SIK – Ahli Koperasi Pembangunan Kampung Bendang Man Sik Berhad seharusnya bersyukur apabila Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui agensinya, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah berjaya menerima peruntukan RM750,000 untuk projek pembangunan koperasinya.
RM750,000 ini adalah melibatkan pembelian backhoe, lori 3 tan, pembinaan garaj dan pagar.
Semua kemudahan ini telah diserahkan oleh Pengurus Besar KEDA sendiri dalam Majlis Perasmian Koperasi Pembangunan Kampung Bendang Man Sik Berhad yang diadakan di Desa KEDA Bendang Man, disini.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Hajah Afifah binti Haji Omar, Pengurus Perancangan Pemantauan dan Penilaian, Encik Mohd Elias bin Hassan, Pengurus Niagatani, Encik Sulaiman bin Mohd Noor dan Pengurus Pembangunan Usahawan, Encik Mohd Ariff bin Mohd Rodzi.
Majlis ini turut menerima jemputan luar iaitu Puan Nornadiatul Eliza binti Mohd Rodzi yang mewakili Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Sik..
Turut diserahkan adalah bantuan ekonomi Projek Integrasi Pembangunan Kawasan Terpilih (PIKAT) dan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Teloi.
Pengurus Besar KEDA dalam ucapannya menyeru agar semua penerima bantuan dan ahli koperasi bersyukur dan berterima kasih dengan nikmat Allah kepada mereka.
“KEDA sentiasa komited sebagai penghubung dalam usaha membantu dan memakmurkan koperasi-koperasi dibawah agensi ini.
Saya berharap agar koperasi menggunakan dan menjaga semua kemudahan yang diberikan dengan sebaik mungkin agar ianya dapat menjana pendapatan selain berbakti kepada penduduk terutama dalam hal ehwal kebajikan masyarakat setempat,” ujar beliau.
Pengurus Besar KEDA juga berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman menaiki backhoe yang lengkap dengan penghawa dingin.
Semoga Koperasi ini terus berjaya di masa akan datang.
Ismasuhaimi Sharif
#LembagaKemajuanWilayahKedah
#KEDA
#mensejahterakanluarbandar
KEDA GIAT PENGEMASKINIAN DAN PENAMBAHBAIKAN LAMAN WEB KE ARAH WAJAH BARU 2024
/in Berita /by Upload@kedaBOOTH PAMERAN KEDA PERKENAL PRODUK USAHAWAN DAN KEDA AGROBIZ
/in Berita /by Upload@kedaPautan: https://www.facebook.com/keda.kplb/posts/760194352807464
KEDA SERTAI BOOTH PAMERAN KARNIVAL USAHAWAN KEDAH 2023
/in Arkib 2023 /by Upload@kedaALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) menyertai Karnival Usahawan Kedah 2023 dan Jelajah Makan By Kak Nab di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti di sini hari ini.
Booth pameran KEDA antara yang mendapat perhatian pengunjung bagi mendapatkan nasihat dan maklumat berkaitan kursus bimbingan dan bantuan-bantuan yang disediakan kepada usahawan-usahawan di Kedah.
Program anjuran Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK) adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan usahawan Negeri Kedah untuk mendapat nasihat perniagaan dan peluang perniagaan serta bantuan pinjaman, kursus, bengkel dan program keusahawanan yang dianjurkan oleh jabatan dan agensi.
Pengunjung yang hadir melibatkan usahawan-usahawan bimbingan agensi, golongan belia, pengusaha produk makanan dan minuman dan penduduk sekitar.
Antara pengisian aktiviti sepanjang program berlangsung adalah kaunter khidmat nasihat perniagaan, pemeriksaan kesihatan, sesi perkongsian maklumat antara agensi dan usahawan, sesi pemadanan perniagaan serta booth jualan produk dan perkhidmatan.
Turut diadakan Pertandingan E-Sport, Ceramah Perdana dan Persembahan Nasyid, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Cabutan Bertuah dan jualan makanan dan minuman viral Kak Nap Vendors.
Program yang berlangsung dari 21 hingga 23 Disember 2023 melibatkan 70 usahawan dan booth agensi yang sertai karnival ini.
Karnival Usahawan Kedah 2023 sasar 30,000 pengunjung memeriahkan program ini.
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
#LembagaKemajuanWilayahKedah
#KEDA
#mensejahterakanluarbandar
KEDA BAKAL JENAMAKAN DURIAN PEDU SETANDING JENAMA LAIN
/in Keratan Akbar /by Upload@kedaAKRAB KEDA RANCANG AKTIVITI LEBIH STRATEGIK UNTUK 2024
/in Arkib 2023 /by Upload@kedaPROJEK AGROTOURISM PANTAI MOLEK, SIK BAKAL JADI TARIKAN PELANCONGAN BARU DI KEDAH
/in Arkib 2023 /by Upload@kedaSIK – Projek Agrotourism Pantai Molek, di sini yang merupakan salah satu projek pembangunan di bawah Lembaga K
emajuan Wilayah Kedah (KEDA) bakal menjadi tarikan terbaru pelancongan luar bandar di negeri ini.
Terdahulu, Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff telah mengadakan sesi lawatan ke projek ini.
Lawatan berkenaan adalah sebahagian daripada rangka lawatan kerja Pengurus Besar ke Daerah Sik.
Projek Agrotourism Pantai Molek, Sik adalah merupakan salah satu inisiatif KEDA dalam mempromosikan pelancongan desa kepada penduduk setempat mahupun luar.
Konsep projek ini yang mengetengahkan pertanian sebagai fokus utama dijangka dapat menarik minat pelancong dalam dan luar negara yang kini lebih menumpukan kepada pelancongan bertemakan semulajadi.
