SUNGAI PETANI – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) terus memperkasakan pembangunan usahawan melalui Kursus Biz Grow: Transforming Micro Business For The Next Level yang diadakan di Swiss Avenue Hotel, Sungai Petani baru-baru ini.
Kursus ini dianjurkan oleh Kolej KEDA melalui Unit Pembangunan Komersial Kolej KEDA dengan kolaborasi Syarikat Bizmilla Sdn. Bhd., yang diketuai oleh pengasasnya, Puan Mila Jirin, bersama pasukannya.
Seramai 50 orang alumni Kolej KEDA yang terdiri daripada usahawan pelbagai bidang seperti kulinari, jahitan, kimpalan, penyelenggaraan penyaman udara, elektrik, dan motosikal telah menyertai kursus ini.
Sepanjang tiga hari, peserta didedahkan dengan lapan modul keusahawanan yang menumpukan pada pemerkasaan perniagaan mikro. Modul-modul ini memberi pengetahuan dan kemahiran untuk meningkatkan prosedur operasi perniagaan, selain membantu peserta memperluaskan potensi mereka ke tahap lebih tinggi.
Selain itu, peserta turut diajar strategi pemasaran berkesan, termasuk kaedah meningkatkan personal branding dan pendedahan kepada perniagaan atas talian yang semakin relevan dalam dunia digital.
Majlis penutup kursus telah dirasmikan oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff.
Turut hadir ialah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Hajah Afifah Binti Haji Omar, dan Pengarah Kolej KEDA, Encik Che Ridzuan bin Mohamad Isa.
Pada majlis tersebut, simbolik penyerahan mock cheque berjumlah RM224,323.00 turut diadakan, melibatkan 19 penerima bantuan di bawah Program Bantuan Usahawan Alumni Kolej KEDA Tahun 2024.
Kursus ini membuktikan komitmen KEDA dalam menyokong usahawan alumni Kolej KEDA untuk terus berkembang dan mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing.
KEDA ZON SOKONG INISIATIF TRASH FOR CASH
/in Arkib 2024, Berita /by Upload@kedaPELAJAR TAHFIZ TVET@KOLEJ KEDA 3.0 TERIMA SIJIL TAMAT LATIHAN
/in Arkib 2024, Berita /by Upload@kedaKOLEJ KEDA PERKUKUH KERJASAMA DENGAN RAKAN STRATEGIK
/in Arkib 2024, Berita /by Upload@kedaPERLAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON ANTARA KEDA DAN FAMA SEMPENA JUALAN KASIH KEDA MADANI 2024
/in Arkib 2024, Berita /by Upload@kedaDESA KEDA TELAGA BATU DIANGKAT SEBAGAI KAMPUNG ANGKAT DESA BERSAMA KLINIK PERGIGIAN GULAU SIK
/in Arkib 2024, Berita /by Upload@kedaKEDA SANTUNI ALUMNI KOLEJ KEDA MELALUI KURSUS BIZ GROW TRANFORMING MICRO BUSINESS FOR THE NEXT LEVEL
/in Arkib 2024, Berita /by Upload@kedaPROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN KEDA TAHUN 2024
/in Arkib 2024, Berita /by Upload@kedaPELBAGAI ANUGERAH SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN PENUTUP TIRAI 2024
/in Arkib 2024, Berita /by Upload@kedaKEDA LANCAR TABUNG IHSAN MADANI KKDW@KEDA
/in Arkib 2024, Berita /by Upload@kedaPROGRAM HARI KELUARGA DESA KEDA BANDAR MERIAHKAN KOMUNITI
/in Arkib 2024, Berita /by Upload@keda