KAMPUNG SUNGAI ITAU SELIAAN KEDA MENJADI JOHAN ANUGERAH ASPIRASI DESA MADANI TAHUN 2024

KAMPUNG SUNGAI ITAU SELIAAN KEDA MENJADI JOHAN ANUGERAH ASPIRASI DESA MADANI TAHUN 2024

SERDANG – TAHNIAH KAMPUNG SUNGAI ITAU! Inilah ucapan penghargaan dapat digambarkan dari keseluruhan staf Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) kepada Kampung Sungai Itau yang telah berjaya menjadi johan kategori kampung tradisional dan rumah panjang sempena Anugerah Aspirasi Desa MADANI bagi tahun 2024 ini.
Kampung ini adalah kampung dibawah seliaan Pejabat KEDA Zon 1, Langkawi untuk pertandingan ini.
Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang telah hadir menyempurnakan Majlis Anugerah Aspirasi Desa MADANI (ADM) 2024 di Dewan D, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini.
Turut hadir adalah Timbalan Menteri Digital, YB Wilson Ugak anak Kumbong, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW, Dato’ Afandi bin Nordin dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKDW, Encik Mohd Kamal bin Husin.
Hadir mewakili KEDA pula adalah Pengurus Besar, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, Pengurus Pembangunan Komuniti, Encik Mohd Azam bin Omar, Pegawai Pembangunan KEDA Zon 1, Langkawi, Encik Othman bin Hashim dan staf Pejabat KEDA Zon 1, Langkawi, Encik Abdul Hadi bin Abdul Halim.
ADM ini adalah selaras dengan inisiatif Malaysia MADANI yang bertujuan memperkukuh potensi komuniti luar bandar dalam kepimpinan, pendidikan, kemahiran dan kesejahteraan ekonomi serta sosial.
Inisiatif ini juga menyokong pembangunan “Smart Village” dan mengurangkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar.
Sebanyak 115 kampung mengambil bahagian dalam ADM, dengan 42 kampung terpilih sebagai pemenang. Johan menerima RM30,000 untuk pembangunan sosio-ekonomi, yang merangkumi aktiviti ekonomi, keusahawanan, infrastruktur dan kreativiti komuniti desa.
Penganjuran ini juga bertepatan dengan persiapan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Tahniah sekali lagi buat Kampung Sungai Itau. Semoga terus sukses dan menjadi contoh kepada kejayaan kampung lain di negeri Kedah ini.
TAKLIMAT KEUSAHAWANAN AGRO TANI DI SUNGAI PETANI

TAKLIMAT KEUSAHAWANAN AGRO TANI DI SUNGAI PETANI

SUNGAI PETANI – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah dijemput untuk berkongsi taklimat mengenai keusahawanan Agro Tani kepada pelatih perusahaan kecil dan sederhana agro tani di Pusat Latihan dan Bimbingan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sungai Petani.
Program yang dianjurkan oleh Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) Kedah dan Perlis ini melibatkan penyertaan seramai 25 orang pelatih dari Negeri Kedah, Perlis, dan Pulau Pinang.
Taklimat berkaitan operasi KEDA dan program bantuan yang ditawarkan oleh KEDA telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Niagatani KEDA, Puan Nor Juhaini binti Jamaludin bersama Penolong Pengurus Pembangunan Usahawan, Cik Noor Shahida binti Jamil.
Melalui program ini, para peserta diberikan pendedahan mengenai peluang keusahawanan dalam bidang agro tani serta sokongan yang disediakan oleh KEDA untuk membantu mengembangkan perusahaan mereka.
Usaha ini selari dengan matlamat memperkasakan komuniti luar bandar melalui aktiviti ekonomi berasaskan pertanian.
Penganjuran program seperti ini menunjukkan komitmen berterusan PERHEBAT dan KEDA dalam mendukung pembangunan ekonomi dan kebajikan para veteran serta komuniti setempat.
KURSUS MYAGRO INCOME BERASASKAN KOMUNITI NEGERI KEDAH TAHUN 2024