Selain tanaman yang pelbagai, lokasi ini juga menarik dengan aktiviti lasak dan aktiviti konsep air.
Sebagai salah satu alternatif pelancongan, projek ini dapat menjadi lokasi perkelahan, perkhemahan mahupun kursus yang lebih mesra alam semulajadi.
Ismasuhaimi Sharif
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
#LembagaKemajuanWilayahKedah
#KEDA
#mensejahterakanluarbandar
KEDA BELANJA RM750,000 BAGI PROJEK DESA LESTARI KOPERASI PEMBANGUNAN KAMPUNG BENDANG MAN
/in Arkib 2023 /by Upload@kedaSIK – Ahli Koperasi Pembangunan Kampung Bendang Man Sik Berhad seharusnya bersyukur apabila Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui agensinya, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah berjaya menerima peruntukan RM750,000 untuk projek pembangunan koperasinya.
RM750,000 ini adalah melibatkan pembelian backhoe, lori 3 tan, pembinaan garaj dan pagar.
Semua kemudahan ini telah diserahkan oleh Pengurus Besar KEDA sendiri dalam Majlis Perasmian Koperasi Pembangunan Kampung Bendang Man Sik Berhad yang diadakan di Desa KEDA Bendang Man, disini.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Hajah Afifah binti Haji Omar, Pengurus Perancangan Pemantauan dan Penilaian, Encik Mohd Elias bin Hassan, Pengurus Niagatani, Encik Sulaiman bin Mohd Noor dan Pengurus Pembangunan Usahawan, Encik Mohd Ariff bin Mohd Rodzi.
Majlis ini turut menerima jemputan luar iaitu Puan Nornadiatul Eliza binti Mohd Rodzi yang mewakili Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Sik..
Turut diserahkan adalah bantuan ekonomi Projek Integrasi Pembangunan Kawasan Terpilih (PIKAT) dan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Teloi.
Pengurus Besar KEDA dalam ucapannya menyeru agar semua penerima bantuan dan ahli koperasi bersyukur dan berterima kasih dengan nikmat Allah kepada mereka.
“KEDA sentiasa komited sebagai penghubung dalam usaha membantu dan memakmurkan koperasi-koperasi dibawah agensi ini.
Saya berharap agar koperasi menggunakan dan menjaga semua kemudahan yang diberikan dengan sebaik mungkin agar ianya dapat menjana pendapatan selain berbakti kepada penduduk terutama dalam hal ehwal kebajikan masyarakat setempat,” ujar beliau.
Pengurus Besar KEDA juga berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman menaiki backhoe yang lengkap dengan penghawa dingin.
Semoga Koperasi ini terus berjaya di masa akan datang.
Ismasuhaimi Sharif
#LembagaKemajuanWilayahKedah
#KEDA
#mensejahterakanluarbandar
LAWATAN PENGURUS BESAR KEDA KE DAERAH SIK
/in Arkib 2023 /by Upload@kedaPengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff telah menghadiri lawatan kerja ke daerah Sik.
Sesi lawatan dimulakan dengan ke Projek Agrotourism Pantai Molek untuk melihat perjalanan projek sehingga kini.
Seterusnya, Pengurus Besar bersama-sama dengan 14 orang staf Pejabat KEDA Zon 4, Sik sebelum terus menghadiri Majlis Perasmian Desa Lestari Pembangunan Kampung Bendang Man Sik Berhad di Desa KEDA Bendang Man, Sik.
Turut hadir mengiringi Pengurus Besar adalah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Hajah Afifah binti Haji Omar, Pengurus Perancangan Pemantauan dan Penilaian, Encik Mohd Elias bin Hassan, Pengurus Niagatani, Encik Sulaiman bin Mohd Noor dan Pengurus Pembangunan Usahawan, Encik Mohd Ariff bin Mohd Rodzi.
Ismasuhaimi Sharif
#LembagaKemajuanWilayahKedah
#KEDA
#mensejahterakanluarbandar
KAKITANGAN KEDA RASAI PENGALAMAN NAIK JENTERA BOMBA
/in Arkib 2023 /by Upload@kedaALOR SETAR – 17 kakitangan Lembaga Kemajuan Wilayah KEDA (KEDA) yang dilantik sebagai barisan hadapan keselamatan KEDA dapat merasai pengalaman berharga menaiki jentera bomba di Balai Bomba, Jalan Tun Abdul Razak, di sini.
Pengalaman itu dirasai pada hari kedua Kursus Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) di bawah subjek Tatacara Menyelamat Mangsa dan Tatacara Membawa dan Membentang Hos.
Semua peserta yang menghadiri kursus ini memanfaat sepenuhnya masa dan peluang yang diberikan dengan menaiki jentera bomba, seterusnya mencuba pelbagai peralatan dan perkakasan kebombaan.
Pelbagai aspek dari prosedur keselamatan hingga teknik pengendalian diterangkan dengan teliti oleh Pegawai Bomba yang mengendalikan kursus itu.
Pengalaman ini tidak hanya memberikan pemahaman mendalam kepada kakitangan KEDA mengenai operasi jentera bomba tetapi memberi pengetahuan dan meningkatkan kecekapan barisan hadapan keselamatan KEDA berhadapan situasi kecemasan.
Keseluruhan, penglibatan kakitangan KEDA dalam kursus ini mencerminkan komitmen mereka terhadap keselamatan dan kesiapsiagaan dalam melaksanakan tugas-tugas kecemasan.
#LembagaKemajuanWilayahKedah
#KEDA
#mensejahterakanluarbandar
PROGRAM SUKAN BELIA BERSAMA KOMUNITI DESA KEDA WANG TOK RENDONG, LANGKAWI ANJURAN KELAB BELIA DESA KEDA WANG TOK RENDONG
/in Arkib 2023 /by Upload@keda