AKRAB KEDA SERTAI HIMPUNAN ASPIRASI MADANI RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM

AKRAB KEDA SERTAI HIMPUNAN ASPIRASI MADANI RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM

Putrajaya – Hasrat murni kerajaan demi membangunkan Malaysia MADANI melalui perkongsian ilmu, kemahiran dan kepakaran dalam mengukuhkan jati diri, menanamkan rasa syukur dan bangga sebagai pegawai awam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengadakan Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Delegasi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) diketuai sendiri oleh YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, Pengurus Besar diiringi Encik Mohd Elias bin Hassan, Pengurus Perancangan, Pemantauan dan Penilaian yang juga Pengerusi AKRAB KEDA bersama enam lagi ahli yang juga kakitangan KEDA.
YAB Perdana Menteri dalam ucapannya menegaskan bahawa ahli AKRAB dalam perkhidmatan awam memainkan peranan amat penting dalam membawa dan membina anjakan paradigma dinamik dan positif dalam usaha kerajaan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan membangunkan masyarakat berteraskan aspirasi MADANI.
Acara turut dimeriahkan dengan sesi Bicara Aspirasi MADANI yang disampaikan oleh YBrs. Kapten Maritim Nik Kamaruddin bin Yunoh, Pengerusi AKRAB Kementerian Dalam Negeri dengan tema HEMAT: Menyantuni Hasrat Membina Citra.
Pengurus Besar KEDA yang ditemui, mahukan AKRAB KEDA seramai 33 orang, menyahut saranan YAB Perdana Menteri untuk menggerakkan peranan AKRAB sebagai “Penggerak Pembangunan Modal Insan Dengan Nilai HEMAT” yang merujuk kepada kewaspadaan dalam tindakan serta ketelitian dalam pelaksanaan segala tugas yang diamanahkan.
KEDA TINGKATKAN KAWALAN KESELAMATAN DI KOMPLEKS IBU PEJABAT

KEDA TINGKATKAN KAWALAN KESELAMATAN DI KOMPLEKS IBU PEJABAT

ALOR SETAR – Pihak pengurusan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) komited akan meningkatkan kawalan keselamatan di banggunan Kompleks Ibu Pejabat KEDA, Jalan langgar, di sini.
Usaha mendapatkan perkhidmatan kawalan keselamatan di bawah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dibincangkan pada sesi kunjung hormat Jabatan Sukarelawan itu ke Kompleks Ibu Pejabat KEDA hari ini.
Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff menyambut mesra kunjung hormat dari RELA yang diketahui Pengarah RELA Negeri Kedah, Mohd Khairul bin Ahmad.
Selain membincangkan berkenaan isu keselamatan serta kerjasama strategik antara kedua belah pihak, kunjung hormat ini juga untuk mengeratkan lagi hubungan baik dan sesi ramah mesra.
Terima kasih kepada RELA Negeri Kedah atas kesudian berkunjung ke KEDA. Semoga kerjasama yang terjalin terus berkekalan.
Dengan langkah ini, KEDA berharap dapat meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan semua pihak yang berurusan di kompleks Ibu Pejabat KEDA.
PELAJAR DESA KEDA WANG TOK RENDONG DAN TELUK BEREMBANG DIDEDAH PROGRAM CINTAI ALAM SEKITAR

PELAJAR DESA KEDA WANG TOK RENDONG DAN TELUK BEREMBANG DIDEDAH PROGRAM CINTAI ALAM SEKITAR

LANGKAWI – Telah berlangsung Program Cuti Sekolah ‘Cintai Alam Sekitar’ yang melibatkan pelajar-pelajar dari Desa KEDA Wang Tok Rendong (DKWTR) dan Desa KEDA Teluk Berembang (DKTB) di Taman Lagenda, di sini.
Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Perancang dan Pelaksana Program (4P) DKWTR melalui Biro Pendidikan dan Biro Belia, dengan tujuan untuk mendidik pelajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar.
Seramai 50 orang pelajar, terdiri daripada 30 pelajar DKWTR dan 20 pelajar DKTB yang berumur antara 11 hingga 15 tahun, menyertai program ini.
Aktiviti dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai kepentingan mencintai dan menjaga kebersihan alam sekitar, di mana peserta diingatkan untuk menjaga kebersihan pantai Taman Lagenda sepanjang program berlangsung.
Program diteruskan dengan senamrobik yang diketuai oleh Biro Belia 4P DKWTR untuk memanaskan badan sebelum pelbagai acara dan aktiviti dimulakan. Terdapat lima acara utama yang dijalankan, termasuk Explorace, Bola Sepak Pantai, Bola Tampar Pantai, Tarik Tali, dan aktiviti mengutip sampah sekitar pantai Taman Lagenda.
Acara-acara ini bukan sahaja memberikan hiburan dan keseronokan kepada para peserta tetapi juga menanamkan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
Program ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada kumpulan-kumpulan yang berjaya dalam setiap acara yang telah dijalankan.
Keseluruhan program berjalan lancar dan mendapat sambutan yang baik dari para peserta dan penduduk setempat.
Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk membentuk generasi muda yang lebih peka dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
SESI KUNJUNG HORMAT PENGURUSAN KEDA KE SPRM

