KKDW RAI GOLONGAN SASAR DI KEDAH SEMPENA MAJLIS SANTUNAN KASIH RAMADAN 2024

KKDW RAI GOLONGAN SASAR DI KEDAH SEMPENA MAJLIS SANTUNAN KASIH RAMADAN 2024

PENDANG – Hampir 2,000 orang golongan sasar yang terdiri daripada pelajar pusat tahfiz, asnaf dan masyarakat setempat diraikan dalam Majlis Santunan Kasih Ramadan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Masjid Al-Falah, Felda Sungai Tiang, di sini.
Menariknya, Majlis Santunan Kasih Ramadan Anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ini merupakan lokasi ke-8 sejak ia bermula pada 14 Mac lalu di Masjid Jamek Layang-layang, Keluang.
Mailis berkenaan merupakan pendekatan turun padang yang dicetuskan oleh Ahmad Zahid bagi meninjau kemajuan dan pembangunan selain mendekati masyarakat desa di seluruh negara.
Selain itu, agensi-agensi KKDW turut dilibatkan dalam program ini bagi memastikan keberadaan serta berperanan sebagai agensi yang membangunkan sosio-ekonomi masyarakat desa Malaysia Madani.
Di samping merapatkan jalinan ukhwah antara KKDW dengan masyarakat, Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan kepada peserta Program Bantuan Ekonomi dan Keusahawanan 2024 di Kedah berjumlah RM2,585,000.00.
Seterusnya, tidak ketinggalan penyampaian peruntukkan bagi program pengimarahan masjid sepanjang bulan Ramadan berjumlah RM75,000 oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
Sementara itu, menerusi agenda pemilikan rumah pula, beliau menyerahkan geran rumah kepada 11 keluarga yang tinggal di Desa KEDA Teluk Teduri, Baling.
Majlis Santunan Kasih KKDW ini berakhir dengan menyampaikan sumbangan duit raya kepada 100 orang pelajar tahfiz dan anak yatim, ibu tunggal, guru agama dengan jumlah keseluruhan bernilai RM10,000.
TUGAS BESAR MENANTI KOLEJ KEDA DALAM MEMPROMOSIKAN TVET

TUGAS BESAR MENANTI KOLEJ KEDA DALAM MEMPROMOSIKAN TVET

SIK – Kolej Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) mempunyai tugasan yang cukup besar dalam membantu mempromosikan Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) kepada para belia di negeri ini.
Ini dinyatakan sendiri oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg Tuan Ismasuhaimi bin Shariff sewaktu menyempurnakan Majlis Iftar Perdana Kolej KEDA Bersama Pengurusan KEDA di sini.
TVET adalah merupakan salah satu agenda besar dalam Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) pada Februari yang lalu dan bagi KEDA, Kolej KEDA adalah wakil kepada agensi dalam membawa gagasan idea ini.
“Tahniah buat Kolej KEDA untuk kejayaan mengekalkan Anugerah 5 Bintang bagi Penarafan Tunggal TVET untuk kali kedua berturut-turut.
“Dengan TVET menjadi salah satu agenda Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB), warga kolej mempunyai tugasan mencabar untuk memastikan TVET sentiasa hangat di pasaran.
Tanamkan dalam diri masing-masing bahawa
TVET bukan pilihan kedua, TVET pilihan utama kerjaya,”.
Turut hadir dalam majlis yang mendapat sambutan 350 orang ini adalah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Hajah Afifah binti Haji Omar, Pengarah Kolej KEDA, Encik Che Ridzuan bin Mohamad Isa, Pengurus Perancangan Pemantauan dan Penilaian, Encik Mohd Elias bin Hassan dan Pengurus Pembangunan Komuniti, Encik Mohd Azam bin Omar.
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Ismasuhaimi Sharif
SESI PERBINCANGAN MODUL PELAN TINDAKAN KEMAJUAN PROGRAM KAMPUNGKU SAYANG KKDW DI DESA KEDA TEPI SUNGAI

