Set Semula Kata Laluan HRMIS melalui E-Mail

Ringkasan Eksekutif PSPKEDA 2021-2025

 

Muat turun: Klik disini

Lima Program Bina Modal Insan

KOLEJ KEDA DAN HONG LEONG MALAYSIA JALIN KERJASAMA ANJUR SAFETY RIDING TRAINING COURSE (SRTC)

SIK – Kolej KEDA dengan kerjasama Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) telah menganjurkan Program “Safety Riding Training Course” di Kolej KEDA di sini.
Program yang berlangsung selama 3 hari itu melibatkan 10 orang fasilitator dari Yamaha HQ bagi melatih 9 tenaga pengajar untuk melayakkan mereka bergelar fasilitator SRTC.
SRTC merupakan salah satu program yang diketengahkan oleh Yamaha kepada masyarakat berkenaan asas penunggangan selamat melalui modul-modul yang dibangunkan oleh Yamaha dengan bimbingan fasilitator yang terlatih.
Program ini tidak hanya melibatkan latihan kepada tenaga pengajar, tetapi juga melibatkan pemilihan dan temuduga pelajar Program Teknologi Motosikal semester akhir untuk Technician Apprentice Program (TAP) dalam menempatkan mereka di pengedar-pengedar sah Yamaha di seluruh Malaysia.
Para pelajar ini telah diterapkan dengan tatacara kerja Yamaha dalam tempoh pembelajaran mereka di Kolej KEDA melalui perkongsian modul antara Yamaha dan Kolej KEDA bagi mempersiapkan mereka sebelum memasuki pemilihan ini.
Program SRTC ini mencerminkan kerjasama yang erat antara Kolej KEDA dan Yamaha Malaysia dalam mempromosikan keselamatan menunggang dan mempersiapkan generasi mendatang di industri motosikal.

PADI HUMA ANTARA TANAMAN BARU DALAM KAJIAN PROJEK PROSPEK PEDU

KUALA NERANG – Tanaman padi huma, iaitu salah satu varieti padi yang boleh ditanam tanpa memerlukan sumber air yang banyak berbanding padi sawah ini akan menjadi salah satu tanaman kajian untuk pengembangan projek PROSPEK Pedu akan datang.
Selain tanaman durian yang sudah menjadi niche produk di sini, tanaman padi ini dilihat boleh menjadi salah satu potensi baru dalam PROSPEK.
Tanaman di lokasi ini dapat menjadi sumber pendapatan pada penduduk melalui tanaman itu sendiri dan tarikan pengnjung melalui agrotourism.
Menurut Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, tanaman ini yang dijalankan secara tradisional boleh dikembangkan.
“KEDA boleh membantu pengusaha tanaman ini melalui inovasi peralatan yang boleh dijalankan pihak Kolej KEDA.
Jadi, tanaman ini boleh memberikan hasil yang lebih selain tarikan pengunjung dari sudut pelancongan melalui kaedah tradisional.
Ia merupakan kaedah yang menarik namun semakin dilupakan”, ujar beliau.
PROSPEK Pedu telah bermula pada tahun 2022 melibatkan 12 buah kampung di dalam Mukim Pedu yang mempunyai pelbagai aktiviti ekonomi sedia ada dan berpotensi untuk dibangunkan seperti pertanian, penternakan serta industri kecil dan sederhana (IKS).
Antara kampung-kampung yang terlibat iaitu Kampung Padang Setol. Kampung Kuala Tekai, Kampung Pauh, Kampung Baru Seladang, Kampung Musa, Desa KEDA Bukit Kura, Kampung Lubuk Merbau, Kampung Buluh, Kampung Banggol Pong, Kampung Pinang, Kampung Tong Pelu dan Kampung Kepala Batas.

