KEDA LANCAR SKUAD SUKARELAWAN IHSAN MADANI UNTUK BANTU MANGSA BANJIR DI KEDAH

KEDA LANCAR SKUAD SUKARELAWAN IHSAN MADANI UNTUK BANTU MANGSA BANJIR DI KEDAH

KEDA LANCAR SKUAD SUKARELAWAN IHSAN MADANI UNTUK BANTU MANGSA BANJIR DI KEDAH
ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah melancarkan Skuad Sukarelawan Ihsan Madani KEDA bagi membantu mangsa-mangsa banjir di negeri Kedah, khususnya di kawasan luar bandar.
Pelancaran yang berlangsung semalam di Kompleks Ibu Pejabat KEDA, Jalan Langgar, disempurnakan oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff.
Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa inisiatif ini merupakan usaha menyahut saranan Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk memperkukuh jenama skuad sukarelawan di peringkat agensi persekutuan.
“KEDA akan bekerjasama dengan agensi barisan hadapan seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta agensi-agensi lain bagi memastikan bantuan segera dan efektif dapat diberikan kepada mangsa banjir, terutamanya di daerah yang terkesan seperti Kubang Pasu dan Alor Setar,” katanya.
KEDA turut menyediakan sokongan logistik berupa dua buah lori dan sebuah kenderaan pelbagai guna untuk operasi bantuan bencana.
Selain itu, KEDA sedang mengumpul maklumat mengenai kakitangannya yang terjejas akibat bencana banjir ini bagi menyalurkan bantuan segera kepada mereka.
Langkah proaktif ini diharap dapat meringankan beban mangsa banjir di Kedah, sekali gus mencerminkan komitmen KEDA terhadap kesejahteraan komuniti luar bandar yang terkesan dengan musibah ini.