SESI PERBINCANGAN MODUL PELAN TINDAKAN KEMAJUAN PROGRAM KAMPUNGKU SAYANG KKDW DI DESA KEDA TEPI SUNGAI

SUNGAI PETANI -Bahagian Komuniti Desa (KD), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah menganjurkan sesi perbincangan modul Pelan Tindakan Kemajuan Kampung (PTKK), Program Kampungku Sayang di Desa KEDA Tepi Sungai.
Program Kampungku Sayang merupakan program rintis di 5 buah kampung di seluruh negara dan salah satu kampung yang dipilih dibawah program ini adalah Desa KEDA Tepi Sungai, Kuala Muda.
Sesi ini diadakan bagi mengenalpasti kelemahan yang boleh ditingkatkan oleh sesebuah kampung dibawah 9 teras yang telah digariskan bagi mewujudkan kampung gred A dibawah KKDW.
Jawatankuasa Pasukan Perancang dan Pelaksana Program (4P) Desa KEDA Tepi Sungai telah diberikan pendedahan bagaimana mengatasi kelemahan yang ada seterusnya meningkatkan gred pencapaian kampung.
Sesi ini diketuai oleh Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) BKD KKDW Puan Norashikin Mohamad Nawawi bersama 5 orang pegawai dan dibantu urusetia daripada Bahagain Pembangunan Komuniti (BPK) KEDA dan Kakitangan Pejabat KEDA Zon 7 (Kuala Muda/Yan).
Turut hadir didalam program ini ialah Pengurus Perancangan, Pemantauan dan Penilaian, Encik Mohd Elias bin Hassan, Pengurus Pembangunan Komuniti, Encik Mohd Azam bin Omar, Pegawai Pembangunan KEDA Zon 7, Kuala Muda/Yan, Encik Anuar Omar, kakitangan BPK, Kakitangan BPPP serta kakitangan PKZ 7 Kuala Muda/Yan.
Delegasi terus bersama penduduk desa ini dalam memeriahkan majlis iftar di sini. Di dalam majlis ini, Ustaz Mohd Denin Saidin, Pengajar Agama KEDA telah dijemput untuk menyampaikan tazkirah Ramadan dan seterusnya menjadi Imam bagi Solat Maghrib, Isyak dan Terawih.
Diharapkan agar sesi ini akan membuka ruang dan peluang kepada penduduk Desa KEDA Tepi Sungai meningkatkan keupayaan dan pencapaian kampung mereka seterusnya dinobatkan sebagai Kampung Gred A KKDW.
MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA ZON 5, BALING DI MASJID ULU LEGONG

MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA ZON 5, BALING DI MASJID ULU LEGONG

BALING – Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Zon 5, Baling telah menajdi lokasi seterusnya untuk Majlis Berbuka Puasa Perdana sempena Ramadan Al-Mubarak.
Majlis telah berlangsung dengan harmoni di Masjid Ibadurrahman Qariah Kampung Ulu Legong dan mendapat kerjasama dari jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) Desa KEDA Ulu Legong, jawatankuasa Masjid Ulu Legong serta kariah setempat.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengurus Kewangan KEDA, Encik Adnan bin Darus.
Antara pegawai lain yang hadir adalah Pengurus Perancangan, Pemantauan dan Penilaian, Encik Mohd Elias bin Hassan, Penolong Pengurus Hartanah dan Prasarana, Encik Mohd Zahir bin Hasan dan Ketua Unit Perolehan, Puan Nor Hidayah binti Zakaria serta staf Bahagian Kewangan KEDA dan Pejabat KEDA Zon 5 sendiri.
Lebih menarik, turut memeriahkan majlis adalah penduduk desa-desa KEDA yang hadir dari seluruh daerah ini. Merekan hadir dengan semangat kebersamaan dan harmoni desa di sini.
Turut diadakan sesi penyampaian bantuan sumbangan kepada warga emas dan asnaf oleh pihak Masjid Ulu Legong.
Sebelum berbuka, bacaan tahlil ringkas dan doa berbuka puasa telah diketuai oleh Imam Masjid, Ustaz Zainal bin Ramli.
Majlis ini dimeriahkan lagi Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat Sunat Terawih secara berjemaah. Menariknya sesi tazkirah turut diadakan selepas terawih dengan membicarakan isu berkaitan fadilat Bulan Ramadan.
Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini.
Ramadan Kareem.
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENGIMARAHAN RAMADAN TAHUN 2024 DI DESA KEDA BANGGOL PETAI, BALING

