LANGKAWI – Desa KEDA Wang Tok Rendong tidak terkecuali dalam merai Sambutan Aidilfitri Tahun 2024 di Perkarangan Masjid As-Sofiah Desa KEDA itu baru-baru ini.
Majlis yang berlangsung meriah dan mendapat kerjasama baik dari semua penduduk dengan jumlah kehadiran para tetamu seramai 500 orang.
Majlis ini berjaya dilaksanakan oleh Kepimpinan Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) Desa KEDA Wang Tok Rendong bersama ngo-ngo yang aktif di dalam kampung seperti Jawatankuasa Kariah Masjid As-Sofiah, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), Majlis Ketua Kampung (MKK), Persatuan Homestay, Kawasan Rukun Tertangga (KRT), Koperasi Pembangunan Kampung, dan Kelab Belia.
Terdapat pelbagai juadah istimewa disediakan mengikut gerai dan ngo-ngo yang terlibat antaranya bihun sup, laksa, kuih raya tradisional, ketupat, lemang, nasi goreng, rendang daging dan ayam serta aneka jenis minuman.
Majlis diserikan dengan kehadiran Pegawai Daerah Langkawi, YBhg. Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah dan pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi.
Sepanjang majlis ini para tetamu didendangkan dengan alunan lagu-lagu raya nostalgia oleh Kumpulan Gendang Warisan Langkawi dan persembahan khas daripada kakitangan Pejabat KEDA Zon 1, Langkawi, Cik Nurzulaikha binti Mad Zahir yang menyanyikan sebuah lagu berjudul Indahnya Beraya Didesa-Azlina Aziz.
8 PESERTA DIBAWA KEDA UNTUK SERTAI KURSUS PRA BENGKEL DESA LESTARI TAHUN 2024
/in Berita /by Upload@kedaPEGAWAI KEDA DIINGAT CAKNA PERATURAN 605
/in Berita /by Upload@kedaMAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT DESA KEDA WANG TOK RENDONG, LANGKAWI
/in Berita /by Upload@kedaKEDA SALURKAN HAMPIR RM500,000 UNTUK BANTUAN EKONOMI DAERAH BANDAR BAHARU
/in Berita /by Upload@kedaPROGRAM JALINAN KASIH AIDILFITRI DAN PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI DESA KEDA BANDAR
/in Berita /by Upload@kedaPROGRAM JPJ DI DESA KEDA SADEK
/in Berita /by Upload@kedaLAWATAN KERJA KE PROJEK-PROJEK BERPOTENSI SEKITAR LANGKAWI
/in Berita /by Upload@kedaAHLI MPT KKDW 2024 TERIMA SIJIL PENTAULIAHAN SEBAGAI PEGAWAI KEHORMAT DAN PEGAWAI BERSEKUTU APM
/in Berita /by Upload@kedaMPT KKDW DIBERI PENDEDAHAN ASAS PERTAHANAN AWAM
/in Berita /by Upload@kedaKEDA TERUS LAHIRKAN USAHAWAN WANITA DI BAWAH PROGRAM WOMEN BIZ ENTREPRENEURSHIP
/in Berita /by Upload@keda