LAWATAN KERJA KE PROJEK-PROJEK BERPOTENSI SEKITAR LANGKAWI

LAWATAN KERJA KE PROJEK-PROJEK BERPOTENSI SEKITAR LANGKAWI

LANGKAWI – Seramai 40 Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Tahun 2024 termasuk Bahagian Komuniti Desa (BKD) telah melakukan lawatan kerja ke beberapa projek-projek berpotensi yang dilaksanakan KEDA sekitar Langkawi semalam.
Rombongan yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian Komuniti Desa, YBhg. Che Mohd Zulkifli bin Ismail dan mewakili KEDA iaitu Pengurus Besar, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff.
Empat Projek yang dipilih antaranya, Lekoshow, Chalet Terapung Tuba Best, Crab Farm dan lawatan ke Projek Desa Lestari Kilim.
Lawatan ini adalah bertujuan bagi memperkenalkan projek-projek KEDA yang berpotensi tinggi dilaksanakan KEDA dan semua projek itu membantu merancakkan pelancongan di Langkawi.
AHLI MPT KKDW 2024 TERIMA SIJIL PENTAULIAHAN SEBAGAI PEGAWAI KEHORMAT DAN PEGAWAI BERSEKUTU APM

AHLI MPT KKDW 2024 TERIMA SIJIL PENTAULIAHAN SEBAGAI PEGAWAI KEHORMAT DAN PEGAWAI BERSEKUTU APM

LANGKAWI – Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2024 termasuk Bahagian Komuniti Desa (BKD) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) menerima sijil pentauliahan sebagai Pegawai Kehormat dan Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di sebuah hotel dekat Pantai Cenang semalam.
Sijil Pentauliahan itu disampaikan oleh Ketua Setiausaha KKDW, YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun diiringi Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed.
Sijil pentauliahan yang diterima selepas semua peserta berjaya mengikuti Kursus Asas Pertahanan Awam sebagai sebagai memberi pendedahan berkenaan asas pengurusan bencana.
Selain itu, pada majlis itu juga turut dirai persaraan Ketua Setiausaha KKDW.
Hadir sama menjayakan program ini iaitu, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW, Datuk Che Murad Sayang, dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Datuk Mas Rizal bin Mohd Hilmi serta mewakili KEDA iaitu Pengurus Besar, Tuan Ismasuhaimi bin Shariff.
MPT KKDW DIBERI PENDEDAHAN ASAS PERTAHANAN AWAM

MPT KKDW DIBERI PENDEDAHAN ASAS PERTAHANAN AWAM

LANGKAWI – 90 orang ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) tahun 2024 termasuk urusetia dari pihak Bahagian Komuniti Desa (BKD) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) diberi pendedahan asas pertahanan awam di sebuah hotel di Pantai Cenang, dekat sini.
Ini berikutan Yang Amat Berhormat Dato’Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang juga turut memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara telah mengarahkan agar satu kursus khas dilaksanakan untuk memberi pendedahan berkenaan asas pengurusan bencana.
Sehubungan itu, BKD dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melaksanakan kursus ini selama 3 hari bermula pada 5 Mei sehingga 7 Mei 2024.
Hadir menjayakan program iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun. KEDA diwakili Pengurus Besar, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff.
Sepanjang program itu, peserta akan didedahkan dengan modul asas pertolongan cemas, asas ikatan dan simpul, menyelamat kecemasan, pengurusan bencana dan lain-lain.
SAMBUTAN AIDILFITRI KEDA ZON 7 KUALA MUDA/YAN TAHUN 2024