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENGIMARAHAN RAMADAN TAHUN 2024 DI DESA KEDA BANGGOL PETAI, BALING

BALING – Majlis Berbuka Puasa dan Pengimarahan Ramadan telah dilaksanakan di Desa Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Banggol Petai, di sini anjuran jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P).
Perlaksanaan program KEDA ini telah berjaya mendapat kerjasama yang lancar daripada penduduk desa KEDA.
Penduduk yang hadir beramah mesra dengan pengurusan Pejabat KEDA Zon 5 dan sesama penduduk desa terbabit.
Tahlil ringkas telah dijalankan sebelum berbuka dan tetamu menjamah hidangan lauk pauk kampung yang merupakan trade mark desa KEDA ini.
Tahniah buat barisan pengurusan Pejabat KEDA Zon 5 dan jawatankuasa 4P Desa KEDA Banggol Petai.
MAJLIS BERBUKA PUASA DESA KEDA SUNGAI SALLEH DI MASJID AT-TAUFIK, SERDANG

MAJLIS BERBUKA PUASA DESA KEDA SUNGAI SALLEH DI MASJID AT-TAUFIK, SERDANG

BANDAR BAHARU – Alhamdulillah, telah selesai dengan jayanya Majlis Berbuka Puasa bagi Aktiviti Pengimarahan Bulan Ramadan Al-Mubarak di Masjid At-Taufik, Kampung Sungai Salleh, Serdang, daerah Bandar Baharu pada tahun ini.
Majlis anjuran Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Zon 9, Bandar Baharu ini mendapat kerjasama erat jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) Desa KEDA Sungai Salleh dan jawatankuasa Masjid At-Taufik, Serdang.
Program pengimarahan ini dimulakan dengan sesi ucapan dan penyerahan bantuan bakul makanan kepada penduduk Desa KEDA Sungai Salleh.
Majlis diteruskan dengan Bacaan Tahlil dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Masjid At-Taufik. Majlis diakhiri dengan Solat Isyak dan Solat Tarawikh Berjemaah.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan KEDA Zon 9, Bandar Baharu, Encik Muhammad Noorhisham bin Taib.
Diharapkan program pengimarahkan bulan Ramadan Al-Mubarak ini dapat merapatkan hubungan silaturahim antara kakitangan Pejabat KEDA bersama penduduk Desa KEDA dan sekitarnya.
MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA ZON 4, SIK DI MASJID NURUL IMAN, GULAU

MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA ZON 4, SIK DI MASJID NURUL IMAN, GULAU

SIK – Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dapat meneruskan tradisi bebruka puasa beramai-ramai di Sik dengan Pejabat KEDA Zon 4 Sik selesai menjayakan Majlis Berbuka Puasa Perdana di Masjid Nurul Iman, Gulau.
Majlis bermula dengan sesi Tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh salah seorang staf Zon 4, Sik iaitu Encik Muhammad Taufik bin Saforidin.
Sebelum berbuka sesi bacaan tahlil ringkas dan doa selamat telah berlangsung yang dipimpin oleh Imam Masjid Nurul Iman, Haji Sallehuddin bin Abu Hassan.
Pengarah Kolej KEDA, Encik Che Ridzuan bin Mohamad Isa Pengarah telah mewakili pihak pengurusan KEDA sebagai tetamu di majlis ini.
Turut hadir adalah Pegawai Pembangunan KEDA Zon 4, Sik, Encik Mohd Noor Farzli bin Adenan dan Penolong Pengurus Bahagian Pembangunan Komuniti (BPK), Encik Mohamad Nasri bin Ahmad Shukri.
Majlis juga menerima kehadiran guru-guru agama Desa KEDA Daerah Sik, jawatankuasa kepimpinan 4P dari semua Desa KEDA dalam daerah Sik, penduduk Desa KEDA Gulau dan masyarakat setempat.
MAJLIS IFTAR PERDANA DESA-DESA KEDA ZON 9, BANDAR BAHARU

