PENDANG – Desa KEDA Paya Lipai berjaya merangkul gelaran juara berganda bagi kedua-dua acara Futsal dan Bola Jaring dalam Karnival Sukan Desa-Desa KEDA (KESUDA) Peringkat Zon 3, Pendang/Pokok Sena yang berlangsung di G Mee Futsal, Tanah Merah baru-baru ini.
Dalam pertandingan futsal, Desa KEDA Paya Lipai dinobatkan sebagai juara setelah mengalahkan Desa KEDA Asam Jawa dengan jaringan tipis 1-0. Desa KEDA Asam Jawa terpaksa berpuas hati di tempat kedua, manakala Desa KEDA Lahar Tunjung meraih tempat ketiga selepas menundukkan Desa KEDA Tanjung Setol dengan kemenangan 3-2.
Bagi acara bola jaring, sekali lagi Desa KEDA Paya Lipai muncul sebagai juara, dengan Desa KEDA Kampung Bukit berada di kedudukan naib johan. Tempat ketiga pula disandang oleh Desa KEDA Bendang Perang.
Dalam kategori Esport, Desa KEDA Kampung Bukit berjaya menjadi juara, diikuti Desa KEDA Batu 13 sebagai naib johan, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Desa KEDA Bendang Perang.
Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar yang telah merasmikan kejohanan, diiringi oleh Pegawai Pembangunan KEDA Zon 3 (Pendang/Pokok Sena), Encik Mohd Hafiz bin Ahmad.
Turut hadir memeriahkan majlis adalah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pendang, Encik Samiuon bin Shomidun, serta Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena, Encik Muhammad bin Alli.
Pihak Pejabat KEDA Zon 3 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat dan menjayakan Kejohanan Sukan Desa-Desa KEDA Peringkat Zon 3 ini. Kejohanan ini bukan sahaja bertujuan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk Desa KEDA, tetapi juga mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti setempat.
Kejohanan ini melibatkan penyertaan aktif dari golongan belia dan penduduk daripada sembilan Desa KEDA di daerah Pendang dan Pokok Sena. Penganjuran pertandingan ini bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat di kalangan penduduk Desa-Desa KEDA serta mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka.
Dengan kejayaan ini, Desa KEDA Paya Lipai membuktikan keunggulan mereka dalam arena sukan tempatan, selain menyuntik semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan komuniti.
KURSUS PEMANTAPAN DAN PENGUKUHAN GERAK KERJA 4P DESA-DESA KEDA ZON 7
/in Uncategorized /by Upload@kedaKEJOHANAN SUKAN DESA-DESA KEDA (KESUDA) PERINGKAT ZON 9, DAERAH BANDAR BAHARU 2024 BERJAYA DIANJURKAN
/in Uncategorized /by Upload@kedaKEDA RAIH TEMPAT KETIGA ACARA BATU SEREMBAN SEMPENA PESTA BUKU NEGERI KEDAH 2024
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaPROGRAM MALAM CINTA RASUL KEDA ZON 9 DI DESA KEDA SUNGAI TENGAS
/in Uncategorized /by Upload@kedaDESA KEDA PAYA LIPAI JOHAN BOLA JARING DAN FUTSAL KEJOHANAN KESUDA PERINGKAT ZON 3
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaPROGRAM SEMARAK KOMUNITI SIK 2024 MERIAH DI DESA KEDA TELAGA BATU
/in Uncategorized /by Upload@kedaSAMBUTAN HARI KELUARGA DAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN DESA KEDA SUNGAI UDANG
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaKEJOHANAN SUKAN DESA-DESA KEDA (KESUDA) ZON 7 KUALA MUDA/YAN MERIAH
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaBERBALOI ‘SHOPPING’ DI PROGRAM JUALAN KASIH KEDA MADANI
/in Uncategorized /by Upload@kedaORANG SIK SERBU JUALAN KASIH KEDA
/in Arkib 2024 /by Upload@keda