniagaan serta bantuan pinjaman, kursus, bengkel dan program keusahawanan yang dianjurkan oleh jabatan dan agensi.

Pengunjung yang hadir melibatkan usahawan-usahawan bimbingan agensi, golongan belia, pengusaha produk makanan dan minuman dan penduduk sekitar.

Antara pengisian aktiviti sepanjang program berlangsung adalah kaunter khidmat nasihat perniagaan, pemeriksaan kesihatan, sesi perkongsian maklumat antara agensi dan usahawan, sesi pemadanan perniagaan serta booth jualan produk dan perkhidmatan.

Turut diadakan Pertandingan E-Sport, Ceramah Perdana dan Persembahan Nasyid, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Cabutan Bertuah dan jualan makanan dan minuman viral Kak Nap Vendors.

Program yang berlangsung dari 21 hingga 23 Disember 2023 melibatkan 70 usahawan dan booth agensi yang sertai karnival ini.

Karnival Usahawan Kedah 2023 sasar 30,000 pengunjung memeriahkan program ini.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
#LembagaKemajuanWilayahKedah
#KEDA
#mensejahterakanluarbandar

AKRAB KEDA RANCANG AKTIVITI LEBIH STRATEGIK UNTUK 2024

ALOR SETAR – Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) merancang pelbagai aktiviti lebih strategik untuk tahun 2024.
Perancangan aktiviti dan program dibincangkan dalam Mesyuarat AKRAB KEDA Bil 3/2023 di Bilik Mesyuarat Utama, Angsana Kompleks Ibu Pejabat KEDA di sini semalam.
Mesyuarat dimulakan dengan taklimat oleh Penyelaras AKRAB KEDA, Encik Muhammad Nasir bin Abdullah membentangkan laporan aktiviti AKRAB 2023, tugasan-tugasan biro dan perancangan aktiviti 2024.
Perancangan itu dibincangkan bersama 33 ahli AKRAB KEDA bersama Pengurus Bahagian Perancangan, Pemantauan dan Penilaian (BPPP) KEDA, Encik Mohd Elias bin Hassan merangkap Pengerusi AKRAB KEDA.
Antara perancangan strategik AKRAB untuk tahun 2024 iaitu menjadi pemimpin rakan sebaya yang lebih efektif kepada kakitangan KEDA dan bersedia untuk diberi tanggungjawab mengelola aktiviti-aktiviti anjuran KEDA.
Selain itu, AKRAB KEDA berhasrat meneruskan aktiviti berbentuk program khidmat masyarakat (CSR) untuk warga Desa KEDA kepada penduduk luar bandar.
Encik Mohd Elias semasa mempengerusikan mesyuarat itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengurusan KEDA yang memberi kerjasama dan menyokong aktiviti yang dilaksanakan AKRAB.