SAMBUTAN AIDILFITRI KEDA ZON 7 KUALA MUDA/YAN TAHUN 2024

KUALA MUDA – Majlis Sambutan Aidilfitri KEDA Zon 7, Kuala Muda/Yan telah diadakan di Desa KEDA Tepi Sungai, Kota Kuala Muda baru-baru ini.
Kesemua 7 buah Desa KEDA dan Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Persekutuan (JKPPK) Kampung Kepala Jalan telah menyediakan pelbagai juadah hidangan untuk tetamu.
Majlis diserikan dengan kehadiran Pengurus Besar, YBhg Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, Mantan Pegawai Khas YBM KPLB, Dato’ Shahanim binti Mohamad Yusoff serta Pengerusi KEDA Properties Sdn Bhd, Dato’ Shaiful Hazizy bin Zainol Abidin, Penolong Setiausaha Bahagian Komuniti Desa (KD) KKDW, YM Raja Nazrin Shah bin Raja Ahmad dan Pengurus Bahagian Komuniti, Encik Mohd Azam bin Omar.
Selain itu, Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam YB Tuan Bau Wong Bau Ek, ADUN Pantai Merdeka YB Ustaz Shahril Long, Pengarah JPNIN Kedah, Tuan Haji Ahmad Puat bin Hj Yunus, dan beberapa kenamaan lain turut hadir.
Program dimulakan dengan Taklimat daripada Jabatan Kesihatan Daerah, Pn Juwita, diikuti taklimat dari IPD Kuala Muda, ASP Zul Hairi dan diakhiri taklimat oleh AADK Kuala Muda, En Nasir.
Selepas majlis, Tuan Pengurus Besar merasmikan Blaster Gel & Extream Park Desa KEDA Tepi Sungai dan seterusnya melakukan lawatan ke Muzium Tsunami.
Pejabat KEDA Zon 7, merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini dan kehadiran amat menggalakkan.
Semoga program sebegini dapat merapatkan lagi ukhwah silaturahim di antara kita dan seterusnya sama-sama kita membangunkan desa-desa KEDA.
PERDANA MENTERI RASMI PROGRAM MADANI RAKYAT 2024 ZON UTARA

PERDANA MENTERI RASMI PROGRAM MADANI RAKYAT 2024 ZON UTARA

PULAU PINANG – Perdana Menteri, YAB. Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyempurnakan Majlis Penutupan Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara bermula sejak jumaat di Tapak Pesta Sungai Nibong, George Town.
Perdana Menteri hadir dengan diiringi oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Chow Kon Yeow meluangkan masa dan beramah mesra bersama pengunjung yang hadir pada program itu.
Turut hadir Menteri Komunikasi YB Fahmi Fadzil, Menteri Ekonomi, YB Rafizi Ramli, Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim Chee Keong dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Johari Abdul.
Program yang berlangsung di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang bermula 9 pagi hingga 10 malam itu ialah platform untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat memahami dan menilai dasar serta inisiatif baharu dilaksanakan Kerajaan Madani dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.
Penganjuran siri kedua Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara anjuran Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik Kementerian Pengangkutan (MOT) dan kerajaan Pulau Pinang itu merangkumi tiga negeri utara Semenanjung iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
MAJLIS SANTUNAN KASIH AIDILFITRI PEJABAT KEDA ZON 4, SIK

MAJLIS SANTUNAN KASIH AIDILFITRI PEJABAT KEDA ZON 4, SIK

MAJLIS SANTUNAN KASIH AIDILFITRI PEJABAT KEDA ZON 4, SIK
SIK – Majlis Santunan Kasih Aidilfitri peringkat KEDA Zon 4, Sik berlangsung meriah di Perkarangan Surau Al-Hidayah Desa KEDA Sungai Senam baru-baru ini.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh lebih dari 400 penduduk kampung serta kepimpinan Jawatankuasa Pasukan Perancang, Pelaksana Program (4P) dari semua Desa KEDA Daerah Sik.
Majlis dimulai dengan bacaan tahlil dan doa selamat oleh Pengerusi 4P Desa KEDA Gulau, dan seterusnya diserikan dengan acara penyampaian duit raya kepada kanak-kanak oleh pimpinan komuniti daerah Sik, YBhg. Dato’ Mohd Tajudin bin Abdullah.
Acara ini menjadi kenangan indah dan berharga bagi tetamu yang hadir terutamanya kanak-kanak yang ternanti-nanti sambutan diadakan.
Selain itu, acara ini juga menjadi platform untuk mengeratkan silaturrahim antara penduduk kampung dengan pemimpin komuniti setempat, serta memupuk nilai-nilai kebersamaan dan gotong-royong.
Sebagai kesimpulan, Majlis Santunan Kasih Aidilfitri ini tidak hanya menjadi program untuk merayakan kegembiraan bersama, tetapi juga sebagai dari semangat kebersamaan yang perlu terus diperkukuhkan dalam membina masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.
15,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI DI KEDAH

