KEDA GIAT PENGEMASKINIAN DAN PENAMBAHBAIKAN LAMAN WEB KE ARAH WAJAH BARU 2024

ALOR SETAR – Pengurusan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) sedang giat melakukan pengemaskinian dan penambahbaikan laman web ke arah wajah baru untuk 2024.
Langkah ini dilakukan melalui Bengkel Pengemaskinian dan Penambahbaikan Laman Web KEDA yang diadakan selama dua hari di Bilik Mesyuarat Tualang, Kompleks Ibu Pejabat KEDA, Jalan Langgar baru-baru ini.
Bengkel itu disertai oleh 16 Jawatankuasa Laman Web KEDA yang mewakili Bahagian dan Unit di KEDA termasuk vendor yang dilantik mengendalikan Laman Web KEDA.
Bengkel ini diadakan bertujuan mengemaskini paparan laman web dan maklumat dalam laman web agar lebih sesuai dengan keperluan pengguna.
KEDA cuba memberi wajah baru Laman Web KEDA untuk tahun 2024 dengan mengabungkan skema warna yang baru dan menggunakan grafik yang lebih menarik serta meletakkan capaian lebih mudah kepada pengguna.
Seterusnya, hasil pengemaskinian dan penambahbaikan Laman Web KEDA akan dipantau oleh Jawatankuasa Pemandu Teknologi Maklumat (JPICT) yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Puan Hajah Afifah binti Omar.
Untuk maklumat, Laman Web KEDA sedang dikemaskinian dan dijangka mencapai 100 peratus awal Januari 2024.

BOOTH PAMERAN KEDA PERKENAL PRODUK USAHAWAN DAN KEDA AGROBIZ

ALOR SETAR – Booth pameran Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperkenal pelbagai produk usahawan KEDA dan KEDA Agrobiz Sdn Bhd sempena Karnival Ulang Tahun 2 Dekad Majlis Bandaraya Alor Setar MBAS di Stadium Darul Aman di sini.
Program yang diadakan pada 27 hingga 31 Disember 2023 itu memberi peluang kepada KEDA memperkenalkan pelbagai produk usahawan bimbingan KEDA dan produk- produk oleh KEDA Agrobiz.
Antara produk usahawan yang ada iaitu Mee Tarik Saffron By Ameen, Nasi Arab Ar Rayyan, Tepung Serbaguna Deliza, Ewan Dodol Berperisa, Kordial Berperisa Sarsi Kokusda, Serbuk Kopi Kampung Upak, Teh Tarik Kry Pak Tam Non, Sos Tiram dan Kuah Rojak Ameen, Cendawan Sisir JNJ Mushroom Farm dan banyak lagi.
Produk-produk dari KEDA Agrobiz iaitu Air Mineral Al-Wadi, madu kelulut, serbuk Coffee Asli Robusta, Balm Limau Purut, Balm Serai Wangi dan tempahan KEDA Resorts Bendang Man.
Orang ramai dijemput singgah ke booth pameran KEDA untuk mendapatkan lebih lagi maklumat berkaitan produk-produk usahawan dan program-program yang dilaksanakan KEDA bagi membantu usahawan di Kedah.

Pautan: https://www.facebook.com/keda.kplb/posts/760194352807464

KEDA SERTAI BOOTH PAMERAN KARNIVAL USAHAWAN KEDAH 2023

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) menyertai Karnival Usahawan Kedah 2023 dan Jelajah Makan By Kak Nab di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti di sini hari ini.

Booth pameran KEDA antara yang mendapat perhatian pengunjung bagi mendapatkan nasihat dan maklumat berkaitan kursus bimbingan dan bantuan-bantuan yang disediakan kepada usahawan-usahawan di Kedah.

Program anjuran Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK) adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan usahawan Negeri Kedah untuk mendapat nasihat perniagaan dan peluang perniagaan serta bantuan pinjaman, kursus, bengkel dan program keusahawanan yang dianjurkan oleh jabatan dan agensi.

Pengunjung yang hadir melibatkan usahawan-usahawan bimbingan agensi, golongan belia, pengusaha produk makanan dan minuman dan penduduk sekitar.

Antara pengisian aktiviti sepanjang program berlangsung adalah kaunter khidmat nasihat perniagaan, pemeriksaan kesihatan, sesi perkongsian maklumat antara agensi dan usahawan, sesi pemadanan perniagaan serta booth jualan produk dan perkhidmatan.

Turut diadakan Pertandingan E-Sport, Ceramah Perdana dan Persembahan Nasyid, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Cabutan Bertuah dan jualan makanan dan minuman viral Kak Nap Vendors.

Program yang berlangsung dari 21 hingga 23 Disember 2023 melibatkan 70 usahawan dan booth agensi yang sertai karnival ini.

