KEDA FOKUS TIGA AGENDA CAPAI MATLAMAT KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA (KEB) 2024

KEDA FOKUS TIGA AGENDA CAPAI MATLAMAT KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA (KEB) 2024

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memberi fokus kepada tiga agenda menerusi program-program KEDA bagi mencapai matlamat Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024).
Pengurus Besar KEDA, YBhg.Tuan Ismasuhaimi bin Shariff berkata KEDA menyambut baik usaha kerajaan memperkasakan semula agenda ekonomi bumiputera dalam kementerian, agensi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).
Menurutnya, KEDA menyahut saranan kerajaan ini dengan memberi fokus kepada tiga agenda iaitu pembangunan TVET, usahawan dan pemilikan rumah.
“KEDA sedang giat menyelaras program-program bagi memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui Kolej KEDA di Sik, Kedah.
“Bagi memperkasakan TVET di Kolej KEDA, kerjasama strategik sedang diperkukuhkan bersama institusi awam, swasta dan pihak industri dalam membentuk sinergi pembangunan tenaga kerja berkemahiran,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Sidang Media sempena Majlis Perjumpaan Pengurus Besar bersama Warga KEDA di Kompleks Ibu Pejabat KEDA di sini, hari ini.
Beliau berkata, menerusi Kolej KEDA, program lain yang berpontensi untuk dibangunkan iaitu Tahfiz TVET@Kolej KEDA yang telah dijalankan bermula tahun 2022 dengan jumlah pelajar sehingga kini 72 orang dan 9 Pusat Tahfiz di sekitar negeri Kedah.
Pada tahun ini, dengan peruntukan dari Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak 175,000, 80 orang tahfiz dijangka akan memulakan pengajian TVET.
Sementara itu, bagi agenda pemerkasaan usahawan pula, tahun ini, KEDA telah menerima peruntukkan sebanyak RM2.8518 juta melibatkan 3 projek.
KEDA dalam perancangan untuk menyasarkan produk usahawan KEDA ke peringkat antarabangsa dengan membawa aspirasi Desa to Global cetusan idea Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KKDW, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi.
Jelas beliau, menerusi agenda pemilikan rumah pula, jumlah geran yang telah diserahkan keseluruhannya ialah 1,515 keping dan dijangka akan diserahkan tahun ini sebanyak 348 keping.
SUMBANGAN RAMADAN SEMPENA PERJUMPAAN PENGURUS BESAR BERSAMA WARGA KEDA

SUMBANGAN RAMADAN SEMPENA PERJUMPAAN PENGURUS BESAR BERSAMA WARGA KEDA

ALOR SETAR – Perjumpaan Khas Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bersama warga KEDA berlangsung meriah dengan penyerahan sumbangan sempena Ramadan kepada staf yang hadir.
Sumbangan Ramadan berupa buah kurma dan bubur lambuk ini adalah sumbangan dari Kelab Kebajikan, Kebudayaan dan Sukan KEDA.
Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff dalam ucapan beliau terlebih dahulu merakamkan ucapan tahniah kepada Kolej KEDA atas kejayaan menerima Anugerah 5 Bintang bagi penarafan tunggal Program TVET di Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) baru-baru ini.
“Saya berharap dengan kejayaan penarafan ini akan memberi lebih kepercayaan kepada rakyat negeri ini terhadap kemampuan Kolej KEDA sebagai salah satu pilihan institusi TVET di negeri ini,”.
Ini adalah salah satu kejayaan KEDA di awal tahun 2024 termasuk program-program dalaman dan peringkat nasional yang berjaya KEDA rencanakan.
Sementara itu, beliau berpesan agar kakitangan KEDA mengekalkan prestasi terbaik walaupun dalam bulan puasa ini sebagai contoh kepada rakan-rakan lain.
Beliau yang sebelum ini pernah mengarahkan Hari Sukan dan Riadah KEDA menambah bahawa aktiviti ini boleh diteruskan bagi yang mampu dan boleh juga diganti dengan aktiviti kerohanian dalam menyerikan sebulan Ramadan ini.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan kurma dan bubur lambuk kepada semua pegawai dan kakitangan KEDA.
DESA KEDA NAGALILIT BERI SOKONGAN PELAKSANAAN PADU