SESI KUNJUNG HORMAT PENGURUSAN KEDA KE SPRM

ALOR SETAR – Pengurus Besar, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff telah menghadiri Sesi Kunjung Hormat KEDA ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini.
Turut hadir adalah Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar dan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA, Puan Hajah Afifah binti Haji Omar serta Ketua Unit Integriti dan Perundangan (UIP) KEDA, Cik Nurul Aqilah binti Azmi.
Delegasi KEDA telah disambut mesra oleh pihak SPRM Kedah yang diketuai oleh Pengarah SPRM Kedah, Timbalan Pesuruhjaya Ahmad Nizam bin Ismail.
Kunjung hormat ini diadakan adalah bertujuan untuk bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman yang boleh diwujudkan bagi meningkatkan tadbir urus kawalan dalaman dan tahap integriti warga KEDA.
Semoga kunjungan hormat ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan KEDA dan SPRM untuk penambahbaikan dan keberkesanan tadbir urus jabatan.
PROGRAM HARI KOMUNITI BERSAMA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) DI DESA KEDA TELUK TEDURI, BALING

PROGRAM HARI KOMUNITI BERSAMA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) DI DESA KEDA TELUK TEDURI, BALING

BALING – Program Hari Komuniti anjuran Pejabat KEDA Zon 5, Baling bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah diadakan di Desa KEDA Teluk Teduri, Baling dengan sambutan yang meriah daripada penduduk setempat.
Program ini menawarkan pelbagai perkhidmatan melalui JPJ Mobile, termasuk taklimat berkaitan My JPJ secara dalam talian, pembaharuan Lesen Kenderaan, Roadtax dan insurans, serta perkhidmatan-perkhidmatan lain yang berkaitan dengan JPJ.
Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Pegawai JPJ Baling, Encik Mahadzir bin Yahaya, yang memberikan maklumat berguna mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh JPJ.
Program ini bertujuan untuk mendekatkan perkhidmatan JPJ kepada komuniti luar bandar dan memastikan mereka mendapat akses yang mudah kepada maklumat dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Program ini turut dihadiri oleh Pegawai Pembangunan KEDA Zon 5 Baling, Encik Mohamad Yusran Azali bin Mohamad Fadzil, staf Pejabat KEDA Baling, staf JPJ dari Baling dan Sungai Petani, serta penduduk kampung dari kawasan sekitarnya.
Kehadiran ramai dan semangat yang tinggi daripada penduduk setempat menunjukkan betapa pentingnya program seperti ini dalam menyampaikan perkhidmatan awam kepada komuniti luar bandar.
Encik Mohamad Yusran Azali dalam ucapannya menyatakan penghargaan beliau terhadap usaha JPJ dalam menyampaikan perkhidmatan kepada komuniti setempat.
Penduduk kampung yang hadir juga menyatakan rasa gembira mereka dengan program ini dan satu inisiatif yang sangat baik, memudahkan penduduk untuk memperbaharui lesen dan insurans tanpa perlu pergi jauh ke bandar.
Program Hari Komuniti ini jelas menunjukkan komitmen JPJ dan KEDA dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar. Dengan adanya program seperti ini, diharapkan lebih banyak komuniti akan mendapat manfaat dan perkhidmatan awam akan menjadi lebih mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.
KEDA BINCANG POTENSI KERJASAMA DENGAN BH PETROL