119 PENERIMA BANTUAN HADIR KE SESI SERAHAN OLEH PENGURUS BESAR KEDA

KUALA NERANG – Seramai 119 orang penerima telah hadir di Desa Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Bukit Kura, di sini bagi menerima simbolik serahan bantuan ekonomi.
Majlis serahan bantuan ekonomi ini telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff.
Turut hadir adalah Pengurus Niagatani, Encik Sulaiman bin Mohd Noor, Penolong Pengurus Perancangan, Pemantauan dan Penilaian, Puan Nur Idawati binti Abdul Wahab dan Encik Mohamad Amin Bin Abdul Rahim, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman dan Pegawai Pembangunan KEDA Zon 2, Padang Terap, Encik Khairul Ridhwan bin Abd Aziz@Abd Razak.
Seramai 112 penerima adalah dari projek PROSPEK Pedu seperti projek pertanian, usahawan, bina baru dan baik pulih manakala baki adalah melalui projek PIKAT.
PROSPEK atau Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) adalah merupakan projek Konsep projek ini hasil gagasan KKDW yang menekankan pembangunan ekonomi in-situ (in-situ economic development).
PIKAT pula atau Projek Pembangunan Kawasan Terpilih (PIKAT) adalah projek yang membantu dari segi permulaan perniagaan untuk penduduk sekitar agar lebih bersedia dari segi keperluan untuk berniaga.

KEDA BELANJA RM1.24 JUTA UNTUK PROSPEK PEDU BAGI TAHUN 2023

KUALA NERANG – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah belanjakan RM1.24 juta untuk pembangunan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) di Pedu bagi tahun 2023.
Jumlah ini meliputi 6 pecahan pembangunan iaitu pemberian input tanaman durian, bantuan projek ekonomi, pertanian dan penternakan, projek ameniti sosial dan jalan pertanian.
Selain itu, daripada jumlah tersebut, RM 105,000 telah dibelanjakan bagi projek baik pulih 7unit rumah di kawasan PROSPEK Pedu ini.
PROSPEK Pedu telah bermula pada tahun 2022 dengan tempoh pembangunannya sehingga 5 tahun. Ia melibatkan 12 buah kampung di dalam Mukim Pedu yang mempunyai pelbagai aktiviti ekonomi sedia ada dan berpotensi untuk dibangunkan seperti pertanian, penternakan serta industri kecil dan sederhana (IKS).
Antara kampung-kampung yang terlibat iaitu Kampung Padang Setol. Kampung Kuala Tekai, Kampung Pauh, Kampung Baru Seladang, Kampung Musa, Desa KEDA Bukit Kura, Kampung Lubuk Merbau, Kampung Buluh, Kampung Banggol Pong, Kampung Pinang, Kampung Tong Pelu dan Kampung Kepala Batas.
Pengembangan hasil ‘niche product’ berasaskan tanaman durian merupakan salah satu fokus bagi komponen ekonomi untuk dilaksanakan dalam PROSPEK di Pedu ini.
Antara varieti pokok klon durian ini adalah Musang King, D24, Duri Hitam dan Udang Merah.
Dalam ucapan, Tuan Pengurus Besar menyeru agar semua penerima bantuan bekerjasama mempopularkan durian sebagai ‘signature’ Pedu ini.
“KEDA akan membantu dalam proses menjenamakan Durian Pedu ini. Tetapi semua pihak perlu membantu dengan menggunakan bantuan diterima sebaik-baiknya”, ujar beliau.