MAJLIS IFTAR PERDANA DESA-DESA KEDA ZON 9, BANDAR BAHARU

BANDAR BAHARU – Program berbuka puasa perdana bagi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) diteruskan dengan kali ini Zon 9, Bandar Baharu menjadi lokasi seterusnya.
Pejabat KEDA Zon 9, Bandar Baharu ini dengan kerjasama Pasukan Perancang dan Pelaksana Program (4P) Desa KEDA Sungai Tengas dan Masjid Al-Falah, Kampung Sungai Tengas telah mengadakan Majlis Iftar Perdana Peringkat Desa-Desa KEDA Zon 9, Bandar Baharu.
Majlis ini mendapat kerjasama erat penduduk desa KEDA dan sekitarnya dengan menerima kehadiran hampir 200 orang tetamu dan telah disempurnakan oleh Pengurus Pembangunan Komuniti, Encik Mohd Azam bin Omar.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Penolong Pengurus Bahagian Pembangunan Komuniti (BPK), Puan Yusnida binti Yusoff dan Encik Nasri bin Ahmad Shukri, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman dan Pegawai Pembangunan KEDA Zon 9, Bandar Baharu, Encik Muhammad Noorhisham bin Taib.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran staf KEDA dari Bahagian Pembangunan Komuniti, Unit Komunikasi Korporat dan Pejabat KEDA Zon 9 sendiri.
Sebelum berbuka, turut dijalankan sesi penyerahan bantuan kepada penduduk desa KEDA melibatkan 10 orang penerima dari Desa KEDA Sungai Tengas, 10 orang penerima Desa KEDA Sungai Buluh dan 5 penerima yang dicadangkan jawatankuasa masjid.
Majlis diakhiri solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah dan moreh. Inilah antara tradisi KEDA yang bermatlamatkan mengeratkan silaturahim disamping hebahan operasi agensi ini.
Sesungguhnya, pembangunan kerohanian dan modal insan yang melibatkan aktiviti keagamaan adalah fokus utama KEDA. Ini kerana dengan tingkatnya penghayatan agama, model komuniti sejahtera dapat dibentuk dengan lebih mudah.
PROGRAM PENGIMARAHAN RAMADAN DI DESA KEDA ULU BAKAI, BALING

PROGRAM PENGIMARAHAN RAMADAN DI DESA KEDA ULU BAKAI, BALING

BALING – Kemeriahan bulan Ramadan Al-Mubarak bagi tahun 1445/2024M diteruskan lagi dengan Majlis Berbuka Puasa di Desa KEDA Ulu Bakai, Baling di sini.
Pengimarahan ini telah mendapat sambutan amat menggalakkan oleh semua penduduk Desa KEDA dan penduduk setempat.
Program anjuran besama Pejabat KEDA Zon 5, Baling dan Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) Desa KEDA ini meriah dengan semangat gotong-royong yang ditonjolkan penduduk setempat.
Program pengimarahan dimulakan dengan majlis bacaan tahlil dan doa selamat yang telah diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad b. Hj. Abdullah dari Kampung Ulu Bakai.
Seterusnya, program dimeriahkan lagi dengan majlis iftar bersama penduduk Desa KEDA serta tetamu yang hadir. Setelah itu, Surau Desa KEDA turut diimarahkan dengan berjemaah Solat Maghrib, Solat Isyak serta Solat Sunat Tarawih.
Hadir menjayakan program iaitu Pegawai Pembangunan Zon 5, Baling, Encik Mohamad Yusran Azali bin Mohamad Fadzil.
MAJLIS IFTAR PERDANA DESA-DESA KEDA ZON 6, KULIM

MAJLIS IFTAR PERDANA DESA-DESA KEDA ZON 6, KULIM

KULIM – Pejabat KEDA Zon 6, Kulim dengan kerjasama Pasukan Perancang dan Pelaksana Program (4P) Desa KEDA Bagan Sena telah mengadakan Majlis Iftar Perdana zon ini.
Program ini menarik kerana mengumpulkan rakan-rakan penduduk dari 2 Desa KEDA zon ini iaitu Desa KEDA Dingin dan Desa KEDA Nagalilit.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengurus Bahagian Pembangunan Komuniti, Encik Mohd Azam bin Omar.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Ketua Unit Komunikasi Korporat, Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman dan Pegawai Pembangunan KEDA Zon 6, Kulim, Encik Muhammad Hakim bin Ahmad Nadzir.
Lebih meriah, majlis ini turut menerima kunjungan staf KEDA dari Bahagian Khidmat Pengurusan, Unit Komunikasi Korporat dan Pejabat KEDA Zon 6 sendiri.
Majlis yang menerima kehadiran 100 orang tetamu dimulakan dengan tahlil yang dipimpin oleh Pengurus Pejabat Zakat Daerah Baling, Ustaz Ahmad Mustaqim bin Zainal Abidin.
Sebelum berbuka, sesi penyerahan bantuan kepada asnaf turut diadakan dengan 5 orang menerima bantuan keperluan harian seperti beras dan sebagainya.
Majlis diakhiri solat terawih secara berjemaah dan moreh dari penduduk Desa KEDA ini.
Semoga program pengimarahan dan santunan KEDA lepas penduduk desa ini menyimpan pelbagai kenangan terutama dalam memperkukuh silaturahim antara sesama penduduk.