KEDA BINCANG POTENSI KERJASAMA DENGAN BH PETROL

PETALING JAYA – Dalam terus memberikan impak pembangunan kesejahteraan luar bandar yang baik kepada rakyat, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah mengadakan satu sesi perbincangan mengenai potensi kerjasama antara agensi ini dan syarikat BH Petrol.
Sesi perbincangan ini telah diadakan di Ibu Pejabat BH Petrol, Suria Tower, di sini, hari ini.
Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Operasi BH Petrol, Encik Fardzi Shah bin Razali dan disertai bersama pegawai-pegawai BH Petrol iaitu Encik Kamal Azizi bin, Encik Mohamed Azlan bin Abdul Haleem dan Encik Shah bin.
Delegasi KEDA pula diketuai oleh Pengurus Besar, Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Hajah Afifah binti Haji Omar, Pengurus Kewangan, Encik Adnan bin Darus, Pengurus Hartanah dan Prasarana, Encik Rojani bin Romeli.
Selain itu, turut hadir adalah Penolong Pengurus Hartanah dan Prasarana, Encik Hasrul Hasnizam bin Saad, Ketua Unit Pelaburan dan Kawal Selia Anak Syarikat, Encik Houzall Othman bin Hashim, Ketua Unit Audit Dalam, Encik Mohd Hafizuddin bin Mohd Asri dan Ketua Unit Integriti dan Perundangan, Cik Nurul Aqilah binti Azmi.
Turut hadir bersama adalah Encik Mohammad Hafiz bin Mohd Shafiai, Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) dari Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Sesi libat urus ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan input dan mendengar penjelasan dalam kerjasama bersama syarikat BH Petrol. Turut dibincangkan adalah berkaitan cadangan pelaksanaan dalam mencapai objektif untuk memberi manfaat kepada kumpulan sasar.
Diharapkan jalinan kerjasama ini boleh memberi impak positif kepada KEDA untuk terus menyantuni golongan sasar KEDA.
DESA KEDA TELAGA BATU LAHIR 100 PESILAT BAHARU

DESA KEDA TELAGA BATU LAHIR 100 PESILAT BAHARU

SIK – Desa KEDA Telaga Batu telah melahirkan 100 pesilat baharu melalui ujian bengkung Persatuan Seni Silat Gayung Singa Berantai, menunjukkan komitmen penduduk kampung dalam memperkasakan golongan belia melalui aktiviti sihat.
Ujian bengkung yang dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Gayung Singa Berantai mendapat sambutan baik dari komuniti setempat dan pihak Jawatankuasa Pasukan Perancang dan Pelaksana Program (4P) Desa KEDA Telaga Batu.
Pejabat KEDA Zon 4, Sik, turut memberikan sokongan penuh terhadap usaha murni Persatuan Seni Gayung Singa Berantai dalam usaha memperkasakan golongan belia melalui aktiviti sukan yang sihat dan bermakna.
Ujian bengkung tersebut menekankan aspek disiplin, sukan, dan semangat juang yang tinggi, di mana setiap peserta dinilai berdasarkan kriteria ketat untuk menentukan warna tali pinggang mereka. Para peserta menunjukkan dedikasi yang luar biasa dan semangat yang tinggi dalam menjalani ujian ini.
Majlis penyampaian sijil dan pengiktirafan pesilat baharu ini telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan Zon 4, Sik, Encik Mohd Noor Farzli bin Adenan.
Dalam ucapannya, Encik Mohd Noor Farzli menyatakan, beliau berbangga dengan pencapaian para pesilat muda ini dan berharap mereka akan terus berusaha keras untuk mencapai kecemerlangan dalam seni silat.
Program ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan minat belia terhadap seni silat dan aktiviti fizikal yang sihat, sekaligus mengukuhkan lagi budaya dan warisan tempatan.
Dengan 100 pesilat baharu yang telah lulus ujian bengkung, Desa KEDA Telaga Batu kini mempunyai kumpulan pesilat yang lebih besar dan terlatih, siap sedia untuk menyumbang kepada komuniti dan negara.
40 PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEDA DILANTIK BARISAN HADAPAN KESIHATAN KEDA