KURSUS MYAGRO INCOME BERASASKAN KOMUNITI NEGERI KEDAH TAHUN 2024

SELANGOR – Kursus MyAgro Income Berasaskan Komuniti Negeri Kedah Tahun 2024 telah berjaya diadakan dari baru-baru ini bertempat di Dorsett Grand Hotel, Subang di sini.
Kursus ini dianjurkan oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kemahiran dan Kompetensi INFRA serta Bahagian Niagatani Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), dan telah melibatkan seramai 30 peserta.
Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan, ilmu terkini, serta latihan kepada para petani dalam memastikan mereka terus kompeten dalam menyumbang kepada keterjaminan makanan negara.
Selain itu, ia juga memfokuskan kepada penggunaan kaedah dan teknologi terkini dalam pertanian yang dapat meningkatkan pendapatan petani dengan kos yang minimum. Kursus ini turut dijadikan platform untuk memperluaskan jaringan hubungan dalam kalangan peserta sebagai petani.
Penceramah daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyampaikan pelbagai modul yang relevan, diketuai oleh Prof. Madya Dr. Jasronita binti Jasni dari Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC).
Majlis penutupan kursus disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran dan Kompetensi INFRA, YBhg Encik Mohd Nordin bin Ab Wahab. Beliau turut menyampaikan sijil kepada para peserta, di samping cenderahati kepada wakil penceramah daripada UPM serta Penolong Pengurus Niagatani KEDA, Nor Juhaini binti Jamaludin.
Sebagai tanda penghargaan, INFRA dan UPM turut menerima cenderahati daripada KEDA atas sokongan penganjuran kursus ini. Kursus ini diharapkan dapat memperkukuhkan peranan petani sebagai penyumbang utama sektor pertanian negara serta meningkatkan kualiti kehidupan komuniti luar bandar di Negeri Kedah.
GM KEDA DAN SUB PP KKDW MELAWAT PROSPEK SIDAM

GM KEDA DAN SUB PP KKDW MELAWAT PROSPEK SIDAM

KULIM – Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), YBhg Tuan Ismasuhaimi bin Shariff telah berkesempatan untuk bersama-sama delegasi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk melawat dan memantau projek-projek di kawasan Projek Ekonomi Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Sidam, di sini.
Delegasi KKDW ini telah diketuai oleh Setiausaha Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan, YBhg. Encik Azman bin Kassim.
Turut hadir mewakili KKDW adalah Encik Izral Zuhairi bin Mohamad Desa dan Encik Muhammad Muzani bin Ruszani dari Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah serta Encik Julnain bin Abdul dari Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan.
Hadir mewakili KEDA pula adalah Ketua Unit Komunikasi Korporat, Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman, Pegawai Pembangunan KEDA Zon 6, Kulim, Encik Mohammad Hakim bin Ahmad Nadzir dan Penolong Pengurus Perancangan, Pemantauan dan Penilaian, Encik Mohamad Amin bin Abdul Rahim.
PROSPEK merupakan projek yang menfokuskan kepada pembangunan di beberapa perkampungan sedia ada yang berdekatan (sekurang-kurangnya lima buah kampung) tanpa melibatkan pembukaan kawasan baharu (Insitu Development).
Program PROSPEK ini berkonsepkan kepada pembangunan niche product dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan/swasta dan institusi pendidikan.
Projek ini bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar melalui program peningkatan pendapatan, meningkatkan kualiti hidup serta menaiktaraf kemudahan prasarana di kampung-kampung sedia ada.
Selain tanaman jagung, semua yang hadir dibawa melawat projek perumahan dan ternakan kambing.
Semoga PROSPEK Sidam ini dapat terus memberi limpahan kepada masyarakat dan memberi nama baik kepada KEDA dan masyarakat yang terlibat.
LAWATAN TW KKDW KE PROSPEK TELOI, SIK

LAWATAN TW KKDW KE PROSPEK TELOI, SIK

SIK – Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Teloi Sik telah menerima kunjungan daripada Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Lawatan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana perjalanan PROSPEK Teloi sepanjang 3 tahun dijalankan.
Lawatan ini disertai Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar dan Pengurus Perancangan, Pemantauan dan Penilaian, Cik Suhaila Hamzah.
Turut disertai pegawai-pegawai Bahagian Perancangan, Pemantauan dan Penilaian, Bahagian Niagatani, Bahagian Hartanah dan Prasarana dan Bahagian Pembangunan Usahawan turut terlibat dalam menjayakan sesi lawatan ini.
Lawatan sepanjang hari ini memfokuskan 7 lokasi yang melibatkan komponen-komponen ekonomi, perumahan dan prasarana.
PROSPEK merupakan projek yang menfokuskan kepada pembangunan di beberapa perkampungan sedia ada yang berdekatan (sekurang-kurangnya lima buah kampung) tanpa melibatkan pembukaan kawasan baharu (Insitu Development).
Program PROSPEK ini berkonsepkan kepada pembangunan niche product dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan/swasta dan institusi pendidikan.
Projek ini bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar melalui program peningkatan pendapatan, meningkatkan kualiti hidup serta menaiktaraf kemudahan prasarana di kampung-kampung sedia ada.
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM JUALAN KASIH KEDA MADANI DAN TANDATANGAN MOU BERSAMA FAMA