Karnival Usahawan Kedah 2023 sasar 30,000 pengunjung memeriahkan program ini.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
#LembagaKemajuanWilayahKedah
#KEDA
#mensejahterakanluarbandar

AKRAB KEDA RANCANG AKTIVITI LEBIH STRATEGIK UNTUK 2024

ALOR SETAR – Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) merancang pelbagai aktiviti lebih strategik untuk tahun 2024.
Perancangan aktiviti dan program dibincangkan dalam Mesyuarat AKRAB KEDA Bil 3/2023 di Bilik Mesyuarat Utama, Angsana Kompleks Ibu Pejabat KEDA di sini semalam.
Mesyuarat dimulakan dengan taklimat oleh Penyelaras AKRAB KEDA, Encik Muhammad Nasir bin Abdullah membentangkan laporan aktiviti AKRAB 2023, tugasan-tugasan biro dan perancangan aktiviti 2024.
Perancangan itu dibincangkan bersama 33 ahli AKRAB KEDA bersama Pengurus Bahagian Perancangan, Pemantauan dan Penilaian (BPPP) KEDA, Encik Mohd Elias bin Hassan merangkap Pengerusi AKRAB KEDA.
Antara perancangan strategik AKRAB untuk tahun 2024 iaitu menjadi pemimpin rakan sebaya yang lebih efektif kepada kakitangan KEDA dan bersedia untuk diberi tanggungjawab mengelola aktiviti-aktiviti anjuran KEDA.
Selain itu, AKRAB KEDA berhasrat meneruskan aktiviti berbentuk program khidmat masyarakat (CSR) untuk warga Desa KEDA kepada penduduk luar bandar.
Encik Mohd Elias semasa mempengerusikan mesyuarat itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengurusan KEDA yang memberi kerjasama dan menyokong aktiviti yang dilaksanakan AKRAB.

PROJEK AGROTOURISM PANTAI MOLEK, SIK BAKAL JADI TARIKAN PELANCONGAN BARU DI KEDAH

SIK – Projek Agrotourism Pantai Molek, di sini yang merupakan salah satu projek pembangunan di bawah Lembaga K

emajuan Wilayah Kedah (KEDA) bakal menjadi tarikan terbaru pelancongan luar bandar di negeri ini.

Terdahulu, Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff telah mengadakan sesi lawatan ke projek ini.

Lawatan berkenaan adalah sebahagian daripada rangka lawatan kerja Pengurus Besar ke Daerah Sik.

Projek Agrotourism Pantai Molek, Sik adalah merupakan salah satu inisiatif KEDA dalam mempromosikan pelancongan desa kepada penduduk setempat mahupun luar.

Konsep projek ini yang mengetengahkan pertanian sebagai fokus utama dijangka dapat menarik minat pelancong dalam dan luar negara yang kini lebih menumpukan kepada pelancongan bertemakan semulajadi.

Selain tanaman yang pelbagai, lokasi ini juga menarik dengan aktiviti lasak dan aktiviti konsep air.

Sebagai salah satu alternatif pelancongan, projek ini dapat menjadi lokasi perkelahan, perkhemahan mahupun kursus yang lebih mesra alam semulajadi.

Ismasuhaimi Sharif
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
#LembagaKemajuanWilayahKedah
#KEDA
#mensejahterakanluarbandar

KEDA BELANJA RM750,000 BAGI PROJEK DESA LESTARI KOPERASI PEMBANGUNAN KAMPUNG BENDANG MAN

SIK – Ahli Koperasi Pembangunan Kampung Bendang Man Sik Berhad seharusnya bersyukur apabila Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui agensinya, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah berjaya menerima peruntukan RM750,000 untuk projek pembangunan koperasinya.

RM750,000 ini adalah melibatkan pembelian backhoe, lori 3 tan, pembinaan garaj dan pagar.

Semua kemudahan ini telah diserahkan oleh Pengurus Besar KEDA sendiri dalam Majlis Perasmian Koperasi Pembangunan Kampung Bendang Man Sik Berhad yang diadakan di Desa KEDA Bendang Man, disini.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Hajah Afifah binti Haji Omar, Pengurus Perancangan Pemantauan dan Penilaian, Encik Mohd Elias bin Hassan, Pengurus Niagatani, Encik Sulaiman bin Mohd Noor dan Pengurus Pembangunan Usahawan, Encik Mohd Ariff bin Mohd Rodzi.

Majlis ini turut menerima jemputan luar iaitu Puan Nornadiatul Eliza binti Mohd Rodzi yang mewakili Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Sik..

Turut diserahkan adalah bantuan ekonomi Projek Integrasi Pembangunan Kawasan Terpilih (PIKAT) dan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Teloi.