15,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI DI KEDAH

KUBANG PASU – Hampir 15,000 pengunjung hadir memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Negeri Kedah bersama Perdana Menteri, YAB. Datuk Seri Anwar Ibrahim di Darul Aman Park, Jitra di sini semalam.
Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Negeri Kedah akan dikelolakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Negeri Kedah.
Majlis turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Kedah, YAB. Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan beberapa Menteri Kabinet serta pegawai-pegawai kanan Persekutuan dan negeri.
Hadir mewakili KEDA adalah Pengerusi sendiri, YBhg. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom dan Pengurus Besar, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff.
Ketibaan mereka disambut meriah ribuan rakyat daripada pelbagai lapisan dan peringkat umur.
Majlis yang bermula pada jam 8.00 malam itu dihadiri oleh ribuan masyarakat berbilang kaum yang mengambil kesempatan untuk beramah mesra disambing menikmati juadah yang disediakan.
Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan pemimpin nombor satu negara pada majlis itu, yang turut diserikan dengan persembahan artis jemputan iaitu Dato’ Hattan, Siti Nordiana, Haziq Rosebi dan Usop Big Stage.
Tujuan utama penganjuran Sambutan Aidilfitri Madani adalah untuk memupuk semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat di samping membolehkan pemimpin bertemu dan beramah mesra dengan rakyat.
KEDA terlibat dalam penganjuran sebagai salah sebuah agensi dibawah KKDW dengan terlibat dalam mengurus setia persembahan, makanan, pengangkutan dan sambutan.
Terima kasih rakyat Kedah!
KEDA KOMITED SELESAI ISU SAWAH DAN TANAH TERBIAR

KEDA KOMITED SELESAI ISU SAWAH DAN TANAH TERBIAR

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) terus komited untuk cuba menyelesaikan isu sawah dan tanah terbiar dalam kawasan wilayahnya pada tahun ini.
Pengerusinya, YBhg. Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kawasan kira-kira 400 hektar tanah terbiar akan dinaik taraf dengan peruntukan sebanyak RM1.25 juta melibatkan 20 peserta dengan jumlah penerima manfaat sebanyak 500 orang.
“Sejumlah 1,587.93 hektar tanah terbiar di Kedah telah dipulihkan dan dinaik taraf menerusi projek ini dan melibatkan peruntukan keseluruhannya RM8.5 juta.
“Bilangan peserta usahawantani mengusaha sawah terbiar dari RMK9-RMK12 (2023) berjumlah 204 orang dengan jumlah keseluruhan penerima manfaat seramai 8,172 orang,”.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Sambutan Aidilfitri KEDA 2024 di Kompleks Ibu Pejabat KEDA di sini.
Dalam pada itu, KEDA berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayah KEDA tahun ini.
Menurutnya, projek tanaman rintis pembangunan padi wangi seluas 34.57 hektar dicadang dilaksanakan di Kampung Weng Dalam, Baling pada September atau Oktober tahun ini.
“KEDA turut berhasrat untuk mempergiat penanaman padi huma dan kita masih sedang mencari peserta yang berminat menyertai projek ini, kawasan bersesuaian untuk dibangunkan serta rakan strategik yang berpengalaman.
Hasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma itu adalah seiring dengan matlamat agensi membangunkan kawasan-kawasan terbiar di negeri ini,” katanya
Jelas beliau, cadangan kawasan adalah di tiga daerah iaitu Baling, Sik dan Padang Terap.
“Usaha ini juga mungkin membolehkan kita menambah jenis variati beras di pasaran nanti. Harap-harap nanti produk jenama kita ini akan berjaya dan beras wangi KEDA akan menjadi sinonim dengan rakyat di negeri ini,” ujar beliau.
LEBIH SERIBU TETAMU MERIAHKAN SAMBUTAN AIDILFITRI KEDA 2024