DESA KEDA NAGALILIT BERI SOKONGAN PELAKSANAAN PADU

KULIM – Penduduk Desa Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Nagalilit, di sini menyokong dan menyambut baik pelaksanaan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.
Program anjuran Pejabat KEDA Zon 6, Kulim bersama Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) ini mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan program untuk memberi kemudahan dan tunjuk ajar kepada komuniti desa sekitar.
PADU adalah pangkalan data komprehensif yang mengandungi data mikro yang diintegrasikan daripada pelbagai sumber agensi kerajaan.
Program turut mendapat kerjasama dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang mengadakan taklimat asas dan pengisian Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilaksanakan di Pusat Komuniti Desa (PKD) Desa KEDA Nagalilit.
Hal ini seiring dengan saranan YAB Perdana Menteri yang mahukan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dapat membantu usaha kerajaan membasmi kemiskinan tegar di negara ini. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula mahukan rakyat tidak terkecuali dalam pendataan yang holistik.
Terima kasih DOSM Kedah
MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH KEDA BIL.1/2024

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH KEDA BIL.1/2024

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah Bilangan 1 bagi Tahun 2024 di Kompleks Ibu Pejabat KEDA, Jalan Langgar di sini.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi KEDA, YBhg. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom.
Mesyuarat Lembaga Pengarah KEDA diadakan bagi melaporkan, membincang, meneliti dan membuat keputusan dalam menambahbaik gerak kerja operasi KEDA.
Pengerusi turut meraikan kehadiran Ahli Lembaga Pengarah yang baru dalam mesyuarat kali ini iaitu Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Wan Ahmad Uzir bin Haji Wan Sulaiman selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah KEDA, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Dato’ Haji Mohd Shahadan bin Haji Abdullah dan tiga wakil Profesional, Dato’ Aminuddin bin Omar, Dato’ Dr Aswandi bin Haji Mohamed Hashim serta Encik Ridzwan bin Abu Bakar.
Dalam pada itu, mesyuarat ini antara lain turut membincangkan pencapaian KEDA dalam melaksanakan program dan projek bagi tahun 2023 dan seterusnya bagi tahun 2024.
DEMONTRASI BOMBA MERIAHKAN PROGRAM BACK TO SCHOOL DESA KEDA KAMPUNG BUKIT, POKOK SENA

DEMONTRASI BOMBA MERIAHKAN PROGRAM BACK TO SCHOOL DESA KEDA KAMPUNG BUKIT, POKOK SENA

POKOK SENA – Taklimat dan demontrasi memadam kebakaran dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia antara aktiviti yang menarik perhatian penduduk sempena Program Back To School di Desa KEDA Kampung Bukit, di sini baru-baru ini.
Program Back To School di Desa KEDA Kampung Bukit meriah dengan pelbagai aktiviti diadakan dan menarik kira-kira 200 penduduk setempat.
Pejabat KEDA Zon 3, Pendang/Pokok Sena menjayakan program ini dengan kerjasama baik dari Jawatankuasa Pasukan Perancang dan Pelaksana Program (4P) Desa KEDA Kampung Bukit bersama Jabatan Penerangan Daerah Pokok Sena, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Pokok Sena.
Antara aktiviti yang diadakan adalah sesi penerangan berkenaan Malaysia Madani yang disampaikan oleh Jabatan Penerangan Pokok Sena dan penduduk juga diberi peluang untuk membuka akaun SSPN di kaunter yang disediakan.
Program menarik perhatian penduduk apabila Jabatan Bomba dan penyelamat mengadakan taklimat dan demontrasi memadamkan kebakaran sebagai langkah awal dalam menghadapi bencana kebakaran dan kecemasan kepada penduduk.
Selain itu, tidak terkecuali turut diadakan Sukaneka Peringkat Desa KEDA Kampung Bukit bagi meraikan kanak-kanak setempat yang diadakan di perkarangan Dewan Desa KEDA Kampung Bukit dalam mengisi masa lapang cuti persekolahan mereka.
KOLEJ KEDA TERIMA ANUGERAH LIMA BINTANG PENARAFAN TUNGGAL PROGRAM TVET