Pengurus Besar KEDA dalam ucapannya menyeru agar semua penerima bantuan dan ahli koperasi bersyukur dan berterima kasih dengan nikmat Allah kepada mereka.

“KEDA sentiasa komited sebagai penghubung dalam usaha membantu dan memakmurkan koperasi-koperasi dibawah agensi ini.

Saya berharap agar koperasi menggunakan dan menjaga semua kemudahan yang diberikan dengan sebaik mungkin agar ianya dapat menjana pendapatan selain berbakti kepada penduduk terutama dalam hal ehwal kebajikan masyarakat setempat,” ujar beliau.

Pengurus Besar KEDA juga berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman menaiki backhoe yang lengkap dengan penghawa dingin.

Semoga Koperasi ini terus berjaya di masa akan datang.

Ismasuhaimi Sharif
#LembagaKemajuanWilayahKedah
#KEDA
#mensejahterakanluarbandar

LAWATAN PENGURUS BESAR KEDA KE DAERAH SIK

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff telah menghadiri lawatan kerja ke daerah Sik.

Sesi lawatan dimulakan dengan ke Projek Agrotourism Pantai Molek untuk melihat perjalanan projek sehingga kini.

Seterusnya, Pengurus Besar bersama-sama dengan 14 orang staf Pejabat KEDA Zon 4, Sik sebelum terus menghadiri Majlis Perasmian Desa Lestari Pembangunan Kampung Bendang Man Sik Berhad di Desa KEDA Bendang Man, Sik.

Turut hadir mengiringi Pengurus Besar adalah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Hajah Afifah binti Haji Omar, Pengurus Perancangan Pemantauan dan Penilaian, Encik Mohd Elias bin Hassan, Pengurus Niagatani, Encik Sulaiman bin Mohd Noor dan Pengurus Pembangunan Usahawan, Encik Mohd Ariff bin Mohd Rodzi.

Ismasuhaimi Sharif
#LembagaKemajuanWilayahKedah
#KEDA
#mensejahterakanluarbandar

KAKITANGAN KEDA RASAI PENGALAMAN NAIK JENTERA BOMBA

ALOR SETAR – 17 kakitangan Lembaga Kemajuan Wilayah KEDA (KEDA) yang dilantik sebagai barisan hadapan keselamatan KEDA dapat merasai pengalaman berharga menaiki jentera bomba di Balai Bomba, Jalan Tun Abdul Razak, di sini.

Pengalaman itu dirasai pada hari kedua Kursus Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) di bawah subjek Tatacara Menyelamat Mangsa dan Tatacara Membawa dan Membentang Hos.

Semua peserta yang menghadiri kursus ini memanfaat sepenuhnya masa dan peluang yang diberikan dengan menaiki jentera bomba, seterusnya mencuba pelbagai peralatan dan perkakasan kebombaan.

Pelbagai aspek dari prosedur keselamatan hingga teknik pengendalian diterangkan dengan teliti oleh Pegawai Bomba yang mengendalikan kursus itu.

Pengalaman ini tidak hanya memberikan pemahaman mendalam kepada kakitangan KEDA mengenai operasi jentera bomba tetapi memberi pengetahuan dan meningkatkan kecekapan barisan hadapan keselamatan KEDA berhadapan situasi kecemasan.

Keseluruhan, penglibatan kakitangan KEDA dalam kursus ini mencerminkan komitmen mereka terhadap keselamatan dan kesiapsiagaan dalam melaksanakan tugas-tugas kecemasan.

#LembagaKemajuanWilayahKedah
#KEDA
#mensejahterakanluarbandar

PROGRAM SUKAN BELIA BERSAMA KOMUNITI DESA KEDA WANG TOK RENDONG, LANGKAWI ANJURAN KELAB BELIA DESA KEDA WANG TOK RENDONG

LANGKAWI – Kelab Belia Desa KEDA Wang Tok Rendong bergerak aktif dengan menganjurkan Program Sukan Belia Bersama Komuniti Desa KEDA Wang Tok Rendong.
Kelab belia ini baru ditubuhkan dan didaftarkan pada dua bulan yang lalu melalui Kursus Asas Penubuhan Persatuan/Kelab Belia yang dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Komuniti, KEDA.
Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff berkesempatan menyantuni belia-belia Desa KEDA Wang Tok Rendong dan merasmikan program dengan gimik penyerahan bola tampar kepada ketua pasukan.
Dalam ucapan, beliau menyeru kepada belia-belia dan seluruh komuniti agar meneruskan aktiviti seperti ini supaya dapat mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Program ini berakhir pada sebelah malamnya dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dan saguhati kepada seluruh pasukan yang mengambil bahagian.
Pengurus Besar diiringi oleh Pegawai Pembangunan KEDA Zon 1, Langakwi, Encik Othman bin Hashim.