KEDA MENERIMA PERUNTUKAN RM9.2 JUTA BAGI PEMERKASAAN MODAL INSAN DESA DI KEDAH

SUNGAI PETANI – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah menerima peruntukan RM9.2 juta untuk pembangunan modal insan di wilayahnya bagi tahun 2024.
Peruntukan ini merangkumi 5 program iaitu Program Pembangunan Teknikal dan Vokasional (TVET) Kolej KEDA, Program Pemantapan Pengurusan Organisasi Luar Bandar di Wilayah KEDA (PTIO), Program Transformasi Desa dan Pengupayaan Komuniti, Program Pemerkasaan Generasi Pewaris (GEN) dan Program Pembangunan Kemahiran Untuk Komuniti B40 Wilayah KEDA.
Jumlah bagi tahun 2024 ini adalah lebih tinggi berbanding tahun ini iaitu pertambahan sebanyak RM4.1 juta.
Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi KEDA, YBhg. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom ketika Festival Kesenian Islam KEDA Tahun 2023 di Desa KEDA Che Bema, di sini.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Pengurus Besar, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff dan Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar.
Pertambahan nilai peruntukan ini adalah manifestasi kepercayaan kerajaan Malaysia Madani dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) kepada KEDA dalam merealisasikan aspirasi Luar Bandar Sejahtera.
Peruntukan pembangunan modal insan ini dipecahkan kepada beberapa elemen gerak kerja seperti pembangunan kemahiran Teknikal dan Vokasional (TVET), pengurusan kepimpinan desa dan organisasi luar bandar, permerkasaan belia dan pemantapan kominiti desa yang dinamik.

600 ORANG HADIRI MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KESENIAN ISLAM KEDA TAHUN 2023

SUNGAI PETANI – Sangat Meriah! Inilah gambaran kepada suasana sepanjang Festival Kesenian Islam Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bagi Tahun 2023.
Buktinya, lebih 600 orang pengunjung hadir pada majlis perasmian program ini yang telah disempurnakan oleh Pengerusi KEDA, YBhg. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom.
Turut hadir adalah Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff dan Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar.
Festival Kesenian Islam yang dianjurkan ini adalah merupakan platform silaturrahim bersama penduduk di sini selain wadah meningkatkan ilmu dan kefahaman tentang cara hidup Islam yang sebenar.
Pelbagai aktiviti disajikan kepada pengunjung seperti pertandingan hafazan, azan, nasyid, sajak Islamik dan futsal. Turut dibawa adalah persembahan silat, fiqh wanita, motivasi kekeluargaan dan belia.
Dua aktiviti utama adalah Forum Perdana dan Malam Kesenian Islam. Jemputan bagi kedua-dua program ini juga bukan biasa-biasa, dengan persembahan melibatkan Dr Fitri Haris dari UNIC dan kumpulan Simfoni.
Pengerusi KEDA dalam ucapan beliau menekankan peri pentingnya berhibur mengikut panduan agama Islam.
“Kita tidak perlu berbahas mengenai hukum berhibur ini kerana biarkan yang lebih arif berdiskusi tentang ini.
Festival seperti ini boleh menjadi salah satu alternatif berkesan untuk berhibur cara Islam kepada masyarakat”, ujar beliau.

DESA KEDA BANDAR PERKASA KEPIMPINAN ORGANISASI

BANDAR BAHARU – Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Zon 5, Baling telah berjaya menyempurnakan modul Kepimpinan Komunti Luar Bandar.
Majlis penutup Bengkel Pengurusan Desa KEDA Bandar telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff. Turut hadir adalah Setiausaha Bahagian Komuniti Desa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Encik Che Zulkifli bin Ismail dan Pengurus Pembangunan Komuniti, Encik Mohd Azam bin Omar.
Desa KEDA Bandar yang terpilih mewakili Zon 5, Baling telah memulakan langkah pemerkasaan kepimpinan ini sejak 6 bulan lalu telah melalui siri bimbingan oleh fasilitator (Local Champion), iaitu Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdul Khalek.
Bengkel ini adalah merupakan salah satu pecahan skop bagi Program Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Luar Bandar.
Program ini adalah gagasan idea Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan KEDA sebagai pelaksana bagi terus mengangkat kepimpinan desa sebagai satu struktur kepimpinan yang sistematik dan cemerlang.
Semoga Desa KEDA Bandar menggunakan peluang yang ada untuk terus maju di masa akan datang.
Teruskan Bersemangat!