ALOR SETAR – Seramai 20 peserta Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) Tahun 2024 tajaan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah menerima sijil tamat latihan dalam satu majlis yang berlangsung di Menara Alor Setar, hari ini.
Majlis penyerahan sijil disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar, diiringi oleh Penolong Pengurus Pembangunan Komuniti KEDA, Encik Mohamad Nasri bin Ahmad Shukri.
Para peserta yang berjaya menamatkan latihan ini terdiri daripada dua kursus utama, iaitu Kursus Air Conditioning System dan Kursus Drone Pertanian.
Menurut Encik Khairul Azmeer, kos bagi setiap peserta untuk mengikuti kursus ini adalah sebanyak RM5,000, yang merangkumi yuran pengajian, bahan latihan, insurans perlindungan diri, elaun sara diri, makan minum, serta penginapan sepanjang tempoh latihan.
“PLKK 2024 dianjurkan dengan kerjasama Malcon Engineering & Enterprise dan Fokus Murni Sdn Bhd, selaras dengan usaha KEDA dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri,” katanya.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengurus Latihan Fokus Murni Sdn Bhd, Ts. Mat Nor Mohamad bin Ismail, dan Pengurus Malcon Engineering & Enterprise, Encik Zulkifli bin Zainol.
Bagi tahun 2024, KEDA telah memperuntukkan RM532,970 bagi melaksanakan sembilan kursus baharu, termasuk Pengendalian Drone Pertanian, Air Conditioning System, Gas Paip, Pemasangan Perancah Tahap 1, Plumbing, Solar, Teknologi Bangunan, Teknologi Motosikal, dan Gearbox.
Majlis ini bukan sahaja meraikan kejayaan peserta, malah turut mengukuhkan komitmen KEDA dalam memperkasakan modal insan melalui program latihan kemahiran yang relevan dengan kehendak industri semasa.
MAJLIS IFTAR KEDA MADANI ERAT SILATURAHIM DI DESA KEDA BENDANG TOK TERI
/in Berita /by Upload@kedaMAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA KOLEJ KEDA 2025 SANTUNI PELAJAR DAN TENAGA KERJA
/in Berita /by Upload@keda20 PESERTA PLKK TERIMA SIJIL TAMAT LATIHAN
/in Berita /by Upload@kedaMAJLIS IFTAR ADALAH PENGHARGAAN BUAT PENDUDUK DESA KEDA
/in Berita /by Upload@kedaMAJLIS IFTAR RAMADAN DESA KEDA SUNGAI SALLEH PERERAT UKHUWAH KOMUNITI
/in Berita /by Upload@kedaHIDUPKAN AMALAN BERBUKA PUASA BERJEMAAH DI DESA KEDA SUNGAI TENGAS
/in Berita /by Upload@kedaMAJLIS IFTAR DI DESA KEDA TERJEMAHKAN MAKNA MADANI
/in Berita /by Upload@kedaPENGHAYATAN SYUKUR DALAM IFTAR DESA KEDA TELUK TEDURI
/in Berita /by Upload@kedaDESA KEDA CHE BEMA LOKASI PERMULAAN SIRI MAJLIS IFTAR KEDA MADANI 2025
/in Berita /by Upload@kedaPROGRAM KESEDARAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL (SPIKE) DESA KEDA BAGAN SENA BERJALAN LANCAR
/in Berita /by Upload@keda