KOLEJ KEDA TERIMA ANUGERAH LIMA BINTANG PENARAFAN TUNGGAL PROGRAM TVET

BUKIT MERTAJAM – Tahniah! Kolej Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah menerima Anugerah Lima Bintang bagi Penarafan Tunggal Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Tahun 2023.
Penarafan ini telah dianugerahkan semasa Karnival Jelajah Madani Jom Masuk TVET Zon Utara 2024 anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia di Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI), Pulau Pinang.
Majlis penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Kementerian Sumber Manusia, YBhg. Dato’ Hajah Norison Binti Ramli.
Hadir menerima anugerah ini adalah Pengurus Besar KEDA, YBhg Tuan Ismasuhaimi bin Shariff. Turut hadir adalah Pengarah Kolej KEDA, Encik Che Ridzuan bin Mohamad Isa, Penolong Pengarah Sektor TVET Kolej KEDA, Encik Muhammad Luqman bin Nazari dan Ketua Unit Akademik Kolej KEDA, Encik Ahmad bin Abdul Lateh.
Objektif penilaian penarafan ini dijalankan adalah bagi memperkukuhkan tadbir urus TVET untuk pengurusan yang lebih baik menerusi pengharmonian sistem penarafan institusi bagi memperbaiki sistem kebolehbandingan.
Semoga dengan kejayaan yang diperolehi ini dapat meninggikan lagi imej dan kualiti Kolej KEDA sebagai institusi TVET pilihan para belia dan menyemarakkan lagi penyampaian serta pengurusan TVET di Kolej KEDA agar lebih cemerlang dan kondusif seiring dengan kehendak negara dalam melahirkan tenaga mahir yang berkualiti dan berdaya saing.
Syabas Kolej KEDA! Terbaik!
KOLEJ KEDA TERIMA NAZIRAN BPO JPA

KOLEJ KEDA TERIMA NAZIRAN BPO JPA

SIK – Kolej Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KOLEJ KEDA) telah menerima kunjungan Bahagian Perjawatan dan Organisasi (BPO) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sempena naziran perjawatan dan organisasi agensi.
Pegawai dari BPO JPA yang hadir adalah Ketua Penolong Pengarah BPO, Encik Nisra Nisran bin Angit@Asra Ramlan dan Penolong Pengarah BPO, Encik Muhamad Aminurashid bin Md. Ali.
Pegawai dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) juga turut hadir bersama iaitu Ketua Penolong Setiausaha, Encik Muhammad Zuhaili bin Rosli dan Penolong Setiausaha, Encik Mohamed Harriz bin Razali.
Ketibaan mereka disambut mesra oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg Tuan Ismasuhaimi bin Shariff. Turut hadir adalah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Hajah Afifah binti Haji Omar, Pengarah Kolej KEDA, Encik Che Ridzuan bin Mohamad Isa, Ketua Unit Pengurusan Sumber Manusia, Encik Muhammad Rifqi bin Zulkifli serta Penolong Pengarah Pengurusan Kolej KEDA, Encik Muhammad Fikhri bin Zulkifli dan Encik Muhammad Luqman bin Nazari.
Rombongan naziran telah diberikan taklimat dan melawat bengkel-bengkel kemahiran terdapat di ini.
Naziran Perjawatan dan Organisasi adalah merupakan aktiviti pemeriksaan, penilaian dan pemantauan ke atas pematuhan prinsip perjawatan, perskiman dan struktur organisasi yang telah diluluskan semasa penubuhan atau kelulusan perubahan bergantung kepada permohonan perjawatan, keperluan terkini dan arahan semasa Kerajaan ke atas sesebuah organisasi.
Kolej KEDA adalah sebuah kolej di bawah KEDA yang menjalankan program Sijil Kemahiran Malaysia dengan menawarkan 7 Bidang Kemahiran iaitu Teknologi Kimpalan, Teknologi Elektrik, Teknologi Motosikal, Teknologi Makanan, Teknologi Fabrik Lelaki dan Wanita, Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara dan Teknologi Automotif.
Program-program ini telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dibawah Kementerian Sumber Manusia dan Suruhanjaya Tenaga.
PEGAWAI JPA & KKDW MELAWAT PRODUK KEDA