LEBIH SERIBU TETAMU MERIAHKAN SAMBUTAN AIDILFITRI KEDA 2024

ALOR SETAR – Lebih seribu tetamu hadir memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di Kompleks Ibu Pejabat KEDA di sini.
Majlis yang bermula pada jam 11.30 pagi, telah disempurnakan oleh Pengerusi KEDA, YBhg. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom. Turut hadir ketika acara rasmi majlis ini adalah Pengurus Besar KEDA, YBhg.Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar dan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Hajah Afifah binti Haji Omar.
Pengerusi KEDA mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan petugas yang menjayakan majlis ini.
“Saya berharap sambutan Aidilfitri ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja KEDA mahupun agensi-agensi negeri dan persekutuan yang lain di negeri ini.
“Terima kasih kepada semua agensi yang telah memberikan kerjasama kepada KEDA agar operasi dapat berjalan dengan mudah dan lancar”, ujar beliau.
Jamuan raya KEDA kali ini mengetengahkan konsep Nostalgia Syawal untuk membangkitkan suasana raya dulu-dulu dengan mengimbau keseronokan sambutan Aidilfitri dulu kala.
Pelbagai juadah menarik disediakan kepada tetamu yang hadir antaranya, nasi beriani, mee, kuetiau goreng dan laksa, rusa dan kambing golek, satay, nasi himpit, apam lenggang/apam balik, lemang, ketupat, rendang, ais krim Malaysia, dadih, buah, bihun sup, ais kacang dan lain-lain.
Antara tetamu yang hadir memeriahkan sambutan iaitu Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan, YB Dato’ Hajah Siti Ashah binti Haji Khazali, Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup dan Belia dan Sukan, YB Tuan Haji Muhammad Radhi bin Haji Mat Din dan Pengerusi KEDA Holdings Sdn Bhd, Dato’ Hasmuni bin Hassan.
KAKITANGAN KEDA TERIMA WATIKAH PELANTIKAN PEGAWAI BARISAN HADAPAN KKDW 2024

KAKITANGAN KEDA TERIMA WATIKAH PELANTIKAN PEGAWAI BARISAN HADAPAN KKDW 2024

PUTRAJAYA – Dua kakitangan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah dilantik sebagai Pegawai Barisan Hadapan (PBH) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi tahun 2024.
Dua kakitangan yang dilantik tersebut adalah Ketua Unit Komunikasi Korporat, Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman dan Encik Abdul Mu’min bin Mohd Rozi.
Penyerahan watikah pelantikan dengan konsep dan tema sambutan Syawal ini telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KKDW, YBhg. Dato’ Seri Ramlan bin Dato’ Harun. Turut hadir dalam majlis ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW, YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Pengurus Besar KEDA, YBhg Tuan Ismasuhaimi bin Shariff serta barisan pengurusan tertinggi KKDW yang lain.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran saudara Fadzly Fuad, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) selaku pengacara majlis dan persembahan nyanyian oleh artis tempatan, Syura.
Pegawai Barisan Hadapan KKDW dilantik daripada pegawai-pegawai pelbagai gred di peringkat Kementerian, Pejabat KKDW Negeri dan agensi yang bertujuan untuk menyelaras aduan dan pertanyaan berkaitan perkhidmatan KKDW dan agensi.
Aduan dan pertanyaan ini diterima daripada orang ramai berkenaan operasi agensi dan direspon oleh PBH dalam konteks menyantuni rakyat terhadap pertanyaan dan permasalahan rakyat.
Semoga KKDW dan KEDA terus diberi kemudahan dan kelancaran dalam menyampaikan peranan kepada rakyat agar aspirasi Mensejahterakan Luar Bandar dapat direalisasikan.