40 PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEDA DILANTIK BARISAN HADAPAN KESIHATAN KEDA

SUNGAI PETANI – Seramai 40 pegawai dan kakitangan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah dilantik sebagai barisan hadapan kesihatan KEDA dengan tanggungjawab sebagai pegawai keselamatan aras, wakil majikan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerja (JKKP) serta wakil pekerja JKKP serta ketua unit paramedik aras.
Pelantikan ini merupakan langkah penting dalam usaha meningkatkan kesediaan ketika menghadapi kecemasan.
Semua pegawai dan kakitangan yang dilantik selesai mengikuti Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kakitangan KEDA iaitu Basic Life Support (BLS) & Automated External Defibrillator (AED) di Sungai Petani hari ini.
Program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA, Puan Hajah Afifah binti Omar.
Hadir sama Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar.
Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan asas tentang langkah-langkah yang perlu diambil apabila berlaku kejadian kecemasan di tempat kerja atau di kawasan komuniti.
Pada Perasmian itu, Puan Hajah Afifah menzahirkan penghargaan dan ucapan kasih kepada Pihak Jabatan Kesihatan Unit Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani atas perkongsian maklumat dan praktikal yang diajar untuk menyelamat ketika berlaku kecemasan.
Beliau juga menekankan pentingnya bagi semua kakitangan untuk memahami peranan masing-masing dan langkah-langkah CPR yang perlu diikuti bila berlaku kecemasan sama ada di tempat kerja atau komuniti setempat.
Pada kursus itu, peserta boleh diajar secara praktikal cara-cara yang betul melakukan CPR dan menggunakan alat Automated External Defibrillator (AED).
Peserta memberi maklum balas yang baik sepanjang kursus ini dan masing-masing mengakui memahami taklimat yang disampaikan dan ilmu yang diperolehi sangat bermanfaat untuk kehidupan seharian.
50 STAF KEDA SERTAI KURSUS KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KEDA - BASIC LIFE SUPPORT (BLS) & AUTOMATED EXTERNAL DEFIBRILLATOR (AED)

50 STAF KEDA SERTAI KURSUS KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KEDA – BASIC LIFE SUPPORT (BLS) & AUTOMATED EXTERNAL DEFIBRILLATOR (AED)

SUNGAI PETANI – Seramai 50 orang kakitangan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah menyertai Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan – Basic Life Support (BLS) and Automated External Defibrillator (AED), disini.
Kursus yang dijalankan dengan kerjasama Bahagian Kecemasan dan Trauma, Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani ini berlangsung selama satu hari di Hotel Park Avenue.
Kursus yang dijalankan ini bertujuan untuk memberikan Bengkel ini bertujuan untuk memberi latihan asas, pendedahan dan mengajar teknik dan tindakan yang betul untuk “Basic Life Support” kepada kakitangan KEDA yang dilantik sebagai petugas keselamatan dan kesihatan jabatan.
Kursus ini melibatkan dua sesi iaitu teori asas dan juga latihan amali bagi kedua-dua bidang.
Terlebih dahulu, pada waktu tengah harinya, kedua-dua Timbalan Pengurus Besar KEDA iaitu Hajah Afifah binti Haji Omar dan Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar telah berkesempatan meninjau perjalanan kursus dan seterusnya merasmikan kursus yang diadakan ini.
Semoga input ini memberi pengetahuan untuk persediaan asas bagi membantu sebarang kemungkinan di tempat kerja.
PEJABAT KEDA ZON 5, BALING BERI PENDEDAHAN ASAS PERAHU PANJANG KEPADA BELIA DESA KEDA DAERAH BALING

PEJABAT KEDA ZON 5, BALING BERI PENDEDAHAN ASAS PERAHU PANJANG KEPADA BELIA DESA KEDA DAERAH BALING

BALING – Pejabat KEDA Zon 5, Baling, telah mengambil inisiatif untuk memberikan pendedahan asas mengenai perahu panjang kepada para belia dari Desa-desa KEDA di Daerah Baling sempena Program Hari Belia 2024 Desa-Desa KEDA Daerah Baling, baru-baru ini.
Program tersebut dilaksanakan di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah (UniSHAMS) dan diketuai oleh Pegawai Belia dan Sukan UniSHAMS, Tuan Raja Zulkhairil Ikram bin Raja Adzhar.
Seramai 40 orang belia dari sembilan Desa KEDA telah mengambil bahagian dalam program ini, yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan KEDA Zon 5 Baling, Encik Mohamad Yusran Azali bin Mohamad Fadzil, bersama dengan kakitangan KEDA Baling.
Aktiviti utama program ini melibatkan pendedahan teori asas dan praktikal mengenai perahu panjang, serta aspek keselamatan dalam sukan lasak tersebut. Pengembaraan sepanjang Tasik UniSHAMS turut disertai oleh agensi pegawai penyelamat dari APM Daerah Baling, yang memastikan keselamatan semua peserta.
Program ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan perahu panjang, tetapi juga membina nilai-nilai murni seperti semangat kerjasama berpasukan antara belia dari pelbagai desa KEDA.
Melalui aktiviti ini, para peserta dapat mengembangkan sikap positif dan semangat perpaduan yang tinggi, yang amat penting dalam membina komuniti yang lebih erat dan harmoni.
Kejayaan program ini menunjukkan komitmen Pejabat KEDA Zon 5, Baling dalam memperkasa dan memajukan belia setempat melalui pendedahan kepada aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan berdaya saing.