PEGAWAI JPA & KKDW MELAWAT PRODUK KEDA

ALOR SETAR – Kesempatan pegawai-pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang hadir ke Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bagi naziran perjawatan dan organisasi telah diisi dengan pengisian slot lawatan ke perusahaan produk KEDA.
Pegawai-pegawai yang hadir iaitu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perjawatan dan Organisasi (BPO) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Encik Nisra Nisran bin Angit@Asra Ramlan, Penolong Pengarah BPO JPA, Encik Muhamad Aminurashid bin Md. Ali serta Ketua Penolong Setiausaha KKDW, Encik Muhammad Zuhaili bin Rosli dan Penolong Setiausaha, Encik Mohamed Harriz bin Razali.
Rombongan naziran ini dibawa melawat KEDA Agrobiz, Charuk Tualang untuk melihat proses penyediaan air mineral KEDA.
Selain itu, rombongan naziran turut dibawa ke projek usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) sekitar Sungai Petani setelah selesai urusan di Kolej KEDA.
Sebelum pulang pada keesokannya, rombongan ini melawat satu lagi produk usahawan KEDA di Jitra.
Lawatan ini diharap dapat lebih memberi kefahaman dan input kepada rombongan naziran mengenai gerak kerja operasi KEDA dalam membangunan masyarakat desa di negeri ini.
NAZIRAN PERJAWATAN DAN ORGANISASI KEDA OLEH JPA

NAZIRAN PERJAWATAN DAN ORGANISASI KEDA OLEH JPA

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah menjadi destinasi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk naziran perjawatan dan organisasi bagi tahun 2024.
Naziran oleh Bahagian Perjawatan dan Organisasi (BPO), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini berlangsung selama 2 hari melibatkan KEDA dan Kolej KEDA.
Seramai 2 orang pegawai JPA hadir bagi naziran ini iaitu Ketua Penolong Pengarah BPO, Encik Nisra Nisran bin Angit@Asra Ramlan dan Penolong Pengarah BPO, Encik Muhamad Aminurashid bin Md. Ali.
2 orang Pegawai KKDW turut hadir bersama iaitu Ketua Penolong Setiausaha, Encik Muhammad Zuhaili bin Rosli dan Penolong Setiausaha, Encik Mohamed Harriz bin Razali.
Naziran Perjawatan dan Organisasi adalah merupakan aktiviti pemeriksaan, penilaian dan pemantauan ke atas pematuhan prinsip perjawatan, perskiman dan struktur organisasi yang telah diluluskan semasa penubuhan atau kelulusan perubahan bergantung kepada permohonan perjawatan, keperluan terkini dan arahan semasa Kerajaan ke atas sesebuah organisasi.
Naziran ini juga adalah bagi tujuan mengukur, menilai dan mengenal pasti keperluan penggunaan tenaga manusia yang optimum agar agensi dapat berfungsi dengan lebih efisien dan efektif sepanjang masa dalam menyahut cabaran menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Ianya juga dapat memberi pendedahan dan pemahaman lebih jelas kepada bahagian ini berkaitan pengoperasian agensi di peringkat lapangan seterusnya menjadi wadah pengukuhan jalinan kolaborasi antara JPA dan agensi awam lain.
Semoga dengan naziran ini dapat membantu menambahbaik pengurusan KEDA dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat di negeri ini.
AKTIVITI MEMANAH KEPADA ANAK-ANAK DESA KEDA KLEDANG SEMPENA CUTI SEKOLAH

AKTIVITI MEMANAH KEPADA ANAK-ANAK DESA KEDA KLEDANG SEMPENA CUTI SEKOLAH

BALING – 40 orang murid sekolah rendah dan menengah dari Desa KEDA Keledang, di sini berpeluang melakukan aktiviti sukan memanah di Desa KEDA Keledang sempena Program Cuti Sekolah baru-baru ini.
Program yang dikendalikan oleh Niskala 6 Arrow telah diketuai oleh Encik Azrul Effendy bin Ja’afar dan dibantu oleh Puan Noor Izwani binti Elias, Puan Sukerina binti Wan Daud, serta Puan Noor Afifah binti Elias.
Program ini telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan KEDA Zon 5, Baling, Encik Mohamad Yusran Azali bin Mohamad Fadzil.
Pejabat KEDA Zon 5, Baling memilih sukan memanah kerana sebagai sukan ini memberikan makna dan simbolik kekuatan selain ianya adalah sunah Rasulullah SAW.
Islam menggalakkan umatnya bersukan secara kerap bagi mengekalkan tahap kecergasan diri yang seterusnya membantu untuk menunaikan ibadah dengan sempurna dan khusyuk.