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM JUALAN KASIH KEDA MADANI DAN TANDATANGAN MOU BERSAMA FAMA

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah berkunjung ke Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Kedah bagi menyelaras persiapan terakhir sempena siri keempat jelajah Jualan Kasih KEDA Madani bagi tahun ini.
Kunjungan KEDA telah diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, YBrs. Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar dan disertai staf KEDA yang terdiri daripada Ketua Unit Komunikasi Korporat, Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman, Penolong Pengurus Pembangunan Usahawan, Cik Noor Shahida binti Jamil dan Pegawai Pembangunan KEDA Zon 8, Kota Setar/Kubang Pasu, Encik Muhamad Ramlan bin Jaafar.
Turut hadir adalah Encik Mohd Suffian Bin Abu Bakar (Bahagian Pembangunan Usahawan), Encik Zaidi Bin Ahmad (Pejabat KEDA Zon 8, Kota Setar/Kubang Pasu) dan Puan Ku Noor Faizah binti Ku Mustafa (Unit Komunikasi Korporat).
Kehadiran delegasi KEDA telah disambut mesra oleh pegawai FAMA yang diketuai oleh pengarahnnya, Puan Zuriana binti Mat Adam dan kedua-dua timbalan iaitu Timbalan Pengarah (Pembangunan), Encik Mohd Hafiz bin Mohd Adnan dan Timbalan Pengarah (Operasi), Encik Hasrol Nizam bin Muhammad Zuki.
Selain membincangkan mengenai penyelarasan program Jualan Kasih KEDA Madani kali ketiga bersama FAMA ini, ahli mesyuarat turut meneliti persiapan untuk sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) melibatkan kerjasama antara KEDA dan FAMA bagi tahun 2025 akan datang.
Lebih manis apabila sesi akan dihadiri oleh Pengerusi KEDA, YBhg. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom dan Ketua Pengarah FAMA, YBhg. Encik Abdul Rashid bin Bahri.
Kepada penduduk daerah Kubang Pasu, jangan lepaskan peluang untuk membeli barangan keperluan harian dengan diskaun hampir 30 peratus di Jualan Kasih KEDA Madani di Pusat Komuniti Desa, Napoh pada 26 November 2024, hari Selasa, bermula jam 9.00 pagi. Datang beramai-ramai.
KUNJUNG HORMAT KEDA KE LHDNM NEGERI KEDAH

KUNJUNG HORMAT KEDA KE LHDNM NEGERI KEDAH

ALOR SETAR – Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff telah mengetuai delegasi agensi ini untuk menghadiri kunjung hormat ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Negeri Kedah.
Turut hadir adalah Pengurus Kewangan, Encik Adnan bin Darus, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman, Encik Mohd Zahir bin Hasan, Penolong Pengurus Hartanah dan Prasarana, Encik Mohd Firdaus bin Azizan (Bahagian Hartanah dan Prasarana), Encik Mohamad Zulfahmi bin Che Mat dan Encik Muhammad Firdaus bin Zulkifli (Unit Komunikasi Korporat).
Selain itu, wakil dari KEDA Holdings Sdn. Bhd. turut hadir iaitu Pengurus Kewangan, Puan Norfarhana binti Abdul Ghani dan Eksekutif Akaun KEDA Properties Sdn. Bhd., Encik Wan Kamarul Akmal bin Wan Noor Amal.
Kehadiran delegasi KEDA disambut mesra oleh pengarahnya, YBhg. Encik Nor Azam bin Mohamad. YBhg. Encik Nor Azam bin Mohamad, Pengarah LHDNM Kedah.
Turut hadir adalah Pengarah Operasi Negeri, Encik Syarizan bin Ramli, Ketua Unit Perisikan, Encik Mohd Firuz bin Bushra, Encik Roshidi bin Mohamad, Encik Muhd Fathy bin Muhammad Hasbullah, Encik Mohd Rezuan bin Mustafa dan Ketua Unit Profiling, Puan Nurazura binti Mohd Yusof.
Objektif kunjung hormat adalah sebagai pengukuhan jalinan kerjasama antara kedua-dua agensi.
Selain mengetahui mengenai fungsi agensi masing-masing, antara perkongsian lain adalah gerak kerja pemahaman masyarakat mengenai percukaian oleh LHDN dan pakej-pakej di LHDN yang boleh disetarakan dengan program yang terdapat di KEDA.
Semoga kerjasama ini akan terus erat dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di negeri ini.
PENGUNJUNG SAMBUT BAIK JUALAN KASIH KEDA DI SINGKIR BADONG, YAN

PENGUNJUNG SAMBUT BAIK JUALAN KASIH KEDA DI SINGKIR BADONG, YAN

YAN – Program Jualan Kasih Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) MADANI Tahun 2024 yang berlangsung di pekarangan Dewan Desa KEDA Singkir Badong, dekat sini semalam mendapat sambutan baik dari rata-rata pengunjung yang hadir.
Lebih 3,000 penduduk Yan menyerbu Jualan Kasih KEDA MADANI yang menawarkan 53 barangan keperluan harian lebih murah.
Program yang bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari itu memberi peluang kepada penduduk di daerah berkenaan membeli barangan seperti beras, ikan segar, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan penjimatan harga hingga 30 peratus.
Seorang pengunjung, Zahid Mat Ali,65, menyambut baik program yang diadakan kerana ia membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dengan jualan barangan keperluan rumah yang murah.
Sementara itu, pengunjung, Faridah Ahmad, 63, menyokong program yang diadakan KEDA dan berharap agar program ini akan terus diadakan di banyak kawasan kerana harga barangan keperluan yang dijual berpatutan.
KEDA bekerjasama dengan FAMA Negeri Kedah dan turut dibuka jualan 20 produk usahawan KEDA tempatan seperti ais sagat, kuih tradisional dan aneka makanan.
KEDA turut megadakan jualan Combo Sale RM15 dan Happy Hour bagi memeriahkan lagi program berkenaan.
KUNJUNG HORMAT PELITAWANIS TNB KEPADA PUSPANITA KEDA

KUNJUNG HORMAT PELITAWANIS TNB KEPADA PUSPANITA KEDA

ALOR SETAR – Seramai 22 orang ahli jawatankuasa Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (PUSPANITA KEDA) telah menyambut mesra kehadiran 9 orang ahli jawatankuasa Persatuan Wanita Tenaga Nasional Bhd (PELITAWANIS TNB) Cawangan Alor Setar.
Objektif kunjung hormat diadakan adalah bagi sama-sama berkenalan dan merancang kolabarasi yang dapat dijalankan antara kedua-dua jabatan bagi memperkukuh fungsi persatuan masing-masing.
Kehadiran PELITAWANIS TNB ke Kompleks Ibu Pejabat KEDA, di sini telah diketuai oleh Pengerusinya, Puan Siti Safinaz binti Kamaruddin.
PUSPANITA KEDA pula telah diketuai oleh Timbalan Pengerusi, Puan Yusnida binti Yusoff. Turut hadir adalah Setiausaha, Puan Noor Shafiza binti Hussain dan Penolong Setiausaha, Puan Sunita binti Yahaya.
Semoga jalinan awal antara kedua-dua belah pihak dapat terus mempercepat pembangunan masyarakat luar bandar di daerah Kota Setar dan sekitar terutama dalam aspek pemerkasaan wanita.
SESI PERJUMPAAN PENDUDUK DESA KEDA BAGAN, NAKA, PADANG TERAP BERSAMA PIHAK KEDA

SESI PERJUMPAAN PENDUDUK DESA KEDA BAGAN, NAKA, PADANG TERAP BERSAMA PIHAK KEDA

PADANG TERAP – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) meneruskan operasi perkhidmatannya dalam menyantuni rakyat apabila Pengurus Hartanah dan Prasarana, YBrs. Encik Mohd Elias bin Hassan telah mengunjungi Desa KEDA Bagan.
Kunjungan ini menerima kehadiran 61 peserta perumahan tradisional Desa KEDA Bagan yang merupakan salah satu daripada dua perumahan tradisional yang dibina oleh pihak KEDA di daerah Padang Terap.
Turut hadir dalam sesi ini adalah Penolong Pengurus Hartanah dan Prasarana, Puan Nur Idawati binti Abdul Wahab dan Encik Mohd Zahir. Selain itu, pegawai KEDA yang hadir adalah Ketua Unit Integriti dan Perundangan, Cik Nurul Aqilah binti Azmi, Ketua Unit Kutipan Hasil, Encik Dzulkarnain bin Abdul Manaf serta pegawai-pegawai dari Bahagian Hartanah dan Prasarana, Unit Kutipan Hasil sert Pejabat KEDA Zon 2, Padang Terap.
Sesi ini diadakan adalah bertujuan untuk menerangkan maklumat berkaitan hal ehwal perumahan tradisional di kawasan desa ini.
Selain itu, sesi ini diadakan bagi menyelesaikan persempadanan lot yang terbaru mengikut pihak kelulusan yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah Padang Terap yang terkini.
Semoga dengan input yang dikongsi dapat membantu penduduk dalam meneruskan kehidupan di desa ini agar sentiasa aman dan harmoni seiring dengan aspek Kesejahteraan dalam 6 teras Malaysia MADANI.